Thursday 29 December 2011

Hadith Akhir Zaman


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasullah s.a.w. bersabda: Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu;

1) Apabila harta negara hanya beredar pada orang orang tertentu,
2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan,
3) Zakat dijadikan hutang,
4) Suami memperturutkan kehendak isteri,
5) Anak derhaka kepada ibunya,
6) Sedangkan ia berbaik baik dengan kawan kawannya,
7) Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya,
8) Suara ditinggikan di dalam masjid,
9) Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka,
10) Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,
11) Khamar [arak] diminum di merata tempat,
12) Kain sutera banyak dipakai [oleh kaum lelaki],
13) Para artis disanjung sanjung,
14) Muzik banyak dimainkan,
15) Genarasi akhir umat ini melaknat [menyalahkan] generasi pertama [sahabat].

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah ATAU gempa bumi ATAU pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.   

(Hadith Riwayat Tirmizi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket