Friday 30 December 2011

Hijrah ar-Rasul SAW.. Besarnya Pengorbanan Para Sahabat...

Teman-teman yang dihormati,

Hijrah penuh pengorbanan. Nabi saw dan para sahabat telah melakukan satu pengorbanan yang sangat besar. Demi kerana Islam dan demi untuk menegakkan syariat Islam, mereka sanggup meninggalkan tanah tempat tumpah darah mereka.

Siapa tak sayang anak?
Siapa tak sayang isteri?
Siapa tak sayang harta?
Siapa tak sayang tanah air?

Tetapi para Sahabat sayangkan ALlah, Rasul dan Agama mengatasi sayang kepada yang lain. Ini menjadikan mereka sanggup meninggalkan harta kekayaan dan anak isteri demi kerana ALlah dan RasulNYA.

Ali ra tidur di tempat tidur Nabi dengan berselimut, sanggup mempertaruhkan nyawa.
 
Abdullah bin Abu Bakar penuh kesabaran dan berhati-hati mengintip rahsia musyrikin Makkah.

1- Abu Salamah adalah antara angkatan pertama melakukan hijrah. Apabila beliau mengambil langkah bersama isteri dan anaknya untuk berhijrah, tiba-tiba dihalang oleh keluarganya dan keluarga isterinya.Keluarga isterinya mengambil isterinya (Ummu Salamah RadiyaLlahu`anha) dan keluarganya mengambil anaknya. Abu Salamah meneruskan hijrahnya tanpa anak dan isterinya. Selepas perginya Abu Salamah,setiap pagi dan petang Ummu Salamah RadiyaLlahu`anhu menangis bersedih. Akhirnya ada di kalangan keluarga mereka orang yang terasa kasihan melihat keadaannya begitu. Lalu mereka berusaha supaya dikembalikan anaknya dan dibenarkan dia pergi ke tempat suaminya di Yathrib. Ummu Salamah bersama anaknya bersedia untuk berhijrah bagi mengharungi perjalanan di padang pasir yang jarak jauhnya lima ratus kilometer. Apabila sampai di Tan’im, mereka bertemu dengan ‘Uthman binTalhah bin Abi Talhah. Dia memberi pertolongan dengan menghantarkan Ummu Salamah dan anaknya sehingga ke Quba’ dan berkata kepada Ummu Salamah :” Pergilah, suamimu berada di negeri ini. Mudah-mudahan di berkati Allah. “ Kemudian ia kembali semula ke Mekah.

2- Manakala Suhaib al-Rumi pula menghadapi tekanan dengan cara lain. Apabila ia bertolak untuk berhijrah dengan membawa harta kepunyaannya, tiba-tiba ia dihalang oleh orang-orang Musyrikin Mekah. Mereka berkata, “kamu datang ke tempat kami dalam keadaan papa dan bangsat. Setelah berharta kamu mahu melakukan perkara ini?”. Mahu meninggalkan negeri ini dengan dirimu dan hartamu pula?”. Suhaib menjawab,” bagaimana kalau aku serahkan harta ini?. Adakah kamu akan benarkan aku pergi?”. Mereka menjawab,” Ya” Lalu Suhaib menyerahkan harta yang di bawanya itu kepada mereka, dan dia dibenarkan pergi.

Menurut riwayat Ibnu ‘RadiyaLlahu’ anhu bersempena dengan peristiwa itu, Allah telah menurunkan firman-Nya:



وَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَاد 
Dan diantara manusi ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah itu Maha Penyantun terhadap hamba-hamba-Nya. (SURAH AL-BAQARAH:207)

Menurut riwayat yang lain pula apabila sampai berita itu kepada Rasulullah s.a.w maka, Rasulullah terus berkata kepada Suhaib:

رَبِحَ صُهَيبٌ. ربح صهيب
Maksudnya: Beruntunglah Suhaib, beruntunglah Suhaib. (Riwayat oleh Ibnu Mardawaih dan lain-lainnya)

3- Mereka sanggup berjalan kaki merentasi padang pasir sejauh hampir 500 kilometer.
 
Dari rumah Abu Bakar , Nabi saw telah mengambil jalan menuju ke selatan (Yaman), Nabi saw tidak mengambil jalan utara ke Madinah untuk mengelirukan musuh. Nabi saw berjalan sejauh lima batu dengan berkaki ayam sehinggalah sampai ke Bukit Thur untuk bersembunyi di gua Thur di puncak Bukit Thur yang tinggi itu. Bayangkan bertapa panasnya pasir di padang pasir di waktu tengahari yang "membakar" kaki Nabi saw.
 

قُلْ إِن كَانَ ءَابَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَنُكُمْ وَأَزْوَجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَلٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَـرَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَـكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِىَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لاَ يَهْدِى الْقَوْمَ الْفَـسِقِينَ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). (SURAH AT-TAUBAH:24)
 

انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَـهِدُواْ بِأَمْوَلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (SURAH AT-TAUBAH:41)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket