Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Teladan. Show all posts

Saturday, 3 March 2012

Kisah Teladan: Malam Pertama Saad Bin Muaz


Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.

Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah.

Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, "Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali".

Lalu Rasulullah bekata, "Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin".

Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut.

Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.

Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.

Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Kemudian Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah. "Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita". Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.

Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.
Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, "Di saat kematian Saad, bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi". Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.

Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

Baca Selanjutnya...

Tuesday, 28 February 2012

Kisah Teladan: Berkat di sebalik Membaca Bismillah


"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.


Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja." 

Baca Selanjutnya...

Monday, 27 February 2012

Kisah Teladan: Kisah Tempayan Yang Retak


Seorang tukang air memiliki dua buah tempayan besar. Masing-masing bergantung pada kedua ujung sebuah pikulan yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan satunya lagi tidak. Tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh, walaupun perjalanan yang panjang dari mata air ke rumah majikannya. Tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Hal ini terjadi setiap hari selama dua tahun. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak itu merasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugas dengan sempurna. Di pihak lain, si tempayan retak merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari apa yang sepatutnya ia dapat berikan kepada majikannya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak berkata kepada si tukang air, “Saya sungguh malu kepada diri saya sendiri dan saya mohon maaf yang sebesar-besarnya” “Mengapa?” tanya si tukang air. "Mengapa kamu merasa malu ?” "Saya hanya mampu selama dua tahun ini, membawa setengah kandungan air dari yang seharusnya dapat saya bawa. Adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi.”


Si tukang air merasa kasihan kepada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia menjawab, ” Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.”Benar.Ketika mereka naik ke bukit,si tempayan retak memperhatikandan barumenyedari bahwa ada bunga-bunga indahdi sepanjang sisi jalan dan itumembuatnya sedikit terhibur.Namun pada akhir perjalanan,ia kembali merasa sedih keranaseparuh air yang dibawanya telah bocordan kembali tempayan retak itumeminta maaf kepada si tukang airatas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu, “Apakah kamu tidak memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu ? Tapi, tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan lain yang tidak retak itu ?” Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu.

Selama dua tahun ini, aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk dapat menghias meja majikan kita. Tanpa adanya kamu, majikan kita tidak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang.” Bukankah sangat berguna diri kamu kepadaku?"

Maka si tempayan pun terharu dengan dirinya sendiri. Walaupun ia mempunyai kelemahan dengan fungsinya, tetapi kelemahannya itu sangat berguna untuk sesuatu yang lain.



Begitu juga dengan diri kita. Setiap manusia ada kelemahan yang tersendiri. Tapi siapa tahu, kelemahan yang kita miliki itu sangat berguna kepada orang lain? So, jangan lah rendah diri dengan kelemahan yang kita ada dan berputus asa. Setiap yang Allah ciptakan tu mempunyai manfaat yang tersendiri. Don't give up in anything that you do!

Sumber: Syurga Itu Indah
Baca Selanjutnya...

Sunday, 26 February 2012

Kisah Teladan: Ibrahim Bin Adam Dan Pengembaraanya Mencari Allah


Dia adalah raja di Balkh satu wilayah yang masuk dalam kerajaan Khurasan, menggantikan ayahnya yang baru mangkat.

Sebagaimana umumnya kehidupan para raja, Ibrahim bin Adham juga bergelimang kemewahan. Hidup dalam istana megah berhias permata, emas, dan perak.

Setiap kali keluar istana ia selalu di kawal 80 orang pengawal. 40 orang berada di depan dan 40 orang berada di belakang, semua lengkap dengan pedang yang terbuat dari baja yang berlapis emas.

Suatu malam, ketika sedang terlelap tidur, tiba tiba ia dikejutkan oleh bunyi langkah kaki dari atas genteng, seperti seseorang yang hendak mencuri.

Ibrahim menegur orang itu,"Apa yang tengah kamu lakukan di atas sana?"

Orang itu menjawab, "Saya sedang mencari ontaku yang hilang."

"Apa kamu sudah gila, mencari onta di atas genteng," sergahnya.

Namun orang itu balik menyerang, "Tuan yang gila, karena tuan mencari Allah di istana." Jawabannya membuat Ibrahim tersentak, tidak menyangka akan mendapat jawaban seperti itu.

Ia gelisah, kedua matanya tidak dapat terpejam, terus menerus menerawang merenungi kebenaran kata kata itu. Hingga adzan Shubuh berkumandang Ia tetap terjaga.

Esok harinya, keadaannya tidak berubah. la gelisah, murung, dan sering menyendiri. la terus mencari jawaban di balik peristiwa malam itu.

Karena tidak menemukan jawabannya, sementara kegelisahan hatinya semakin berkecamuk, ia mengajak prajuritnya berburu ke hutan, dengan harapan beban di kepalanya sedikit berkurang.

Akan tetapi, sepertinya masalah itu terlalu berat baginya, sehingga tanpa disadari kuda tunggangan yang ia pacu sejak tadi telah jauh meninggalkan prajuritnya, ia terpisah dari mereka, jauh ke dalam hutan, menerobos rimbunnya pepohonan tembus ke satu padang rumput yang luas. Kalau saja ia tidak terjatuh bersama kudanya, mungkin ia tidak berhenti.

Ketika ia berusaha bangun, tiba tiba seekor rusa melintas di depannya. Segera ia bangkit, menghela kudanya dengan cepat sambil mengarahkan tombaknya ke tubuh buruannya. Tetapi, saat dia hendak melemparkan tombaknya, ia mendengar bisikan keras seolah memanggil dirinya, "Wahai Ibrahim, bukan untuk itu (berburu) kamu diciptakan dan bukan kepada hal itu pula kamu diperintahkan!"

Namun, Ibrahim terus berlari sambil melihat kiri kanan, tapi tak seorang pun di sana, lalu ia berucap, "Semoga Allah memberikan kutukan kepada Iblis!"

Dia pacu kembali kudanya. Namun, lagi-lagi teguran itu datang. Hingga tiga kali. la lalu berhenti dan berkata, "Apakah itu sebuah peringatan dari Mu? Telah datang kepadaku sebuah peringatan dari Allah, Tuhan semesta alam. Demi Allah, seandainya Dia tidak memberikan perlindungan kepadaku saat ini, pada hari hari yang akan datang aku akan selalu berbuat durhaka kepada Nyal"

Setelah itu, ia menghampiri seorang penggembala kambing yang ada tidak jauh dari tempat itu. Lalu memintanya untuk menukar pakaiannya dengan pakaian yang ia pakai.

Setelah mengenakan pakaian usang itu, ia berangkat menuju Makkah untuk mensucikan dirinya. Dari sinilah drama kesendirian Ibrahim bermula. Istana megah ia tinggalkan dan tanpa seorang pengawal ia berjalan kaki menyongsong kehidupan barunya.

Berbulan bulan mengembara, Ibrahim tiba di sebuah kampung bernama Bandar Nishafur. Di sana ia tinggal di sebuah gua, menyendiri, berdzikir dan memperbanyak lbadah. Hingga tidak lama kemudian, keshalihan, kezuhudan dan kesufiannya mulai dikenal banyak orang. Banyak di antara mereka yang mendatangi dan menawarkan bantuan kepadanya, tetapi Ibrahim selalu menolak.

Beberapa tahun kemudian, ia meninggalkan Bandar Nishafur, dan dalam perjalanan selanjutnya menuju Makkah, hampir di setiap kota yang ia singgahi terdapat kisah menarik tentang dirinya yang dapat menjadi renungan bagi kita, terutama keikhlasan dan ketawadhuannya.

Pernah satu ketika, di suatu kampung Ibrahim kehabisan bekal. Untungnya, ia bertemu dengan seorang kaya yang membutuhkan penjaga untuk kebun delimanya yang sangat luas. Ibrahim pun diterima sebagai penjaga kebun, tanpa disedari oleh orang tersebut kalau lelaki yang bekerja dengannya adalah Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang sudah lama ia kenal namanya. Ibrahim menjalankan tugasnya dengan baik tanpa mengurangi kuantiti ibadahnya.

Satu hari, pemilik kebun minta dipetikkan buah delima. Ibrahim melakukannya, tapi pemilik kebun malah memarahinya karena delima yang diberikannya rasanya asam.

"Apa kamu tidak bisa membedakan buah delima yang manis dan asam," tegumya.

"Aku belum pernah merasakannya, Tuan," jawab Ibrahim.

Pemilik kebun menuduh Ibrahim berdusta. Ibrahim lantas solat di kebun itu, tapi pemilik kebun menuduhnya berbuat riya dengan solatnya.

"Aku belum pernah melihat orang yang lebih riya dibanding kamu."

"Betul tuanku, ini baru dosaku yang terlihat. Yang tidak, jauh lebih banyak lagi," jawabnya. Dia pun dipecat, lalu pergi.

Di perjalanan, ia menjumpai seorang pemuda sedang kelaparan. Buah delima tadi pun diberikannya. Sementara itu, tuannya terus mencarinya karena belum membayar upahnya. Ketika bertemu, Ibrahim meminta agar gajinya dipotong karena delima yang ia berikan kepada pemudat tadi. "Apa engkau tidak mencuri selain itu?" tanya pemilik kebun. "Demi Allah, jika orang itu kelaparan, aku akan mengembalikan buah delimamu," tegas Ibrahim.

Setahun kemudian, pemilik kebun mendapat pekerja baru. Dia kembali meminta dipetikkan buah delima. Tukang baru itu memberinya yang paling manis. Pemilik kebun bercerita bahwa ia pernah memiliki tukang kebun yang paling dusta karena mengaku tak pernah mencuri delima, memberi buah delima kepada orang yang kelaparan, minta dipotong upahnya untuk buah delima yang ia berikan kepada orang kelaparan itu. "Betapa dustanya dia," kata pemilik kebun.

Tukang kebun yang baru lantas berujar, "Demi Allah, wahai majikanku. Akulah orang yang kelaparan itu. Dan tukang kebun yang engkau ceritakan itu dulunya seorang raja yang lantas meninggalkan istananya karena zuhud." Pemilik kebun pun menyesali tindakannya, "Celaka, aku telah menyia-nyiakan kekayaan yang tak pernah aku temui."

Menjelang kedatangannya di Kota Makkah, para pemimpin dan ulama bersama sama menunggunya. Namun tak seorang pun yang mengenali wajahnya. Ketika kafilah yang diikutinya memasuki gerbang Kota Makkah, seorang yang diutus menjemputnya bertanya kepada Ibrahim, "Apakah kamu mengenal Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang terkenal itu?" "Untuk apa kamu menanyakan si ahli ibadah itu?" Ibrahim balik bertanya.

Mendapat jawapan yang tidak sopan seperti itu, orang tersebut lantas memukul Ibrahim, dan menyeretnya menghadap pemimpin Makkah. Saat disoal, jawapan yang keluar dari mulutnya tetap sama, "Untuk apa kalian menanyakan si ahli ibadah itu?" Ibrahim pun disiksa karena dia dianggap menghina seorang ulama agung. Tetapi, dalam hatinya Ibrahim bersyukur diperlakukan demikian, ia berkata, "Wahai Ibrahim, dulu waktu berkuasa kamu memperlakukan orang seperti ini. Sekarang, rasakanlah olehmu tangan-tangan penguasa ini."
Banyak pelajaran yang bisa kita petik dari perjalanan seorang bekas penguasa seperti Ibrahim bin Adham, dari pengalamannya memperbalki diri, dari kesendiriannya menebus segala kesalahan dan kelalaian, dari keikhlasan, kezuhudan, dan ketawadhuannya yang tak ternilai.
Baca Selanjutnya...

Wednesday, 15 February 2012

Kisah Teladan: Tinggalkan yang Haram, Dapat yang Halal.

Seorang pencuri datang menemui seorang ulama untuk bertaubat. Seraya berkata, "Saya ingin bertaubat daripada dosa-dosa saya. Apa nasihat tuan kepada saya?".


"Apa yang kau mampu tinggalkan dari segala yang haram, Allah akan izinkan kau mendapakkannya dari melalui jalan yang halal", kata ulama tersebut.

Malam itu lelaki yang bertaubat tersebut tidur di masjid. Dia tidak mahu tergoda untuk kembali mengulangi perbuatan dosanya itu. Apabila semakin larut malam, perutnya terasa lapar pula. Tetapi dia tidak ada wang untuk membeli makanan. Akhirnya dia kalah dengan godaan syaitan. Perlahan-lahan dia keluar masjid untuk mencuri. 

Dia menceroboh masuk ke sebuah rumah besar. Tentu penghuninya sangat kaya, fikirnya. Di bahagian dapur, didapati ada makanan diatas sebuah meja. Dia pun segera mencuri makanan itu. Namun, dia teringat akan pesanan ulama tadi: "Apa yang kau dapat tinggal-kan daripada yang haram, Allah akan izinkan kau mendapatkannya melalui jalan yang halal." Spontan dia membatalkan hasratnya.

Dia terus bergerak dari bilik ke bilik. Setibanya di sebuah bilik, dia melihat harta yang banyak. Lantas, dia mengeluarkan karung yang dibawanya. Tetapi sebaik sahaja menyentuh harta tersebut dia teringat lagi kata-kata ulama itu. Maka, dia batalkan saja hasratnya itu.

Sebelum keluar dari rumah tersebut, dia terpandang tuan rumah itu, iaitu seorang wanita yang jelita sedang tidur. Timbul pula keinginan jahatnya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap wanita itu. Namun, apabila dia teringat akan pesanan si ulama tadi, terus ditinggalkan niat buruknya itu.

Kemudian dia kembali ke masjid dengan keletihan dan kelaparan. Selepas solat Subuh, seorang wanita memasuki masjid dan terus menemui ulama yang mengimami solat itu.

Kemudian dia berkata, "Tuan, tolong saya tuan. Saya menemui jejak seseorang yang memasuki rumah saya malam tadi. Tapi anehnya tidak ada satu barang pun yang hilang. Namun saya takut dia akan kembali ke rumah saya nanti."

 Adakah kau tinggal bersendirian?” tanya ulama itu. Wanita itu menjawab, Ya, sejak kematian suami saya.” Mahukah kau jika aku carikan seorang lelaki sebagai temanmu?", ulama itu bertanya lagi.  Apa maksud tuan?” tanya wanita itu kehairanan.

Lantas ulama itu pun terus memanggil lelaki tersebut, dan meminta persetujuan kedua-duanya untuk dikahwinkan. Beberapa hari kemudian, mereka dinikahkan.       

Selepas hari pernikahan, lelaki itu berkata kepada ulama tersebut, "Ini semua berkat nasihat tuan. Benar kata tuan, Allah telah memberi saya secara halal atas apa yang saya inginkan secara haram. Makanan, harta dan yang paling bertuah saya mendapat seorang isteri yang cantik."

Pengajaran: Jika kita ingin berbuat baik memang susah tetapi jika kita ingin berbuat jahat juaga susah. Jadi, lebih baik kita berbuat baik kerna walau susah tetapi ada manfaatnya. Pengorbanan untuk melalui jalan Allah, walaupun susah pada awalnya tapi akhirnya akan mendapat ganjaran yang besar.

Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket