Tuesday 31 January 2012

Muslimat Bersama Perjuangan Islam



Assalamualaikum w.r.t..


Nampaknya saya masih tiada kesempatan untuk menulis di kala ini..justeru, ingin saya lakarkan coretan kupasan dari sahabat seperjuangan saya,...Saya tertarik dgn karya beliau dan saya letakkan di blog ini sbg tanda penghargaan kepada beliau dan buat tatapan kita semua...Salam maulidurrasul...


MUSLIMAH DALAM PERJUANGAN ISLAM


Setiap muslimah pendokong harakah Islam mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri di dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jamaah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar ertinya kepada perjuangan Islam.


Sejak awal kelahiran Islam sehinggalah cahaya Islam menerangi Jazirah Arab dan kawasan sekitarnya, medan perjuangan Islam tidak pernah sunyi daripada penyertaan angkatan muslimah. Mereka adalah sayap kiri perjuangan Islam, turut serta mengharungi liku-liku perjuangan menghadapi rintangan, meniupkan semangat, mengorbankan harta benda, sanggup melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam. Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12, yang bermaksud:



“Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambiljanji setia bahawa mereka tidak akan menpersekutukan Allah dengan sesuatu apapun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang.”

MUSLIMAH DALAM HARAKAH ISLAMIAH


Khadijah binti Khuwailid r.ha salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung di dalah Harakah Islamiah yang dibawa oleh suami beliau, iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w. Beliau merupakan simbol wanita yang beriman, jujur dan bersifat dermawan lagi penuh kesetiaan, gigih, berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Beliau bertanggungjawab meniupkan semangat dan memberi perangsang kepada suaminya di dalam menghadapi pelbagai tribulasi dari kaum kafir Qurais Makkah ketika itu.


Dalam melaksanakan urusan rumahtangga, Sayyidah Khadijah menanggung beban yang berat, betapa dia benar-benar bahagia kerana melaksanakan seluruh tugasnya itu dengan penuh keikhlasan, menjaga pendidikan putera-puterinya serta memastikan segala keperluan keluarga khususnya suami dipenuhi sesempurnanya. Beliau berusaha mewujudkan sebuah rumahtangga yang aman damai untuk suaminya, kerana beliau tahu betapa penat dan jerih payah suaminya berdakwah.


Sayyidah Khadijah merupakan contoh yang terbaik dalam menyintai dan memuliakan suaminya serta mengutamakan terhadapan apa yang beliau senangi. Ketika beliau dapati suaminya terlalu cinta kepada bekas hambanya Zaid Bin Harithah, dia memuliakannya. Begitu juga sewaktu beliau mengetahui nabi ingin menanggung salah seorang anak bapa saudaranya iaitu, Ali, beliau menerimannya dengan senang hati yang terbuka serta mendidiknya dengan penuh kasih sayang. Dengan ini Sayyidah Khadijah memberi kesempatan yang berharga kepada Ali dan Zaid untuk mempelajari akhlak suaminya, Muhammad s.a.w, Maka ketika nabi diutus untuk menyampaikan agama yang terakhir dengan mengajak keduanya untuk beriman, Ali dan Zaid bin Harithah telah beriman dan menjadi sebaik-baik pembela nabi.



Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w mula mengalami peristiwa penerimaan wahyu, baginda merasai bimbang dan takut, lalu Sayyidah Khadijah memujuknya dan memberi kepadanya pengharapan. Rasulullah s.a.w bersabda ertinya:



“Aku takut sesuatu berlaku ke atas diriku”



Kemudian Khadijah memujuk baginda dan berkata:



“Tidak sama sekali, demi Allah ia tidak mengapa-apakan engkau selama-lamanya. Engkau seorang yang menghubungkan silaturrahim, menanggung kesusahan untuk menolong orang yang memerlukan, mendapat pendapatan untuk orang yang tidak berpendapatan, memuliakan tetamu dan menolong ketika sesuatu kejadian”



Sayyidah Khadijah bukan sekadar menghiburkan hati Rasulullah s.a.w dan memberikan kepada Baginda harapan dengan kata-kata itu, bahkan Khadijah membawa baginda menemui sepupunya Waraqah bin Naufal, seorang penganut agama Nasrani yang menjadi penulis kitab Injil dan mengetahui mengenai pengalaman nabi-nabi terdahulu. Daripada Waraqah, baginda menyedari bahawa pengalaman yang dialaminya adalah pengalaman nabi-nabi terdahulu dan merupakan berita baik kepada seluruh manusia. Bagindalah insan yang dipilih oleh Allah s.a.w sebagai nabi akhir zaman.



Khadijah merupakan wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai wanita yang berada, beliau mengorbankan seluruh kepentingan kebendaannya untuk tujuan dakwah Islam serta membantu Rasulullah s.a.w menjalankan tugas dakwahnya. Sebagai seorang wanita yang berpengaruh, beliau menggunakan pengaruhnya untuk melindungi Rasulullah s.a.w sewaktu dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah mula dimusuhi oleh orang-orang Qurais. Kaum Qurais mengambil tindakan memulaukan keluarga Bani Hashim dan orang-orang Islam dengan memutuskan hubungan ekonomi dan sosial dengan mereka. Sayyidah Khadijah tetap bersama di dalam perjuangan suaminya walaupun terpaksa mengalami penderitaan akibat daripada pemulauan tersebut sehingga menjejaskan kesihatannya.



Kesan daripada pemulauan ini menyebabkan penyakitnya bertambah tenat akhirnya beliau pulang ke Rahmatullah. Pada tahun yang sama, bapa saudara rasulullah s.a.w iaitu Abu Talib juga meninggal dunia. Tahun ini dianggap tahun dukacita oleh Rasulullah kerana baginda kehilangan dua orang yang membantu dan melindungi baginda dari ancaman musuh-musuh Islam. Justeru kebaikan dan keprihatinan Khadijah yang begitu tinggi ini, sehinggakan tahun kematian beliau dan bapa saudara tersebut digelar sebagai “Tahun Berdukacita” oleh Rasulullah. Bahkan isteri baginda Aisyah r.ha mencemburui Khadijah, kerana walupun Khadijah telah tiada tetapi nabi masih menyebut-nyebut nama istimewa tersebut. Demikianlah hebatnya Siti Khadijah Al-Khuwailid r.ha isteri pertama Rasulullah s.a.w.



Sejarah perjuangan Islam telah mencatat bahawa suatu Jamaah penggerak dakwah islamiyyah yang ulung, iaitu merupakan ‘safwah Al-Mukhtarah’ telah muncul pada permulaan dakwah Islam tersebut. Kemunculan mereka merupakan kebangkitan suatu ummah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri di tengah-tengah penguasaan wathaniyyah ke atas masyarakat manusia seluruhnya. Jumlah kumpulan ini kira-kira 60 orang dan seperempat daripada mereka terdiri daripada wanita-wanita. Di antara mereka ialah:

1. Ummu AL-Fadhl binti Harith

2. Asma’ binti Umais (isteri Ja’afar bin Abi Talib)

3. Khadijah binti Khuwailid

4. Aminah binti Khalid (isteri Khalid bin Said)

5. Fatimah (isteri Abu Ahmad bin Jahsyin)

6. Asma’ (isteri ‘Iyasy bin Abi Rabi’ah)

7. Sumayyah binti Khayyat (isteri Yasir bin Amir)

8. Fatimah binti Khattab (adik Umar bin Al-Khattab)

9. Hafsah binti Umar (isteri Khurasi’ bin Huzafah)

10. Fatimah (isteri Khatib bin Al-Harith)

11. Fukaihah (isteri Khattab bin Al-Kharith)

12. Ramlah (isteri Abdullah bin Maz’un)

Generasi awal yang menjadi pelopor dalam harakah Islamiyyah ini sentiasa berdiri teguh dalam perjuangan Islam. Mereka mempunyai keimanan yang kental dan tahap pengorbanan yang begitu tinggi.




Pengorbanan wanita dari kalangan generasi pelopor ini dapat dilihat dari kisah-kisah yang berlaku ke atas Sumayyah iaitu isteri Yasir dan ibu kepada Ammar. Beliau sekeluarga telah disiksa oleh orang-orang Qurais sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya, Yasir. Sewaktu mereka sedang disiksa, Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dengan mereka dan bersabda:



“Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya kamu adalah (penghuni) syurga”



Selain daripada Sumayyah, wanita-wanita yang tuurt disiksa ialah Zunairah Al-Nahdiyyah dan anak perempuannya serta Ummu Abyas. Mereka terdiri daripada hamba-hamba yang menganut agama Islam tanpa merasa gentar menghadapi siksaan tuan-tuan mereka.



Sewaktu tekanan dan siksaan ke atas orang-orang Islam memuncak, Rasulullah s.a.w memindahkan sebahagian daripada orang-orang Islam ke Habsyah. Termasuk di dalam rombongan itu ialah wanita-wanita Islam dari keluarga ternama yang berpengaruh seperti Ummu Habibah binti Abu Sufyan pada ketika itu ialah ketua orang-orang jahiliyyah yang juga memusuhi Islam.



MUSLIMAH SEBAGAI ISTERI DAN IBU DALAM PERJUANGAN ISLAM


Wanita Islam taat kepada suaminya bukanlah kerana didorong oleh perasaan rendah diri atau terpaksa, tetapi ia diterima dengan ikhlas hari dan suami diletakkan sebagai pembimbing terbaik. Asma’ binti Yazid seorang wanita Ansar yang mahsyur, terkenal kerana kepetahan berbicara telah mengetuai beberapa orang wanita untuk memberitahu Rasulullah s.a.w akan kekecewaan mereka kerana kelebihan ganjaran kepada lelaki. Beliau mempersoalkan bahawa lelaki mempunyai peluang lebih untuk mendapat pahala melalui solat jumaat, solat jamaah, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan melibatkan diri dalam jihad. Sedangkan kaum muslimah tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ke dalam amalan-amalan tersebut. Rasulullah s.a.w memberikan jawapan yang sangat mudah tetapi mempunyai makna yang sangat tinggi, iaitu jika wanita tersebut menyintai suaminya, menggembirakannya dan metaatinya, ia juga akan menerima ganjaran yang sama seperti yang di dapati oleh lelaki.



Seorang isteri yang beragama Islam amat mengambil berat akan kesihatan jiwa suaminya di damping menjaga keselesaan hidupnya. Muslimah mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya. Berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah isteri pejuang Islam menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam. Janganlah memberatkan suami dengan perkara remeh-temeh. Jika boleh, urusan yang dapat diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. Mereka juga hendaklah melatih diri sebagai isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.



Ummu Sulaim biti Malhan ibu kepada Anas bin Malik mempunyai anak lelaki yang sakit tenat. Sedang suaminya solat Asar di masjid, anak mereka meninggal dunia. Ia tidak memanggil suaminya, sebaliknya menunggu sehinggalah suaminya pulang. Ketika pulang, suaminya membawa beberapa orang teman. Ummu Sulaim menahan dirinya dan menyediakan makanan untuk tetamunya. Kemudian apabila ditanya oleh suaminya akan kesihatan anaknya, ia menjawab lebih sihat dari sebelumnya. Tetapi setelah keadaan tenang, barulah diberitahu keadaan yang sebenarnya. Demikianlah contoh seorang isteri dan ibu yang tenang dalam menghadapi keadaan yang gawat.



Wanita Islam juga mestilah sentiasa berhati-hati dalam memilih calon suami. Janganlah jadikan alasan suami membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi dalam perjuangan Islam. Suami yang dapat memberi kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Sebagaimana Ummu Sulaim enggan menerima lamaran Abu Talhah kerana ia masih percaya kepada jahiliyyah. Ia menyuruh Abu Talhah meninggalkan alam jahiliyyah dan memeluk agama Islam. Gesaan ini memberi kesedaran kepada Abu Talhah dan akhirnya memilih Islam dan Ummu Sulaim.



Ketaatan kepada Islam menjadikan wanita Islam ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik kepada anak-anak. Sebagai seorang ibu yang terlibat dalam harakah Islamiyyah, seawajarnya mereka menjelaskan kepada anak-anak tentang penglibatan mereka tersebut, yakni tuntutan terhadap mengintima’kan (menyertai) jamaah Islam, supaya anak-anak mereka faham kegiatan-kegiatan ibu mereka yang mungkin sedikit sebanyak menjejaskan peranan mereka sebagai ibu di dalam dunia rumahtangga. Muslimah seharusnya menanamkan sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil.


Begitu juga mereka sewajarnya menjadi seorang ibu yang dapat meniup roh perjuangan Islam ke dalam diri anak-anak. Seharusnya ibu-ibu muslimah sentiasa mendedahkan kepada anak-anak setiap aktiviti dalam kegiatan harakah. Anak-anak patut dibawa bersama-sama menghadiri rehlah, perkhemahan, jambori amal, ceramah dan muktamar mahu pun lain-lain program parti dan jamaah.

Baca Selanjutnya...

Monday 30 January 2012

PRU13: Ambil iktibar daripada politik semut


BERA, 30 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat, terutamanya orang Melayu menjadi ‘hakim’ dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang iaitu berani membuat keputusan.

Katanya, rakyat perlu berani berubah daripada keadaan sekarang di mana apabila tiba musim PRU seolah-olah sebagai pesta dan musim untuk mendapatkan wang.

Tambahnya, hasil daripada tidak memahami konsep sebenar politik dan pilihan raya inilah yang menyebabkan rakyat akhirnya boleh diperkotak-katikkan kerana mereka seolah-olah boleh dibeli.

“Sekarang sudah menjadi trend apabila menjelang pilihan raya, rakyat memikirkan berlumba-lumba nak dapat duit yang ditabur kerajaan dan peluang nak dapat durian runtuh tanpa menyedari kesilapan memilih kerajaan menyebabkan sengsara selama lima tahun selepas itu.

“Sepatutnya kesempatan yang ada diambil rakyat jadi hakim. Bila parti memerintah silap mereka tukar kerajaan seperti berlaku di England, Amerika, India, Indonesia dan lain-lain negara yang mengamalkan demokrasi. Maknanya mereka menjadi hakim.

“Malangnya di tempat kita sejak 50 tahun dulu, bila tiba musim PRU orang kita sibuk nak dapatkan duit menjadikan kuasa rakyat yang sebenar seolah-olah dapat dibeli,” katanya ketika berceramah dalam ucara kemuncak Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera malam tadi.

Turut berceramah pada hari terakhir sambutan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan Pengerusi DAP Negeri Pahang, Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang.

Abdul Hadi turut mengajak pendengar supaya mengambil iktibar daripada kisah politik semut pada zaman Nabi Sulaiman di mana apabila tentera melalui kawasan mereka, semut-semut yang lemah itu berfikir untuk menyelamatkan diri.

Tambahnya, kisah dalam Al-Quran ini sepatut boleh membuatkan kita berfikir bagaimana semut yang lemah menghadapi sebuah kerajaan.

“Cuba tengok orang kita bila orang besar datang, mereka sibuk berkerumun nak dapatkan duit tanpa sedar kuasa dan peranan yang kita ada. Jadi saya seru marilah menjadi rakyat yang bijaksana.

“Cukuplah kita beri peluang kepada Umno-BN memerintah. Selama 50 tahun merdeka masih banyak rakyat yang miskin, orang muda ramai yang menjadi penganggur.

“Maknanya selama ini masalah kemiskinan tak boleh selesai kerana kekayaan berlegar di kalangan kroni. Semua orang tahu bahawa hasil negara dan sumber mentah begitu mewah tetapi rakyat miskin,” tegasnya.

Sumber: Harakah Daily
Baca Selanjutnya...

Kenapa barang murah di kedai 1Malaysia sahaja?


BERA, 30 Jan: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal dengan stail pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan barangan murah di kedai satu Malaysia sahaja.

Katanya, sepatutnya tugas kerajaan ialah memastikan semua barangan murah di mana saja kerana kenaikan harga barang yang melambung tanpa kawalan menyebabkan rakyat sentiasa berada dalam kesempitan.

Mengenai isu di negeri ini, Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata isu yang sangat kritikal di kalangan rakyat ialah isu tanah.

“Ada yang menduduki dan mohon tanah memakan masa sama 30 tahun. Bahkan untuk mendapat tahu kelulusan tanah saja memakan masa bertahun-tahun dan terpaksa menempuh hampir 30 meja untuk proses itu saja. Sebab itu antara tawaran PAS pada PRU akan datang ialah memastikan tanah sekurang-kurangnya lot rumah untuk setiap isi keluarga.

“Kita akan contohi Kerajaan PAS Terengganu, apabila menang pada tahun 1999 kerajaan berjaya proses puluhan ribu permohonan tanah,” katanya ketika berceramah pada Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera malam tadi.

Turut berceramah pada hari terakhir sambutan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan Pengerusi DAP Negeri Pahang Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang.

Berucap mengenai isu yang sama, Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, pihaknya akan mengedarkan borang permohonan tanah kepada rakyat dan projek perintis akan bermula di Johor bulan depan.

“Ini komitmen PAS sesuai dengan konsep Negara Berkebajikan yang mahu diketengahkan. Usaha ini kita buat awal kerana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya pada PRU akan datang masalah tanah rakyat dapat diselesaikan segera,” ujarnya.

Baca Selanjutnya...

Boleh Kritik Pas


Sebagai sebuah parti Islam ia tidak sunyi daripada kecacatan dan kelemahan. Selagi yang memimpin itu bernama manusia. Pemimpin Pas bukan maksum ia juga terdedah kepada kecacatan dan kekurangan. Sifat maksum hanya Rasulullah SAW sahaja, selain daripada mereka semuanya tidak maksum.

Ayat yang lazim dibaca selepas daripada mesyuarat dan perjumpaan ialah tasbih kaffarah dan surah al-Asr. Di dalam surah al-Asr memberi panduan kepada orang yang beriman supaya menghidupkan budaya tausiah (nasihat dan teguran) di kalangan mereka terutama di kalangan anggota jamaah. Manakala tasbih kaffarah untuk memohon keampunan daripada Allah mungkin ada kesilapan dan kesalahan sepanjang pertemuan dan perbincangan.

Pas tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk mengkritik termasuk daripada musuh. Bukan semua kritikan daripada musuh kita membakul sampahkan sahaja, malahan perlu untuk dimuhasabah di kalangan pimpinan. Begitu juga kritikan daripada orang yang di luar jamaah yang memberi pandangan sebagai orang luar. Pas bersedia untuk menerima kritikan daripada pemerhati bebas, cuma jangan ada unsur fitnah.

Menurut Abu Ala Al Maududi seorang pemimpin gerakan Islam Jamiat Islami Pakistan di dalam tulisannya ada menyatakan, suatu gerakan Islam yang mempunyai pak turut yang tidak berfikir panjang akan mendapati jamaahnya  diresapi kesilapan-kesilapan walaupun sebuah jamaah itu melalui jalan yang benar. Dengan adanya kritikan maka segala  kesilapan dapat diminimumkan di dalam jamaah.

Jika tidak ada tegur menegur maka kesilapan demi kesilapan berterusan akan berlaku di dalam jamaah kerana tidak ada siapa yang berani menegur. Ini merupakan satu musibah kepada jamaah dan akan menghalang jamaah daripada terus maju.

Kita boleh melihat di dalam Muktamar Tahunan Pas. Ahli bebas memberi pandangan dan kritikan kepada pimpinan tanpa ada sekatan dan tapisan. Muktamar tidak dijadikan sebagai pesta mengampu pemimpin. Pimpinan Pas pula menerima kritikan dengan dada terbuka dan mengambil teguran sebagai satu peringatan.

Oleh itu salah satu daripada agenda usrah ialah sesi muhasabah di kalangan anggota ahli usrah. Naqib boleh muhasabah ahli dan ahli boleh muhasabah naqib. Ertinya tidak ada batu penghalang di antara mereka untuk membina peribadi dan jamaah melalui sessi muhasabah.

Cuma perlu diambil ingatan bahawa teguran ini datang dengan hati yang ikhlas bukan kerana dendam untuk mencari kesalahan mana-mana pihak. Jika ada sifat ini maka teguran ini tidak mempunyai apa-apa kebaikan kepada jamaah.

Gunalah saluran yang betul ketika memberi teguran. Lagak kita tidak boleh bertindak seperti orang yang tidak ada jamaah. Janganlah kita luahkan rasa tidak puas hati mengenai jamaah melalui Face book, blog, twiter, akhbar, televisyen. Janganlah mengkritik di majlis ceramah atau majlis ilmu, kerana pendengar  Ini bukan ahli Pas sahaja, mungkin musuh. Jika berlaku demikian rupa ia akan menguntung musuh Pas. Walaupun kita boleh memuas hati kita tetapi ia memberi mudharat kepada jamaah. Jangan kita membantu musuh daripada dalam tanpa kita sedari.

Sekiranya teguran masih tidak membawa apa-apa perubahan kepada jamaah dan pimpinan, maka parti membenarkan kita menukar pemimpin yang lain setiap dua tahun sekali. Kita boleh memilih pemimpin yang bersedia untuk menerima teguran untuk kebaikan jamaah.

Baca Selanjutnya...

Sunday 29 January 2012

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat


KUALA LUMPUR, 29 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.

"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.

"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.

"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.

Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".

"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.

Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.

Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.

"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.

"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.

"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.

"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka," katanya.

Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.

"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.

"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya.

Sumber: Harakah Daily
Baca Selanjutnya...

Mengapa Perasaan Perempuan Selalunya Lemah


Duhai Hawa, mengapa kita terlalu lemah? Saya selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.

Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.

Peliknya, untuk memahami perasaan naluri diriku sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.

Benar umum sudah mengetahui, cinta kepada Allah itulah paling hakiki. Tetapi untuk mereliasasikan cinta itu tidak semudah seperti sebutan di lidah semata. Banyak halangan yang perlu ditempuhi dan cabaran yang selalu menarik-narik diri ini untuk beralih arah dari mencapai Ilahi.

Benar, hakikatnya untuk mencapai cinta Ilahi ini, tidak cukup hanya dengan mentaati perintah-Nya semata-mata, dengan hanya menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan dan juga membaca Al-quran.

Tetapi memerlukan pengorbanan yang lebih besar dari itu! Betapa ramai manusia hatta orang-orang soleh sendiri gagal dalam meraih cinta dari Allah saat kematian mereka kerana gagal melaksanakan perintah ini.

Itulah menahan diri dari perkara-perkara yang dimurkai Allah. Sukarnya menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah larang kerana nafsu kita sangat-sangat cenderung kepada perkara tersebut.

Saidina Umar pernah berkata : "Seorang yang memiliki kualiti taqwa adalah seperti seorang yang berjalan di atas jalan berduri dengan berhati-hati. Seperti mana dia sangat berhati-hati untuk memastikan pakaiannya tidak terkena duri tersebut seperti itu jugalah seorang yang bertaqwa itu harus berhati-hati dalam setiap perbuatan yang dilakukannya."

Saidina Ali juga pernah berkata : "Taqwa adalah takutkan Allah, berbuat seperti mana yang disuruh oleh Allah, puas dengan apa yang ada dan bersiap sedia untuk hari pelepasan (kematian)."

Indahnya kata-kata mereka.

Kadang-kadang aku rasa marah pada diri sendiri. Kenapalah susah sangat nak menahan hawa nafsu? Terutama dalam perkara-perkara untuk menundukan pandangan. Memang benarlah firman Allah :


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...." (Surah An-Nur : 30-31)

Kerana pandangan itulah akar kepada banyak maksiat yang berlaku sesama berlainan jantina.

Bagi aku, kadangkala sikap 'double standard' selalu ada apabila berhadapan dengan kawan yang bukan muslim. Namun rasanya tidak boleh sebegitu kerana dari situlah kita dapat berlatih untuk membersihkan hati kita.

Paling penting bukanlah menundukkan pandangan dengan menundukkan pandangan mata semata-mata, namun adalah menundukkan perasaan. Jika hawa dan adam berbual tanpa memandang sesama sendiri, namun jika gagal mengawal perasaan, banyak juga boleh jadi.

Selain itu, mungkin saja kita gagal dari menahan diri dari menonton rancangan televisyen yang mungkin mendedahkan aurat-aurat yang tidak patut kita nikmati.

Bukan itu sahaja, mungkin sahaja kita memandang kawan sekelas kita dengan merasakan sesuatu di dalam hati.

Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkahnya susah sebenarnya.

Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.

Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.

Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!

Baca Selanjutnya...

Saturday 28 January 2012

Anwar minta Ustaz Hadi tarik balik hasrat undur


KUALA LUMPUR, 28 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam sms beliau kepada Harakahdaily.


Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat.


"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar.


Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan di muka depan dengan tajuk Ustaz Hadi sedia undur diri.


Berikut ialah transkrip temubual Sinar Harian bersama Tuan Guru Hadi
(gambar) yang dipetik Harakahdaily daripada video yang dipaparkan di Facebook Tuan Guru Presiden.  
 
Wartawan: Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?


Abdul Hadi: Saya terpulang kepada parti samada atas mahupun bawah. Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau Dun, sudah 30 tahun lebih. 30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah belas-belas tahun. Sudah lama. Dan sebab itu, saya memberi tawaran – yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke seluruh negara. Yang kedua, bertanding satu sahaja. Hah itu. Itu harapan saya kepada tu lah…  


Wartawan: Bertanding parlimen atau Dun?


Abdul Hadi: Itu terpulang kepada parti menilai.  


Wartawan: Adakah harapan Datuk Seri itu untuk memberi laluan kepada pemuda atau anak?


Abdul Hadi: Anak saya biar dulu. Biar dia jadi petugas parti.

Sumber: Harakah Daily
Baca Selanjutnya...

Kewajipan Merawat Futur Dalam Diri Seorang Da’i

Manusia diciptakan Allah Taala dengan pelbagai sifat dan tingkahlaku yang menunjukkan betapa berhajatnya mereka kepada bantuan dan pertolongan. Sifat-sifat seperti resah gelisah, takut, kecewa, bosan, malas dan sebagainya adalah gambaran kelemahan diri manusia itu sendiri yang diciptakan sebagai hamba Allah. Kelemahan dan sifat serba kekurangan ini boleh mendedahkan manusia kepada keadaan murung dan berputus asa yang akhirnya akan membawa mereka kepada hilang pergantungan dengan rahmat Allah Taala. Sabda Rasulullah s.a.w:

إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة

Maknanya: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada masa bersungguh(cergas) dan setiap kecergasan ada masa jemu…”. Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Tirmizi.

Suasana persekitaran, pergaulan, kejahilan, kecintaan kepada dunia dan tiadanya murabbi adalah antara faktor kemurungan dan kebosanan dalam melaksanakan perintah Allah Taala. Ia samada berkaitan dengan ibadah mahupun dalam kerja-kerja dakwah. Keadaan ini adalah perlu diberikan perhatian kerana bimbang ia akan menjadikan seseorang itu hilang rasa nikmat beribadah dan berjuang di jalan Allah. Kertas kerja ini akan memberikan fokus perbincangan kepada kebosanan di dalam amal Islami yang sering melanda amilin dalam dakwah yang akhirnya menjejaskan gagasan yang telah digariskan di dalam perjuangan.

Definisi ’Al-futur’

Menurut Mukhtar Al-Sihhah, Al-Futur itu bererti lemah, tumpul. Manakala Al-Raghib Al-Asfahani di dalam Mufaradat Al-Quran menyatakan bahawa erti Al-Futur ialah diam selepas bergerak cergas, lembut selepas keras dan lemah selepas kuat.Ibnu Hajar rahimahullah berkata bahawa Al-futur ialah:
Maksudnya:Bosan, berat untuk melakukan sesuatu dan orang lari darinya selepas awalnya suka kepadanya. Ia adalah penyakit yang menimpa sebahagian hamba, para daie dan penuntut ilmu. Seseorang itu akan jadi lemah, bertangguh dan malas. Seterusnya meninggalkan dari melakukan sesuatu selepas awalnya ia bersungguh dan cergas. Di dalam Al-Quran Allah Taala memuji para MalaikatNya dengan berfirman: (( Mereka (para Malaikat) bertasbih malam dan siang tanpa jemu )).

Sebab-sebab Al-Futur dalam Dakwah.

Bagi seseorang yang terlibat dengan gerakan dakwah ia tidak boleh lari dari sifat sebagai manusia biasa yang terdedah kepada kebosanan dan kejemuan dalam dakwah. Bahkan para sahabatpun ada yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w bilakah kemenangan akan tiba kerana sudah bosan dengan tentangan hebat dari golongan musyrikin. Dalam dakwah kebosanan berlaku samada akibat dari kelewatan mendapat kemenangan atau berpunca dari terjadi berbagai ujian yang berat kepada pejuang Islam. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Taubah ayat 42, yang maksudnya:

“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: “Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu.” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.

Kebosanan dan kejemuan dalam dakwah adalah berpunca dari dua faktor utama iaitu faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran:

A. Faktor-faktor dalaman

1) Kejahilan yang menimbulkan keraguan kepada kesahihan tanzim.
2) Lemah amal ibadah.
3) Kurang mengamalkan sunnah dalam kehidupan harian.
4) Berlumba memperolehi populariti dalam dakwah.
5) Tidak berdisiplin dan kerja tidak tersusun.
6) Sentiasa berburuk sangka sesama ikhwah.
7) Tidak menghadiri tarbiah.
8) Tidak menghadiri aktiviti jamaah.
9) Tidak bersederhana/melakukan sesuatu secara melampau.
10) Tiadanya aktiviti Istirahah Al-Nafs.

B. Faktor-Faktor Luaran

1) Jamaah tidak memberikan peningkatan kepada diri.
2) Ikhwah dalam jamaah tidak bersifat terbuka.
3) Tanzim yang bercelaru.
4) Aktiviti yang membosankan.
5) Kepimpinan yang tidak memberikan contoh yang baik.
6) Perpecahan dalam jamaah.
7) Serangan bertubi-tubi dari musuh.
8) Kemewahan hidup yang menamkan rasa selesa dengan apa yang ada.
9) Pengaruh wanita.
10) Pengaruh keluarga dan anak-anak.
11) Tekanan di tempat kerja.
12) Kekalahan dalam peperangan dengan musuh.

Faktor-faktor di atas adalah penyebab kepada timbulnya Al-Futur di dalam diri pejuang-pejuang Islam. Sebagai contoh ialah kekalahan, ia boleh menyebabkan hilang keyakinan untuk meneruskan perjuangan seperti berlaku di dalam perang Uhud. Apabila umat Islam ditimpa kekalahan, ramai yang mula kecewa, hilang keyakinan dan rasa bimbang dengan masadepan Islam. Lalu Allah Taala menjelaskan sendiri mengapakah kekalahan berlaku dengan firmanNya, yang maksudnya:

“Dan Mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu Telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: “Darimana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri”. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Dan apa yang menimpa kamu pada hari bertemunya dua pasukan, Maka (kekalahan) itu adalah dengan izin (takdir) Allah, dan agar Allah mengetahui siapa orang-orang yang beriman. Surah Ali-Imran : 165-166.

Dengan turunnya ayat di atas barulah para sedar bahawa kekalahan yang berlaku adalah berpunca dari kelakaun mereka sendiri yang tidak menuruti arahan Rasulullah s.a.w. Lantas selepas daripada itu mereka tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama dan akhirnya Allah Taala kurniakan kemenangan dengan pembukaan Kota Mekah yang berlaku secara aman.

Penyelesaian.

Bagi menyelesaikan dan merawat penyakit Al-Futur yang menimpa ahli jamaah Islam maka terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan sebagai panduan iaitu:

1) Membaca Al-Quran yang mengisahkan kesusahan perjuangan Anbiya.
2) Membaca Sirah Rasulullah s.a.w.
3) Membaca sejarah pejuang Islam masa silam.
4) Solat berjamaah.
5) Tingkatkan amalan sunat.
6) Hidupkan sunnah dalam kehidupan.
7) Meninggalkan amalan makruh.
8) Kurangkan menonton TV.
9) Selalu bersama solihin.
10) Hadiri majlis ilmu.
11) Selalu berhubung dengan ahli jamaah.
12) Amalkan pengurusan diri dan berdisiplin.
13) Menjaga masa.
14) Kreatif mempelbagaikan aktiviti jamaah.
15) Mengamalkan kesatuan fikrah dan kesatuan amal.
16) Libatkan semua peringkat ahli jamaah Islam dengan tarbiah.

Kesimpulan.

Para Qiadah dalam jamaah Islam seharusnya bersifat peka terhadap perkembangan di kalangan ahli-ahli jamaah Islam yang mempunyai tingkah laku dan kecenderungan yang pelbagai. Kebijaksanaan qiadah amat perlu bagi memastikan faktor-faktor yang membawa kepada Al-futur dalam dakwah dapat ditangani dengan sebaiknya agar intima di dalam jamaah bukan sahaja kerana kebenaran yang dibawa tetapi kerana keseronokan bersama-sama memperjuangkan Islam. Qiadah yang tidak sensitif dengan perkara-perkara seumpama ini akan membawa kepada kecenderungan ahli jamaah meninggalkan perjuangan Islam.

Sumber: Halaqah Muntijah
Baca Selanjutnya...

Friday 27 January 2012

PAS sasar 12 kerusi Sarawak, 9 Sabah


KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS bercadang untuk bertanding 12 kerusi parlimen di Sarawak dan sembilan kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Menurut sumber, kerusi-kerusi itu adalah kawasan tradisi PAS di samping kawasan yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

"Kalau selama ini PAS bertanding berdasarkan kaum atau agama yang ada di kerusi berkenaan, namun kini PAS tidak lagi ada batasan itu dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP," kata satu sumber PAS kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS hanya bertanding satu kerusi parlimen di Sarawak iaitu Batang Lupar dan hanya dua kerusi Dun di Sabah.

Namun begitu, di Sarawak terdapat 10 kerusi yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan dan sebahagiannya di menangi oleh calon BN tanpa bertanding.

Kerusi-kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN adalah Tanjung Manis, Igan, Selangau, Kapit dan Kanawit.

Kerusi-kerusi yang hanya ditandingi oleh calon bebas pula adalah Lubok Antu, Mukah, Ulu Rajang, Baram dan Sri Aman.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, sehingga kini PAS sudah sah bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi di Sarawak berdasarkan kerusi tradisi.

Namun sehingga kini, 10 kerusi yang ditandingi calon bebas dan dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN belum ditentukan lagi parti mana yang akan bertanding.

Sejak beberapa bulan lepas, pelbagai badan dalam PAS turun ke Sarawak dan Sabah dari Semenanjung. Antaranya yang berkaitan dengan pilihan raya dan penerangan. Yang terakhir adalah rombongan Lajnah Penerangan PAS Pusat yang dipimpin Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

(Gambar: Rombongan Lajnah Penerangan PAS yang diketuai Tuan Ibrahim memacakkan kayu asas surau di pulau Shanghai, Sandakan)


Melalui ekspedisi itu, PAS membuka denai dan jalan untuk membolehkan benih-benih PAS di tanam di bumi Kenyalang dan Negeri Bawah Bayu itu.


"Sambutan amat baik dan ramai penduduk tempatan yang berharap PAS bertanding di kawasan mereka," kata salah seorang anggota rombongan itu kepada Harakahdaily.


Di Sandakan, PAS telah membuat satu projek angkat iaitu membina sebuah surau di Pulau Shanghai, yang terletak setengah jam menaiki bot laju dari Sandakan.


Semua penduduk pulau itu beragama Islam namun tidak ada sebuah pun surau di pulau itu.

Baca Selanjutnya...

Mengenali MB Kedah dari dekat


Ramai yang berbeza pendapat dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak tentang isu Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU), namun ia tidak sepatutnya menidakkan kehebatan MB Kedah ini.

Berikut adalah catatan seorang wartawan Harakah, AZAMIN AMIN tentang Azizan Razak sebagaimana yang beliau kenali. Tulisan ini sudah lama tetapi masih relevan untuk memahami isu di Kedah.


KEDIAMAN

Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.

Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.

Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.

BANGUNKAN INSANIAH

Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.

Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.

CUKUP BERANG

"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.

Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.

Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.

Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.


Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.

Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.

HARGA KEMEJA MB


Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.

Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!

Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini, beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.

Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.

Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.

HUBUNGAN DENGAN ISTANA


Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.
Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi

Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!

Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!

SERI MENTALOON


Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari.

Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.

Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.

Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.

Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.

PERANGKAP WARTAWAN


Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.

"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.

"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.

"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.

RAMADHAN


Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.

Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.

Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.

Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.

Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!

Baca Selanjutnya...

Himpunan Hijau akan demo bantah Lynas


KUALA LUMPUR, 27 Jan: Satu gabungan rakyat yang dinamakan Kumpulan Himpunan Hijau akan mengadakan satu himpunan besar-besaran di Kuantan pada 26 Februari ini.

Himpunan Hijau 2.0 dengan tema Langkah Bestari "Pilihan di tangan kita" bertujuan membantah projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng,  setelah pelbagai usaha menyuarakan pandangan sebelum ini tidak diendahkan kerajaan.

Setiausaha Kumpulan Himpunan Hijau, Bang Seet Ping berkata, pihaknya komited dalam keadilan alam sekitar dan kemanusiaan serta akan berusaha menyelamatkan rakyat Kuantan daripada berhadapan dengan risiko pembinaan LAMP.

"Kita semua adalah rakyat biasa yang mengambil berat masa depan generasi muda kita.

"Kita tidak akan membenarkan kedatangan sebuah syarikat asing yang membahayakan nyawa anak cucu kita. Tanpa persetujuan rakyat, kilang-kilang sedemikian tidak akan dibenarkan untuk beroperasi," kata beliau pada sidang media bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Seet Ping berkata, Kumpulan HimpunanHijau mengajak semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan parti politik menyertai himpunan tersebut yang berlangsung dalam keadaan santai.

Ia dijangka berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi.

Henti Lynas

Selain itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan yang bijak untuk memberhentikan projek tersebut sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Jika tidak, rakyat akan menolak mereka yang zalim dan memilih mereka yang bersama rakyat.

"Isu Lynas ini sudah lama diperkatakan. Seluruh komuniti Kuantan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan tidak selesa. Kita berasa masa dan ruang yang diberikan sudah mencukupi. Berapa lama lagi rakyat harus hidup menderita?" soalnya.

Sebelum ini, HimpunanHijau 1.0 telah diadakan juga di Kuantan pada 9 Oktober tahun lalu dengan kehadiran kira-kira 7,000 ribu rakyat.

Sertai Himpunan Hijau 2.0

Sementara itu, pada sidang media sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru seluruh ahli untuk turut serta dalam himpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Kuantan.

"PAS menyokong penuh himpunan aman dan santai ini, dan menyeru ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat untuk turut serta.

"Rakyat negara-negara dunia ke-3 nampaknya kurang peka terhadap hal-hal alam sekitar.  Jadi PAS berterima kasih kepada NGO yang bagi kesedaran kepada masyarakat dalam isu ini," kata beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, permit akan dipohon bagi himpunan tersebut dan berharap polis akan memberi kerjasama.

"Himpunan ini bukan demonstrasi, tidak berarak sebaliknya hanya berkumpul setempat dan akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.

"Tiada perarakan dan tidak akan melibatkan kesesakan lalu lintas, jadi tiada masalah untuk polis beri kebenaran," katanya yang juga Pessuruhjaya PAS Pahang.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang komited membawa isu ini di Parlimen pula berharap kerajaan akan membuka mata terhadap suara rakyat ini.

"Kita sudah banyak kali menyuarakan pandangan dan bantahan kerana kesan yang sangat bahaya terhadap penduduk sekitar.

"Jadi kita akan berusaha untuk memastikan projek ini dibatalkan," kata Naib Presiden PKR itu sambil menambah, akan turut mengerah ahli PKR menyertai himpunan tersebut.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifly Omar dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sumber: Harakah Daily
Baca Selanjutnya...

Beriman Dengan Akidah Perjuang


Tertubuhnya Pas bukan kerana protes kepada mana-mana individu. Bukan juga kerana berebut pangkat dan habuan dunia. Tetapi kerana melaksanakan tuntutan Allah SWT yang di dalam Surah al-Imran 3:104.


“Hendaklah ada di kalangan kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan dan meyuruh membuat yang makruf dan mencegah dari mungkar, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”


Oleh itu saya yakin mereka yang menyertai perjuangan Pas ialah kerana dasar, bukan kerana individu. Oleh itu walaupun pemimpin tertinggi Pas meninggalkan Pas namun ahlinya tidak bergerak darida paksi perjuangan. Malahan Pas terus mara ke hadapan member cabaran kepada kuasa Umno di negara ini. Pas pernah kehilangan beberapa tokoh yang berada di saf hadapan seperti Ustaz Haji Ahmad Fuad bekas Yang Dipertua Pas pertama, Ustaz Osman Abdullah bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Asri Haji Muda bekas Yang Di Pertua Pas,  Wan Ismail Wan Ibrahim Bekas Timbalan Menteri Besar Pas Kelantan, Ustaz Nakhaei hj Ahmad bekas Naib Presiden Pas dan banyak lagi.


Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam


Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas,


“Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma’ruf wa al-Nahyu ‘anil munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia. 


Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)


Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam pada perkara yang berhubung dengan sembahyang, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat.


Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan “syumul”, bukan tempelan.  Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat  hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak.


Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada kita. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan. Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada  kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita.  Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja

Baca Selanjutnya...

Thursday 26 January 2012

AUKU tidak perlu dikaji, hapus sahaja


SHAH ALAM, 26 Jan: Pakar Undang-undang dan Perlembagaan, Prof Dr. Aziz Bari (gambar) menegaskan bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu lagi dikaji keberkesanannya, yang perlu adalah mansuhkan sahaja.

Beliau yang berkata pada program wacana di kompleks Karangkraf hari ini memberitahu undang-undang yang sedia ada di negara ini sudah merangkumi semua perkara jika seseorang itu melakukan kesalahan samada mahasiswa ataupun mereka yang berada di luar.

"Universiti sekarang perlu fokus kepada sebuah pusat akedemik bukannya mencampuri urusan lain, jika sebuah pusat pendidikan lebih tertumpu kepada apa yang berlaku sekarang saya pasti tahap pendidikan negara ini tidak dapat menandingi universiti di negara-negara luar.

"Kita tidak perlu buang masa untuk mengkaji semula AUKU, kenapa perlu satu pembaziran yang besar dalam kita membuat kajian untuk sebuah pindaan. Tidakkah kita boleh memansuhkannya terus," jelasnya.

Tambahnya lagi, melihat kepada kebangkitan Universiti Malaya sebelum wujudnya AUKU, pentadbiran dan juga pendidikan mereka cukup cantik malah berkesan apatah lagi kedudukannya diperingkat antarabangsa.

"Dalam keadaan sekarang apa perlu kita kekalkan AUKU setelah melihat kemerosotan sistem pendidikan negara, malah pelajar pula menjadi mangsa kepada sebuah akta yang jelas mengekang kebebasan mereka untuk bersuara.

"Malaysia telah cukup dengan segala undang-undang dan juga akta, ini dengan sendirinya kita tidak perlu lagi takut jika berlaku apa-apa perkara diluar jangkaan, kenapa kita ingin menambahkan lagi negara ini dengan akta AUKU ini," sambungnya lagi.

Aziz juga berpendapat, dalam keadaan negara ini juga memperlihatkan sikap pilih kasih yang mana ada pihak akan terlepas dari tindakan jika mereka mendokongi kumpulan pemerintah tetapi sebaliknya akan berlaku kepada mahasiswa yang menentang.

"Kalau AUKU dimansuhkan sekali pun, kita akan melihat terdapat dua perkara akan berlaku yang mana individu yang menyokong pemerintah tidak akan dikenakan tindakan tetapi sebaliknya akan berlaku kepada pihak yang menentang.

"Inilah masalahnya siapa yang mengadakan perhimpunan, pemerintah sudah pasti boleh memilih siapa yang perlu dikenakan tindakan," katanya lagi.

Kata Aziz lagi, terdapat dua pihak yang mempunyai perbezaan pendapat tentang AUKU dan rakyat sendiri mengetahui bahawa secara jelas Barisan Nasional menyokongnya tetapi tidak kepada Pakatan Rakyat, keputusan boleh dibuat pada pilihanraya nanti untuk melihat ia dimansuhkan terus atau masih lagi pada skala pindaan.

"Mahasiswa sudah cukup matang sekarang dan mereka tahu apa yang dilakukannya, kita perlu beri kebebasan kepada mereka dan tidak akan rosak sebuah pendidikan negara jika AUKU dimansuhkan.

"Pendidikan negara akan rosak dan tercemar jika wujudnya campurtangan pihak luar terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan di dalam pentadbiran negara yang menentukan sepenuhnya perjalanan akedemik mahupun keputusan dan juga perlantikan seseorang pegawai peringkat tertinggi," sambungnya lagi.

Jelasnya lagi negara yang maju adalah sebuah negara yang tidak mempunyai undang-undang yang banyak bukannya negara yang bangga dengan pelbagai akta serta kekangan.

 (Moderator dan anggota penal wacana)

Turut sama  dalam wacana tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU/Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamad Maliki Mohd Rapiee, Pemangku Presiden/Naib Censelor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad, Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (Aspirasi Malaysia), Mohd Shahar Abdullah.

Manakala moderatornya adalah bekas pemimpin pelajar dan pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris.

Sementara itu pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli bersama beberapa anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga turut mengikut wacana tersebut.

Sumber:  Harakah Daily

Baca Selanjutnya...

Wajibat Para Da'ie Dalam Gerak Kerja Dakwah


“Dan sesungguhnya ini jalanKu yang lurus (maka) kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yang lain) nanti kamu akan bercerai berai dari jalanNya. Allah berpesan yang demikian itu supaya kamu bertaqwa” (Al-An’aam:153)

Menerusi blog Ini , kita berharap dapat membentuk kefahaman mengenai Islam yang syumul (menyeluruh) dan sedikit sebanyak gambaran Jalan yang harus kita lalui dalam menuju kepada keredhaan Ilahi dan kebahgiaan di dunia dan Akhirat. Namun, kita masih berlegar-legar dalam mendapat hanya gambaran Jalan tesebut. Kita tidak akan ke mana kecuali kita menempuh atau melalui Jalan itu sendiri. Ingat, medan khayal tidak sama dengan medan kata-kata. Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal dan tindakan. Medan amal tidak sama dengan medan jihad. Medan jihad yang salah tidak sama dengan medan jihad yang sebenar yang menuju ke matlamat yang dikehendakki Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Wajibat adalah plural kepada “wajib” bererti kewajipan-kewajipan. Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari Jalan sebenar atau berada di dalam Jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan.

TAJUK-TAJUK WAJIBAT 

1-  Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
2-  Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
3-  Jagalah kesihatan.
4-  Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
5-  Sentiasa berada dalam kebersihan.
6-  Jangan bercakap bohong.
7-  Jangan memunkiri janji.
8-  Jadilah seorang yang berani.
9-  Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
10-Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
11-Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
12-Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
13-Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
14-Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
15-Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
16-Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
17-Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
18-Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
19-Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
20-Jauhi riba.
21-Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
22-Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
23-Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
24-Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
25-Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
26-Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
27-Sentiasa dalam keadaan bersuci.
28-Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
29-Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
30-Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
31-Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
32-Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
33-Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
34-Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
35-Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
36-Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
37-Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
38-Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.

sama2 lah kita bermuhasabah diri moga hari2 yang akan kita lalui akan lebih baik dari hari2 yang sudah kita tinggalkan.ameen!.kita.bina ukhwah diantara kita atas dasar aqidah agar apa sahaja yang kita lakukan dalam gerak kerja jemaah ini, kita lakukan dalam rasa penoh  kasih sayang, pemahaman ,kerjasama dan ketenangan dan tawakkal kepada Allah swt..permudahkan urusan kami ya Allah...
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket