Thursday 12 July 2012

Konsep Kebajikan Islam


Konsep dan Amal Kebajikan

Di Bulan Ramadhan

Motto:

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ

وَإِقَامَ الصَّلاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ

Leluhur silam itu Kami jadikan mereka para pemimpin yang memerintah menurut petunjuk Kami . Kami wahyukan kepada mereka agar melakukan kebajikan, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Mereka juga sentiasa menyembah (beribadat) kepada Kami. (Maksud Surah al Anbia :73)

Pendahuluan

Islam adalah agama kebajikan. Pengajarannya adalah untuk merealisasikan kedamaian dan kebaikan untuk semua makhluk. Terasnya adalah usaha untuk menegakkan kebenaran. Sebab itulah ia menjadikan usaha berbuat kebaikan adalah sejajar dengan kewajipan dalam menobatkan kebenaran.

Dalam pola pemikiran Islam nilai al Haq (kebenaran) sangat berganding rapat dengan al Khair (kebaikan atau kebajikan). Dua nilai utama ini merupakan matlamat penting yang mesti menjadi kewajipan umat Islam untuk dilaksanakan. Tanpa kebenaran, sebuah perjuangan akan menyimpang ke kancah kebatilan. Tanpa kebajikan pula, sebuah perjuangan akan menjadi gersang dan tidak akan berupaya membawa kepada apa-apa kebaikan.

Matlamat utama agama Islam adalah untuk merealisasikan kebaikan ke dalam diri, keturunan, akal, harta dan nama baik .Sebab itulah para ulama muktabar telah merumuskan Maqasid al Syariah merangkumi aspek-aspek perlindungan kepada agama, nyawa, zuriat keturunan, akal waras dan juga harta.

Konsep Kebaikan dan Kebajikan

Perkataan kebaikan (al Khair ) atau kebajikan kerap disebut dalam al Quran dan al Hadith. Cuma kadang-kadang ia disebut dengan perkataan yang sinonim dengannya seperti perkataan al Birr, al Ihsan, al Rahmah, al Sadaqah , tafrij al Kurbah, ighathah al malhuf dan sebagainya.

Pendek kata terdapat berbagai firman Allah SWT dan hadith Rasullullah SAW yang menyuruh umat Islam berbuat perkara kebaikan sama ada dari sudut pertuturan, perbuatan, jihad dan sebagainya.

Tuntutan bertutur dengan perkataan yang baik (Qaul al Khair) ditegaskan melalui firman Allah SWT dalam Surah al Baqarah :83

وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْناً

Bertuturlah kepada orang lain dengan pertuturan yang baik Dan hadith :

"مَن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقُل خيرا أو ليصمت"

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia bercakap perkara yang baik atau dia berdiam diri sahaja.

Arahan melakukan kebaikan ditegaskan melalui firman Allah SWT dalam Surah al Hajj :77 yang berbunyi:

وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Buatlah perkara yang baik mudah-mudahan kalian akan berjaya.

Dan dalam Surah Ali Imran :115

وَمَا يَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَلَنْ يُكْفَرُوهُ

Apa jua kebaikan yang mereka lakukan tidak akan dinafikan

Jangan Memandang Remeh Kepada Amal Kebajikan

Dalam hal ini kita selalu bertemu dengan manusia yang suka memandang remeh kepada kebaikan yang dianggap kecil atau sedikit. Oleh itu ia sering berasa segan malah kadang-kadang enggan melaksanakannya. Lebih teruk lagi ada yang sanggup mencipta pelbagai alasan semata-mata tidak mahu dilihat sebagai pemalas atau pesalah. Tanpa menyedari sebenarnya ajaran Islam amat menekankan tentang perlunya berbuat baik walau bagaimana kecil sekalipun nilainya. Besar atau kecilnya sesuatu itu bersifat relatif dan nisbi. Mungkin ianya dianggap kecil kepada orang tertentu atau dalam situasi tertentu tetapi besar maknanya kepada orang lain dan dalam situasi yang berlainan. Oleh itu tidak hairanlah kalau Allah SWT telah berfirman dan Surah al Zalzalah:7-8 yang berbunyi;

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Siapa yang berbuat baik walau sebesar zarrah kebaikkan ia pasti melihat ganjarannya Siapa yang berbuat sebesar zarrah kejahatanpun ia pasti akan melihat padahnya.

Firman Allah SWT lagi dalam Surah al Nisa’ :40

إِنَّ اللَّهَ لا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْراً عَظِيماً

Allah sedikitpun tidak menganiaya sesiapa walau sebesar zarrah pun. Malah kalau ada kebaikan yang dilakukan seseorang Allah akan menggandakan ( balasan)nya. Lebih jauh Allah akan menganugerahkannya dengan pahalaNya yang sangat banyak.

Manakala dalam sebuah hadith Rasulullah SAW telah bersabda:

"سبق درهم مائة ألف درهم". قالوا: وكيف؟ قال: "كان لرجل درهمان، تصدَّق بأحدهما، وانطلق رجل إلى عُرض ماله فأخذ منه مائة ألف درهم فتصدَّق بها"[5]

Sedekah satu dirham mendahului (dari segi martabat) sedekah seratus ribu dirham. Sahabat bertanya: Bagaimana boleh jadi begitu. Baginda menjawab. Seorang lelaki memiliki dua dirham sahaja dan dia lantas menyedekahkan satu dirham. Manakala yang seorang lagi balik rumah terus pergi mengambil seratus ribu dirham dari hartanya yang sangat banyak lalu ia menyedekahkannya.

Galakan Amal Kebajikan Secara Umum

Program kebajikan boleh dirancang dan dilaksanakan dalam berbagai bentuk. Ia boleh dibuat menurut skala besar atau kecil. Paling kurang mungkin boleh digambarkan cukup dengan hanya memberi atau menyedekahkan sebelah daripada sebiji buah kurma. Rasulullah SAW bersabda:

اتقوا النار ولو بشقِّ تمرة، فمَن لم يجد شقَّ تمرة فبكلمة طيبة"

Hindarilah siksa neraka meskipun dengan menyedekahkan sebelah buah kurma. Siapa yang tidak mampu menyedekahkan separuh buah kurma maka sekurang-kurang dia bertindak dengan menuturkan perkataan yang baik dan bermanfaat.

Seterusnya baginda mengingatkan:

"مَن تصدَّق بعَدل تمرة من كسب طيِّب - ولا يقبل الله إلا الطيِّب - وإن الله يتقبَّلها بيمينه، ثم يُرَبِّيها لصاحبها، كما يُرَبِّي أحدكم فَلُوَّه (مُهْره) حتى تكون مثل الجبل".

Siapa yang bersedekah sebesar sebuah kurma dari sumber pencarian yang halal ;- dan sememangnya Allah tidak menerima sedekah kecuali daripada yang baik (halal) - nescaya Allah menerima sedekahnya dengan tangan kananNya. Kemudian Allah akan melaburkannya (pahala sedekah tersebut) untuk pemberi sedekah berkenaan; dengan penuh prihatin bagaikan seorang itu membela anak kucing kesayangannya. Akhirnya kebaikan itu membesar seperti gunung.

Gesaan Berbuat Kebajikan

Pengetahuan mengenai kebaikan belum tentu boleh atau akan membawa seseorang itu segera melakukannya . Jadi untuk menggesa umat Islam supaya segera melakukan kebaikan maka Allah SWT telah berfirman dalam Surah Ali Imran 133-134:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ

Berlumba-lumbalah untuk mendapatkan keampunan tuhan kalian di samping syurga yang luasnya seluas petala langit dan bumi. Syurga tersebut disediakan untuk orang yang betaqwa dan menginfaqkan harta mereka dalam keadaan senang dan susah.

Sifat atau ciri seorang manusia yang soleh dan baik telah digambarkan Allah SWT dalam firmannya melalui Surah Ali Imran:114

ُيؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ

Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, di samping menyuruh berbuat yang makruf, mencegah yang munkar; malah mereka berlumba-lumba pula berbuat kebajikan.

Dan dalam Surah al Mu’minun : 61 Allah SWT berfirman:

أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ

Itulah golongan yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan mereka itulah pelumba yang menjuarainya (menjadi jaguh)

Galakan Berlumba-lumba Untuk Berbuat Kebajikan

Firman Allah SWT yang mengajak umat Islam berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan ini memang banyak. Ini terlihat dalam Surah al Maidah ayat 48 yang berbunyi:

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعاً

Berlumba-lumbalah untuk membuat kebajikan. Kepada Allah jua kalian semua akan kembali.

Juga dalam Surah al Baqarah ayat 148;

وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

Akan tetapi itu sekadar cubaan Allah kepada kamu terhadap rezeki yang dikurniakanNya kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah berbuat baik.

Saranan ini diperkuat oleh hadith Rasulullah SAW riwayat Abu Hurairah:

وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: جاء الفقراء إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالوا: ذهب أهل الدُّثُور من الأموال بالدرجات العُلا، والنعيم المقيم، يصلُّون كما نصلِّي، ويصومون كما نصوم، ولهم فضل من أموال يحجُّون بها، ويعتمرون، ويجاهدون، ويتصدَّقون. قال: "ألا أحدِّثكم بأمر إن أخذتم به أدركتم مَن سبقكم، ولم يدرككم أحد بعدكم، وكنتم خير مَن أنتم بين ظَهرَانَيه، إلا مَن عمل مثله؟ تسبِّحون، وتحمدون، وتكبِّرون خلف كلِّ صلاة ثلاثا وثلاثين"[2].

Menurut Abu Hurairah: Segolongan fakir miskin pergi menemui Rasulullah dan mengadu: Golongan hartawan membolot habis segala martabat ketinggian yang dijanjikan serta nikmat Allah yang enak-enak dan lumayan. Mereka solat seperti kami solat. Mereka berpuasa seperti kami berpuasa namun mereka boleh menunaikan haji dari harta kekayaan mereka. Mereka boleh tunaikan umrah, pergi berjihad dan mengeluarkan sedekah (sedangkan kami tidak dapat berbuat demikian). Baginda menjawab: Kalau kalian mahu aku beritahu suatu perkara yang seandainya kalian lakukan kalian akan mendahului orang yang mendahului kamu. Manakala orang yang akan datang selepas kamu pula tidak dapat menandingi kamu. Bahkan kamu menjadi yang terbaik dari kalangan yang ada kecuali mereka yang sama berbuat seperti kamu. (Kalau kamu mahu) aku beritahu :Iaitu hendaklah kamu bertasbih , bertamid dan bertakbir selepas setiap solat fardhu tiga puluh tiga kali.

Ajak Orang Lain Buat Kebajikan

Umat Islam diperintahkan Allah SWT supaya mengajak dan menyeru orang lain ke arah mengerjakan kebajikan dan kebaikan. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran :104

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ

Hendaklah ada di kalangan kamu golongan yang mengajak kepada kebaikan

Dalam hadith Rasulullah SAW menegaskan:

: "من دلَّ على خير فله مثل أجر فاعله"

Orang yang menunjukkan kepada kebaikan itu akan mendapat pahala yang sama seperti mereka yang mengerjakannya (hasil dari petunjuk bimbingannya)

Lebih jauh lagi Islam amat menggalakkan malah cukup mendesak umatnya agar aktif dan proaktif dalam melaksanakan perkara kebaikan dan kebajikan. Ini boleh dilakukan dengan memberi makan atau jamuan kepada fakir miskin, memberi pakaian, rawatan dan penjagaan serta mungkin juga menyara keperluan hidup individu-individu yang susah dan menderita.

Allah SWT telah berfirman dalam Surah al Ma’un 1-3 :

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ * فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ * وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِين

Tidakkah kamu melihat kepada para pendusta agama. Iaitu mereka yang mensia-siakan anak yatim. Mereka tidak suka menggalakkan orang memberi makan golongan fakir miskin.

Dalam konteks menyelar sifat orang kafir Allah SWT telah menegaskan dalam Surah al Haaqqah 33-34

إِنَّهُ كَانَ لا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ * وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ

Dia justeru tidak mahu beriman dengan Allah yang Maha Agung bahkan tidak suka menggalakkan orang memberi makan fakir miskin

Allah SWT menyelar sikap masyarakat jahiliah yang enggan melaksanakan kewajipan ini melalui firmannya dalam Surah al Fajr ayat 17-18 yang berbunyi:

كَلَّا بَلْ لا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ * وَلا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ

Memang tidak patut, malah mereka tidak menghargai anak yatim dan tidak pula mahu membiarkan orang lain memberi makan fakir miskin

Sentiasa Pasang Niat Untuk Buat Kebajikan

Islam bukan sahaja menggalakkan umatnya berbuat baik malah bagi mereka yang tidak berada dan berupaya disuruh agar sekurang-kurangnya menyimpan niat untuk melakukan kebaikan . Mempunyai niat yang baik itu pun sangat dituntut. Kadang –kadang niat seseorang yang baik itu jauh lebih bernilai daripada perbuatannya. Dalam hubungan ini Abu Kabsyah al Anmari berkata bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إنما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالا وعلما، فهو يتَّقي فيه ربه، ويصِل فيه رحِمه، ويعلم لله فيه حقَّا، فهذا بأفضل المنازل؛ وعبد رزقه الله علما ولم يرزقه مالا، فهو صادق النية يقول: لو أن لي مالا لعملتُ بعمل فلان. فهو بنيَّته، فأجرهما سواء. وعبد رزقه الله مالا، ولم يرزقه علما، يخبط في ماله بغير علم، ولا يتَّقي فيه ربه، ولا يصِل فيه رحِمه، ولا يعلم لله فيه حقًّا فهذا بأخبث المنازل؛ وعبد لم يرزقه الله مالا ولا علما، فهو يقول: لو أن لي مالا لعملتُ فيه بعمل فلان. فهو بنيَّته، فوزرهما سواء"

Dunia ini sebenarnya tempat empat kategori manusia beraksi. Kategori manusia yang Allah berikan harta dan ilmu kepadanya dan dia memanfaatkan kurnia Allah itu dengan sifat taqwa kepada Allah dan terus menyambung silaturrahim. Dia mengenali hak Allah dalam harta dan anugerah Allah kepadanya. Kategori ini adalah yang terbaik. Kedua kategori manusia yang Allah berikan kepadanya ilmu pengetahuan tapi tidak diberikan kepadanya harta. Tapi dengan niat yang jujur dia berazam bahwa kalau dia mempunyai harta pasti dia akan lakukan kebaikan seperti si pulan. Orang ini berpahala dengan niatnya. Malah dia mendapat pahala setara seperti orang yang bersedekah itu. Kategori ketiga manusia yang Allah berikan harta, tapi tidak diberikan ilmu pengetahuan. Orang ini menghamburkan hartanya tidak keruan tanpa ilmu . Dia tidak bertaqwa kepada Tuhannya. Tidak menyambungkan silaturrahim. Tidak tahu hak Allah terhadap diri dan hartanya. Kategori ini adalah kategori yang paling buruk. Kategori keempat ialah manusia yang Allah tidak mengurniakan kepadanya apa-apa harta atau ilmu pengetahuan namun dia memasang niat jahat bahawa kalau ia ada harta seperti sipulan dia pasti akan berbuat berbagai kejahatan yang setara seperti kejahatan si pulan . Orang ini mendapat dosa niat jahat dan dosa yang sama dengan dosa orang yang benar-benar berbuat jahat yang mahu dicontohinya tadi..

Gotong Royong dan Berkerjasama Untuk Buat Kebajikan

Sebenarnya berkerjasama untuk berbuat kebajikan adalah suatu kewajipan agama, Ini kerana ada perkara yang tidak dapat dilakukan secara individu tapi boleh dilaksanakan secara kolektif dan berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda :

يد الله مع الجماعة"

Tangan (bantuan ) Allah bersama (amal)berjamaah

Sabda baginda lagi:

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشدُّ بعضه بعضا". وشبَّك بين أصابعه.

Orang yang beriman bandingannya sama seperti sebuah bangunan . Satu sama lain saling mengukuhkan kedudukan yang lain. Kemudian baginda menyilang-selikan antara jari jemari tangan kanan dan tangan kiri baginda.

Sebagai ahli gerakan Islam kita semua wajib membudayakan sifat dan amalan kerjasama sesama ahli dan orang ramai yang prihatin. Malah wajar menganggotai syarikat kerjasama atau koperasi tertentu demi kebaikan diri dan keluarga kita sendiri. Ini kerana koperasi adalah sektor ekonomi ketiga terpenting dalam negara kita. Melalui gerakan koperasi kita akan mendapat berbagai insentif yang menguntungkan. Antara yang boleh dianggotai ialah Koperasi Muslimin, Koperasi Kohilal dan lain-lain.

Islam juga menggalakkan kerja kebajikan melalui badan amal. Allah SWT telah bersabda dalam Surah al Maidah ayat 2 :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى

Berkerjasamalah utuk melakukan kebaikan dan ketaqwaan

Dalam Surah al Baqarah ayat 184 Allah SWT telah berfirman:

فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ

Siapa yang berdedikasi dengan kebaikan maka itulah yang lebih baik baginya.

Dalam Surah yang sama ayat 158:

وَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ

Siapa yang dengan sukarela menampilkan kebajikan maka Allah memang sangat berterima kasih (atas perbuatan itu) dan Allah Maha Mengetahui

Kebajikan Dalam Bulan Ramadhan

Dalam konteks bulan Ramadhan ini pula memang terdapat banyak jenis amal kebajikan yang boleh kita laksanakan . Antaranya ialah:

1. Berdoa ketika melihat anak bulan Ramadhan dengan doa berikut:

اللهم أهله علينا باليمن والإيمان، والسلامة والإسلام، ربي وربك الله".

Ya Allah datangkanlah kepada kami bulan mulia ini dengan keberkatan, keimanan, kedamaian dan Islam (penghayatan Islam yang sejati).Tuhanku dan tuhanmu (wahai Ramadhan) adalah Allah.

2. Menyegerakan berbuka puasa bila sampai masanya. Rasulullah SAW bersabda :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر" رواه البخاري.

Umatku akan sentiasa sehat selama mereka menyegerakan berbuka puasa.

3. Berdoa ketika berbuka kerana Rasulullah SAW pernah bersabda : Orang yang berpuasa itu mempunyai doa yang makbul ketika ia berbuka. Antara doa baginda ketika berbuka ialah :

ذهب الظمأ، وابتلت العروق، وثبت الأجر إن شاء الله تعالى" رواه أبو داود والدارقطني والحاكم

Hilanglah dahaga, segar urat saraf dan pastinya dapat pahala ; insyaallah Ta’aala.

4. Memuji Allah selepas makan atau minum. Baginda bersabda :

إن الله ليرضى عن عبد أن يأكل الأكلة فيحمده عليها أو يشرب الشربة فيحمده عليها" رواه مسلم.

Allah redha (suka) hambanya yang apabila makan memujiNya begitu juga memujiNya apabila minum.

4. Beristiqamah menunaikan solat terawih. Ini kerana Rasulullah telah bersabda:

"أفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل" رواه مسلم.

Solat bukan fardhu yang lebih afdhal (dilakukan ) ialah solat al-Laili.

6. Menunai solat lail dengan penuh kejujuran dan keikhlasan hati kerana Allah . Baginda mengingatkan:

"من قام رمضان إيمانًا واحتسابًا غفر له ما تقدم من ذنبه" رواه البخاري ومسلم.

Siapa yang solat malam (bulan) Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas semata-mata kerana Allah maka dosa-dosa yang telah dilakukannya diampunkan (oleh Allah)

7. Amalkan bangun sebelum fajar subuh untuk bersahur . Rasulullah SAW menegaskan :

"تسحروا فإن في السحور بركة" رواه البخاري ومسلم.

Bersahurlah kerana bersahur itu barakah.

8. Membiasakan diri sembahyang di masjid . Ini kerana Rasulullah SAW telah bersabda :

"من غدا إلى المسجد أو راح أعد الله له نزلاً في الجنة كلما غدا أو راح" رواه البخاري ومسلم.

Siapa yang membiasakan diri pergi ke masjid (untuk beribadah) Allah akan sediakan untuknya penginapan di syurga; setiap kali dia pergi atau datang.

9.Suka mengajak tetamu berbuka di rumah atau di tempat lain yang sesuai. Rasulullah SAW pernah bersabda :

"من فطر صائمًا كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئًا" رواه الترمذي وقال حسن صحيح

Siapa yang suka mengajak tetamu yang berpuasa berbuka maka dia akan mendapat pahala seperti pahala tetamu berkenaan tanpa dikurangi pahala puasanya sendiri sedikitpun.

10. Mengamalkan budaya berdoa; justeru Rasulullah SAW pernah bersabda menerangkan respon Tuhan terhadap sikap hambanya seperti berikut:

"أنا عند ظن عبدي بي، وأنا معه إذا دعاني" رواه البخاري ومسلم.

Aku akan bersikap sejajar dengan sangkaan hambuKu terhadapKu. Aku akan bersamanya bila dia berdoa kepada Ku. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

11. Suka mendoakan orang muslim lain khasnya ketika berjauhan. Rasulullah SAW menggalakankan perkara ini dalam hadith baginda:

"ما من عبد مسلم يدعو لأخيه بظهر الغيب إلا قال الملك: ولك بمثل" رواه مسلم.

Mana-mana orang Islam yang mendoakan saudaranya yang jauh maka malaikat akan mendoakan dengan mengatakan untuk saudara sendiri pun akan mendapat kebaikan yang sama.

12. Menyedarkan diri tentang bencana dosa , mempunyai kesedaran yang tinggi tentang ketidakupayaan manusia menghadapi azab siksa Allah di neraka kelak . Dengan kesedaran itu seseorang akan segera bertaubat dan bersunguh-sungguh menghindarkan diri dari segala bentuk dosa dan noda. Dengan itu Allah akan menggantikan keburukan seseorang dengan kebaikan. Firman Allah SWT dalam al Quran:

"إلا من تاب وآمن وعمل عملاً صالحًا فأولئك يبدل الله سيئاتهم حسنات وكان الله غفورًا رحيمًا".

Kecuali orang yang bertubat dan beramal soleh maka kepada mereka Allah akan tukarkan dosa mereka dengan pahala . Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

13. Melazimkan diri dengan istighfar. Rasulullah SAW bersabda:

"من لزم الاستغفار جعل الله له من كل هم فرجًا، ومن كل ضيق مخرجًا، ورزقه من حيث لا يحتسب" رواه أبو داود والنسائي

Siapa yang suka beristighfar dan kerap mengerjakannya nescaya Allah melepaskan dirinya dari segala macam duka nestapa, Allah beri jalan keluar dari segala macam kesempitan hidup serta Allah kurnikan dia rezki dari sumber yang tidak di sangka-sangka.

14. Selalu mendoakan dan beristighfar untuk orang muslim yang lain. Allah SWT menjelaskan sifat orang muslim yang baik seperti berikut:

"والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلاًّ للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم" الحشر.

Manakala generasi yang datang selepas generasi lampau selalu mendoakan : Hai Tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan dosa orang orang terdahulu daripada kami dalam keiman . Janganlah engkau jadikan diri kami menaruh apa-apa rasa dendam kesumat terhadap golongan yang beriman. Hai Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha lemah lembut dan Maha penyayang.

15. Sentiasa ingat dan zikrullah. Kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

"ألا أنبئكم بخير أعمالكم وأزكاها عند مليككم وأرفعها في درجاتكم وخير لكم من إنفاق الذهب والفضة وخير لكم من أن تلقوا عدوكم فتضربوا أعناقهم ويضربوا أعناقكم؟ قالوا: بلى. قال: ذكر الله تعالى".

Mahukah kalian aku beritahu tentang amalan kamu yang terbaik dan paling murni di sisi Allah, paling tinggi darjatnya. Paling baik bagi kamu daripada mengifaqkan emas dan perak. Paling baik daripada situasi di mana kamu bertemu musuh lalu kamu penggal leher mereka atau mereka memanggal leher kamu? Para sahabat baginda menjawab: Bahkan mahu (wahai Rasulullah). Bagindapun berkata: (amalan itu) ialah zikrullah S.W.T.

16. Kerap mengamalkan doa antara azan dan qamat; sebab Rasulullah SAW bersabda:

"الدعاء بين الأذان والإقامة لا يرد" رواه البخاري.

Doa antara azan dan iqamat itu tidak akan ditolak oleh Allah

17. Menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan; justeru Rasulullah SAW mengingatkan :

"العمرة في رمضان تعدل حجة، أو حجة معي" رواه البخاري ومسلم.

Umrah dalam bulan Ramadhan menyamai penunaian satu ibadah haji.

18. Banyak membaca (tilawah) dan merenung makna ayat-ayat al Quran. Ini kerana Rasulullah SAW telah menyuruh kita berbuat demikian berdasarkan hadith baginda :

"اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعًا لأصحابه" رواه مسلم.

Kerapkanlah membaca al Quran kerana di hari kiamat kelak dia boleh membantu pembacanya.

19. Tunaikan solat fardhu dalam waktunya. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda :

"ما من امرئ مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها وخشوعها وركوعها إلا كانت له كفارة لما قبلها من الذنوب ما لم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله" رواه مسلم

Mana-mana orang muslim ketika masuk waktu solat fardhu kemudian dia berwudhu’ dengan sempurna; menunaikan solat dengan penuh khusyu’ dan menyempurnakan ruku’nya dengan lengkap nescaya solatnya itu menjadi penebus segala dosanya yang telah lalu; selama mana dia tidak melakukan dosa besar. Kaadaan (mendapat ganjaran ) ini berterusan sepanjang masa.

وقد سُئل رسول الله صلى الله عليه وسلم: أي العمل أفضل؟ قال: "الصلاة لوقتها" رواه البخاري ومسلم

Ketika Rasulullah SAW ditanya: apakah amalan yang lebih afdhal. Baginda menjawab: Sembahyang pada waktunya.

20.Prihatin memastikan tertunainya solat asar dan subuh. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"من صلى البردين دخل الجنة" رواه البخاري.

Siapa yang melunaskan solat al Bardaini (solat masa dingin dan sukar; iaitu solat subuh dan asar) maka ia pasti masuk syurga.

21. Suka duduk solat di baris pertama di hadapan. Sebab Rasulullah SAW bersabda:

"لو يعلم الناس ما في النداء والصف الأول ثم لم يجدوا إلا أن يستهموا عليه لاستهموا" رواه البخاري ومسلم

Kalau orang tahu betapa (besarnya) pahala azan dan solat di barisan pertama; kemudian mereka tidak boleh melakukannya melainkan dengan membuat undian (Iqtira’) (terlebih dahulu) nescaya mereka akan mengundi untuk itu.

22. Istiqamah melazimkan diri dengan solat dhuha. Rasululllah SAW bersabda:

"يصبح على كل سلامى من أحدكم صدقة، فكل تسبيحة صدقة، وكل تحميدة صدقة، وكل تهليلة صدقة، وكل تكبيرة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة، ونهي عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك كله ركعتان يركعهما في الضحى" رواه مسلم.

Setiap sendi seseorang itu bila sampai waktu pagi wajar dikeluarkan sedekah untuknya. (Untuk pengetahuan anda) setiap ucapan tasbih itu sedekah. Setiap ucapan tahmid, tahlil dan takbir semuanya itu sedekah. Suruh orang berbuat baik, tegah yang munkar, semuanya sedekah. Memadai itu semua dengan penunaian solat dhuha dua rakaat.

23.Sentiasa menunaikan solat sunat Rawatib. Rasulullah SAW bersabda:

"ما من عبد مسلم يصلي لله تعالى كل يوم اثنتي عشرة ركعة تطوعًا من غير الفريضة، إلا بنى الله له بيتًا في الجنة" رواه مسلم.

Mana-mana orang muslim sembahyang dua belas rakaat (rawatib) kerana Allah Ta’ala; bukan sembahyang fardhu , secara sukarela nescaya Allah binakan untuknya (sebagai ganjaran) sebuah rumah di syurga.

24. Membiasakan diri dengan solat sunat di rumah sendiri. Ini selaras dengan galakan Rasulullah SAW dalam hadith baginda:

"اجعلوا في بيوتكم من صلاتكم ولا تتخذوها قبورًا" رواه البخاري.

Peruntukkan rumah kalian dengan solat solat sunat . Jangan jadikan rumah kalian sebagai kuburan

25. Amalkan ibadah sujud dengan kerap. Ini kerana Rasulullah SAW telah menegaskan:

"أقرب ما يكون العبد إلى ربه وهو ساجد، فأكثروا الدعاء" رواه مسلم.

Kedudukan seorang hamba yang paling hampir dengan Allah ialah ketika ia bersujud. Oleh itu banyakkanlah berdoa ketika itu.

26. Berzikir setelah selesai solat subuh hingga terbit matahari. Baginda menegaskan:

"من صلى الفجر في جماعة ثم قعد يذكر الله حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين كانت له كأجر حجة وعمرة تامة، تامة، تامة" رواه الترمذي وحسنه.

Siapa yang solat subuh berjamaah kemudian dia duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia solat dua rakaat nescaya dia akan mendapat pahala seperti menunai satu ibadah haji dan umrah; dengan lengkap dan sempurna.

27. Prihatin dan tetap menunaikan solat juma’at; sebab Rasulullah SAW bersabda:

"الصلوات الخمس، والجمعة إلى الجمعة، ورمضان إلى رمضان، مكفرات ما بينهم إذا اجتنبت الكبائر" رواه مسلم.

Sembahyang lima waktu dan (antara) sembahyang jumaat ke jumaat (minggu berikutnya) , (puasa) Ramadhan ke Ramadhan yang lain boleh menghapuskan dosa (yang dilakukan) dalam tempoh masa itu selama mana dapat dihindarkan dosa-dosa besar.

28. Selalu mengintai dan memanfaatkan masa doa makbul pada hari jumaat untuk berdoa kepada Allah. Rasulullah SAW menerangkan:

"فيها ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله شيئًا إلا أعطاه إياه" [رواه البخاري ومسلم].

Pada hari jumaat terdapat detik-detik di mana doa dimakbulkan oleh Allah maka mana-mana muslim yang solat dan berdoa menepati detik detik itu memohan daripada Allah sesuatu nescaya Allah akan makbulkan permohonannya.

29. Mengamalkan pembacaan Surah al Kahfi setiap hari jumaat. Sabda Rasulullah SAW:

"من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له النور ما بين الجمعتين" رواه النسائي والحاكم.

Siapa yang mengamalkan bacaan Surah al Kahfi pada hari jumaat maka terserlahlah baginya sinar cahaya; memancar antara dua tempoh jumaat (yakni ia sentiasa dalam bimbingan ilahi).

30. Banyakkan memberi sedekah; justeru Rasulullah SAW bersabda:

"الصدقة تطفئ الخطيئة كما يطفئ الماء النار" رواه الترمذي.

Sedekah boleh melupuskan dosa laksana air yang boleh memadamkan api.

31. Sedekah orang miskin adalah sedekah yang paling berharga dan afdhal. Walau bagaimana miskin pun anda namun jangan jadikan kemiskinan alasan untuk tidak bersedekah; kerana para sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya:

"يا رسول الله، أي الصدقة أفضل؟ قال: جهد المقل، وابدأ بمن تعول" رواه أبو داود وابن خزيمة والحاكم.

Wahai Rasulullah sedekah yang manakah yang lebih afdhal. Baginda menjawab sedekah (hasil) jerih payah orang yang tidak berada. Mulakanlah memberi sedekah kepada orang yang anda wajib menanggung nafkahnya. v 32. Suka merahsiakan sedekah untuk mengelakkan perasaan riak dan bermegah-megah. Rasulullah SAW bersabda:

"صنائع المعروف تقي مصارع السوء، وصدقة السر تطفئ غضب الرب، وصلة الرحم تزيد في العمر" رواه الطبراني

Amal bakti kebaikan boleh menangkis malapetaka (musibah) keburukan. Sedekah yang disembunyikan (tidak dilakukan secara terang-terangan) meredakan kemarahan Tuhan. Manakala menghubungkan tali silaturrahim boleh melanjutkan usia (seseorang).

33. Berbuat baik dan ihsan kepada kedua ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda:

"رغم أنفه ثم رغم أنفه ثم رغم أنفه. قيل: من يا رسول الله؟ قال: من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كليهما، ثم لم يدخل الجنة" رواه مسلم.

Lekeh! Lekeh! Lekeh! Sahabat bertanya: Siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Orang yang sempat bersama ayahanda bondanya ketika mereka berusia lanjut; salah seorang atau kedua-duanya sekali namun dia tidak dapat masuk syurga.

34. Berdoa untuk dua ibu bapa. Rasulullah SAW bersabda:

"إن الله عز وجل ليرفع الدرجة للعبد الصالح في الجنة، فيقول: يا رب، أنى لي هذا؟‍‍‍ فيقول: باستغفار ولدك لك" رواه أحمد.

Sesugguhnya Allah S.W.T. akan memberikan darjat yang tinggi kepada hambanya yang soleh. Namun hamba yang soleh tersebut bertanya. Hai Tuhan; bagaimana mungkin aku mendapat darjat yang begini tinggi (sedangkan amalanku sedikit). Allah menjawab: Ini adalah kerana istighfar anaknda kamu untuk kamu.

35. Berbuat baik untuk ibu saudara atau bapa saudara sebelah ibu .Rasulullah SAW bersabda:

"الخالة بمنزلة الأم" رواه البخاري.

Emak saudara sebelah ibu adalah setaraf ibu.

36. Melunakkan bahasa bila berbicara dan bertutur dengan orang lain. Rasulullah SAW bersabda:

"اتقوا النار ولو بشق تمرة، فإن لم تجدوا فبكلمة طيبة" رواه البخاري ومسلم.

Hindari seksa neraka meskipun dengan sekadar menyedekahkan separuh buah kurma. Kalau tak mampu sekurang-kurangnya dengan melembutkan bahasa (dalam berbicara).

37. Membantu orang lain menunaikan keperluannya yang mendesak. Rasulullah SAW bersabda:

"لأن يمشي أحدكم في قضاء حاجة -وأشار بإصبعه- أفضل من أن يعتكف في مسجدي هذا شهرين" رواه الحاكم.

Jika seseorang itu pergi menolong menyelesaikan keperluan saudaranya yang lain – kemudian Rasulullah menggayakan dengan tangannya – itu lebih baik daripada dia beri’tikaf di masjidku ini selama dua bulan.

38. Melawat orang sakit. Rasulullah SAW bersabda:

"من عاد مريضًا لم يزل في خرفة الجنة. قيل يا رسول الله: وما خرفة الجنة؟ قال جناها" رواه مسلم.

Siapa yang pergi menziarahi orang sakit maka dia berlegar di “Khirqah” syurga. Sahabat bertanya apa maksud Khirqah al Jannah itu. Baginda menjawab taman-tamannya.

39. Prihatin menyambung hubungan silaturahim. Rasulullah SAW menampilkan perumpamaan:

الرحم معلقة بالعرش، تقول: من وصلني وصله الله، ومن قطعني قطعه الله" رواه البخاري ومسلم.

“al Rahm” tergantung disyurga. Dia menyatakan: Siapa yang menghubungkan aku nescaya Allah pelihara hubungan silaturrahimnya. Siapa yang memutuskan perhubungannya denganku Allah pasti memutuskan hubungan silaturarhimnya.

40. Sentiasa berusaha menggembirakan hati orang Islam yang lain. Ini kerana Rasulullah SAW telah menggambarkan besarnya pahala berbuat demikian. Baginda bersabda:

"من لقي أخاه المسلم بما يحب يسره بذلك سرّه الله عز وجل يوم القيامة" رواه الطبراني.

Siapa yang bertemu dengan saudara muslimnya yang lain dengan sesuatu yang menyebabkan dia suka hati dan gembira pasti Allah akan menjadikan dia suka hati (gembira) kelak pada hari kiamat.

41. Suka memudahkan kesusahan orang yang dalam kesempitan. Rasulullah SAW bersabda:

"من يسّر على معسر يسر الله عليه في الدنيا والآخرة" رواه مسلم.

Siapa yang memudahkan (tolong menyelesaikan) kesusahan orang yang dalam kesempitan nescaya Allah mudahkan (tolong menyelesaikan) kesusahannya di dunia dan di akhirat.

42. Bersikap kasihan belas dan simpati kepada golongan yang miskin dan lemah. Rasulullah SAW bersabda:

"الراحمون يرحمهم الرحمن، ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء" رواه أبو داود والترمذي

Orang yang penyayang akan disayangi oleh Yang Maha Penyayang. Kasihanilah makhluk Allah di dunia ini nescaya anda akan dikasihani oleh Tuhan yang di langit.

43. Berusaha memulihkan hubungan sesama makhluk. Suka mendamaikan sengketa antara mereka. Rasulullah SAW menerangkan:

: "ألا أخبركم بأفضل من درجة الصيام والصلاة والصدقة؟ قالوا: بلى يا رسول الله قال إصلاح ذات الب&

Oleh: Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket