Thursday 8 March 2012

Penubuhan Negara Islam, wajibkah??


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdulilah segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekalian alam…

“Bacalah Al-Quran…fahamilah ia”

Apakah Al-Quran berbicara tentang Negara Islam,penubuhanya dan pemerintahnya??

Allah berfirman di dalam kalamNya :

Dan Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” (Al-Baqarah : 30)

Imamuna Al-Jalil Al-Qurthubi rahimahullahu taala telah menyatakan di dalam tafsirnya berkenaan ayat ini :

“Ayat ini merupakan suatu dasar di dalam melantik Imam (Ketua Negara) dan Khalifah yang mesti didengari katanya lagi ditaati perintahnya supaya ummat bersatu padu dan dapat melaksanakan hukum-hakam yang berkaitan dengan khalifah,dan tiadanya khilaf terhadap kewajipan tersebut samada di antara ummat atau di antara para ulamak kecuali suatu riwayat daripada Al-Asamm (seorang pemimpin Muktazilah)” (Rujuk : Al-Jaami’ Li Ahkamil Quran jilid 1 mukasurat : 250 terbitan Darul Hadith,Qaherah ditahqiq oleh Dr.Muhammad Ibrahim Al-Hafnawi dan ditakhrij hadithnya oleh Mahmud Haamid ‘Utsman)

Al-Quran sememangnya tidak berbicara tentang penubuhan Negara Islam secara terus-terang,tetapi di sana terdapatnya para ulamak yang mengeluarkan hukum penubuhan Negara Islam berdasarkan tafsir,pemahaman dan ijtihad mereka sendiri…dan ijtihad itu tidak boleh diperendah-rendahkan oleh seorang ‘alim kepada ‘alim yang lain tetapi perlu dibincangkan dengan penuh suasana harmoni,beradab dan bertolak ansur…

Apakah dapat dilaksanakan segala kewajipan yang berdiri di atas dalil-dalil yang qoth’ie secara menyeluruh dan holistik tanpa Khalifah dapat memegang tampuk pemerintahan??

Sesungguhnya penubuhan Negara Islam bukanlah suatu isthilah yang pelik,kerana Al-Quran memang ada berbicara tentangnya :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkanya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat.

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan pemerintah di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisak : 58 dan 59)

Ayat – ayat ini disampaikan kepada para pemerintah agar menjaga amanah (pemerintahan negara) dan berhukum dengan penuh keadilan,jikalau amanah besar ini disia-siakan maka di sana adanya “jaminan” berupa kecelaruan ummat dan kehancuran negara bakal berlaku :

فإذا ضيعت الأمانة فانتظر الساعة . فقيل : كيف إضاعتها ؟ قال : إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة

Maksud : Jika disia-siakan amanah itu maka nantikanlah saat kiamat itu tiba.Maka baginda ditanya : bagaimanakah ianya disia-siakan?? Jika diserahkan suatu amanah kepada yang bukan ahlinya maka nantikanlah kiamat itu tiba. ( Hadith riwayat Imam Bukhari dalam Kitabul ‘Ilmu hadith bernombor 59 di dalam Fathul Baari jilid 1 m/s 141 daripada Abu Hurairah)

Ayat ini juga disampaikan kepada rakyat-rakyat yang beriman agar mentaati pemerintah mereka dengan syarat hendaklah ketaatan tersebut hadhir selepas ketaatan kepada Allah dan rasulNya,dan andai mereka berselisih tentang sesuatu maka sewajibnya perselisihan tersebut dirujuk di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Jikalau kita melihat kepada sunnah pula,baginda telah berkata :

من مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية

Maksud : Barangsiapa yang mati dalam keadaan tidak berbai’ah maka matinya mati jahiliyyah!! (Hadith riwayat Imam Muslim daripada Ibnu ‘Umar bernombor 1851 dalam Kitabul Imarah)

Dan tanpa syak lagi haramlah kepada seorang muslim itu membai’ah kepada pemerintah yang tidak mengikut hukum islam,dan bai’ah yang dapat menyelamatkanya daripada perkara demikian ialah membai’ah kepada pemerintah yang berhukum dengan hukum Allah,jika tidak,maka semua umat islam berdosa ketika itu sehinggalah tertegaknya pemerintahan islam,dan tidaklah umat islam itu terlepas daripada dosa ini kecuali dengan membuat dua perkara :

(1) Al-Inkar : menyatakan ketidaksetujuan seperti membuat demo bantahan terhadap sikap pemerintah yang tidak mengikut lunas syarak, walaupun membencinya dengan hati !! (tidak sesuai dengan hati sahaja dikala kekuasaan di tanganya dan dia mampu menentang)

(2) As-Sa’yu : bergerak kerja dengan bersungguh-sungguh untuk menegakkan suasana pemerintahan islam yang syumul,dan gerak kerja ini tidak sesuai dilakukan secara individual,semestinya dia berganding bahu bergerak bersama-sama dengan para mu’min yang lain yang bertuhankan Allah yang esa.

Betapa banyak hadith-hadith sahih yang membicarakan tentang Khilafah,Imarah,Kehakiman,sifat-sifat pemerintah dan lain-lain lagi tentang hal ehwal kenegaraan dan pentadbiran negara,sesungguhnya kita dapat lihat bahawa hal ehwal ini ada tercatat di dalam kitab-kitab Aqidah dan Usuluddin begitu juga kitab-kitab feqh…

Bahkan terdapat suatu kitab khas yang membicarakan tentang hal ehwal kenegaraan dan pentadbiran negara iaitu Ahkamus Sulthaniyah oleh Imam Mawardi,begitu juga seperti Abu Ya’la,Kitab Al-Ghiyatsi oleh Imam Al-Juwaini (Al-Haramain) As-Siyasatus Syar’iyyah oleh Imamuna Ibnu Taimiyah,Tahrirul Ahkam oleh Ibnu Jama’ah ,Kitabul Kharaj oleh Abu Yusuf (Al-Ashabul Hanafiah),begitu juga Yahya Ibnu Adam,Kitabul Amwal oleh Abu ‘Ubaid dan begitu juga Ibnu Zanjawiyah,tidak dilupakan juga Ath-Thuruqul Hukmiyah Fis Siyasatis Syar’iyyah oleh Imamuna Ibnu Qayyim Al-Jauziyah,At-Tabsirah oleh Ibnul Jauzi dan juga Mu’inul Hukkam Fima Yataraddadu Bainal Khasmaini Minal Ahkam oleh ‘Alauddin At-Tarablusi Al-Hanafi…

“Melihat dari kacamata sejarah”

Keberangkatan baginda nabi ke Madinah iaitu Negara Islam daripada Negara Kuffar adalah untuk menegakkan sebuah Negara Islam yang berdaulat dan ketika itu berjihad mempertahankan negara tersebut adalah fardhu ke atas setiap orang islam,dan masih belum sempurna imanya jika seseorang itu belum berhijrah ke Negara Islam :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoIongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah (Al-Anfaal : 72)

Bahkan ketika saat kewafatan baginda nabi sallallahu alaihi wassalam perkara pertama yang disibukkan oleh para sahabat ridwanullahi alaihim ajma’in ialah memilih ketua!! dan mendepankan perkara tersebut sebelum menguruskan jenazah baginda yang mana akhirnya mereka membai’ah Abu Bakar radiallahu anhu,berdasarkan sejarah ini beserta nas-nas tadi maka para ulama’ menjadikan perlantikkan Khalifah yang menjadi tanda Negara Islam adalah menjadi suatu kewajipan.

Betapa pentingnya!!

Agama Islam itu sangat meliputi setiap perkara di dalam kehidupan kita,adalah tidak masuk aqal dari sekecil-kecil perkara pun ada nisbahnya di dalam islam tetapi perkara sebesar pemerintahan islam dan Khalifah diabaikan oleh islam!! lebih parah lagi apabila kita membiarkan sahaja para pemerintah yang beragama islam ini mentadbir urus negara mengikut hawa nafsu mereka dan meninggalkan terus Al-Quran juga As-Sunnah dan hanya pakai keduanya apabila perlu!! betapa kasihan kumpulan yang ingin memperjuangkan pemerintahan mengikut agama Allah diremehkan usaha mereka bahkan ditekan dari semua sudut,samada daripada golongan pemerintah atau agamawan!!!

Imamuna Al-Jalil Ibnu Qayyim rahimahullahu taala ketikamana di zamanya (pada kurun ke-8 Hijrah) pernah mengadu tentang pembekuan pemikiran para fuqaha’ di zamanya,yang mana mereka pernah mendesak para pemerintah ketika itu agar dirangka undang-undang perlembagaan negara yang tidak berkait dengan hukum syarak!! lalu Ibnu Qayyim telah menempelak para fuqaha’ itu terhadap perlakuan pelik mereka,dan perlakuan ini mungkin boleh dianggap sebagai demo bantahan yang pertama terhadap Undang-Undang Sivil ciptaan manusia…

Berkatanya Imamuna Ibnu Taimiyah rahimahullahu taala di dalam kitabnya As-Siyasatus Syar’iyyah :

“Sewajibnya diketahui bahawasanya pentadbiran urusan rakyat jelata merupakan di antara kewajipan yang terbesar di dalam agama,bahkan tidak akan tertegak urusan agama itu juga urusan dunia melainkan dengan pemerintahan islam…”

Dan menyambung : “Kerana Allah mewajibkan menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kepada kemungkaran,dan pastilah tidak boleh dilakukan perkara sedemikian melainkan hanya dengan kekuasaan dan pemerintahan!! dan begitulah juga perkara-perkara lain di dalam agama yang telah diwajibkan seperti jihad dan menegakkan keadilan,melaksanakan hudud,membantu orang yang dizalimi dan lain-lain jikalau tiada kekuasaan dan pemerintahan!!” (Rujuk : As-Siyasatus Syar’iyyah di dalam kitab Majmu’ Fatawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah jilid 28 m/s : 390 dan 391 bittasarruf)

Berkata pula Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang :

“Menegakkan negara islam menjadi sunnah amaliah yang dilakukan oleh rasulullah sallallahu alaihi wassalam apabila beliau berhijrah ke Madinah dan menolak tawaran memimpin negara dengan cara jahiliyyah ketika berada di Mekah,Ini menunjukkan menegakkan negara itu adalah suatu perkara agama yang besar dan negara yang ditetapkan itu mestilah Negara Islam” (Rujuk : Bagaimana Islam memerintah Negara m/s : 7 terbitan PTS Islamika Sdn.Bhd)

Sesungguhnya Negara Islam itu ialah berupa negara Aqidah dan Fikriyah,iaitu negara yang berdiri di atas Aqidah dan manhaj dan bukanya hanya semata-mata untuk memberikan keamanan kepada negara daripada serangan musuh dari dalam dan luar negara,tetapi tugas Negara Islam itu adalah lebih dalam dan lebih besar dari perkara itu sahaja!! Ia perlu mengajar rakyat jelata tentang pemahaman islam yang tulen dan sejati,supaya rakyat dapat mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya dan bukanya membuta tuli sesiapa sahaja boleh memerintah negara asalkan ada kelulusan tinggi dan berpengaruh maka silakan…tanpa diambil kira pemaham agama serta pengamalan agamanya..

Berkatanya Ibnu Khaldun ketika menceritakan tentang Khilafah :

“Iaitu meletakkan segala perkara di atas pandangan syarak untuk kebaikkan akhirat dan kehidupan dunia mereka yang dirujuk kepada pemerintah,dan kehidupan dunia itu,semuanya mestilah dirujuk kepada orang yang arif di dalam syarak untuk dihukumkan demi kebahagiaan akhirat,hakikatnya khilafah itu mestilah dipegang oleh orang yang arif Ilmu Syariat untuk menjaga agama dan mentadbir dunia denganya” (Rujuk : Muqaddimah Ibnu Khaldun jilid 2 m/s : 518 terbitan : Lajnah Al-Bayanul ‘Arabi yang ditahqiq oleh Dr.Ali Abdul Wahid Wafi)

“Siapa kata islam tidak boleh memerintah?? tapi kena dapatkan daulah dulu..”

Hikmah di dalam dakwah…

Ya,jalan dakwah itu luas dan cara dakwah itu pelbagai,tetapi apa yang kita inginkan ialah suatu strategi dakwah yang berkesan dan berhikmah agar insan yang didakwah kembali kepada Allah walaupun pada hakikatnya hidayah itu milik Allah,kita tidak disoal tentang apakah berjaya atau tidak insan itu kembali kepada Allah,tetapi kita bakal disoal apakah usaha terbaik yang telah kita lakukan untuk agama hanif ini…

Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan..alang-alang ingin terlibat di dalam medan dakwah biar sampai menitiskan peluh dan darah…

Ingin berdakwah di dalam golongan Salafi,silakan..ingin berdakwah di dalam golongan Tabligh silakan..ingin berdakwah di dalam golongan Sufi pun silakan..terpulang kepada selera masing-masing…Tapi !!Allah telah berfirman supaya menyeru ke jalan dakwah itu dengan hikmah :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik (An-Nahl : 125)

Apakah itu hikmah?? berkatanya Imamuna Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullahu taala :

فعل ماينبغي كما ينبغي في الوقت الذي ينبغي

Maksud : Melakukan apa yang sepatutnya sepertimana yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya..

Apakah yang sepatutnya dilakukan apabila hukum-hukum Allah terlalu ramai yang masih buta mengenainya kerana para pemerintah tidak cuba menegakkanya secara menyeluruh bahkan memberikan contoh yang tidak baik apabila meluluskan perkara yang haram dan dimurkai Allah??

Apakah yang terbaik dilakukan apabila begitu ramai remaja perempuan keluar daripada rumah dengan berpakaian separuh telanjang dan berpeleseran lelaki dan perempuan dengan bebas dan lebih mengeruhkan keadaan apabila pemerintah yang mempunyai kuasa telah meluluskan segala macam konsert hiburan dan rancangan hiburan melampau agar muda-mudi lebih menambahkan keseronokkan dan lupa kepada tanggungjawab agama??

Apakah dengan hanya membuat seminar-seminar tertutup dan pembentangan kertas-kertas kerja yang hanya kedengaran perbincangan mengenai sunnah dan bid’aah dan mengatakan As-Sam’u wat Tho’ah terhadap apa pun jua keburukkan yang dilakukan pemerintah merupakan yang sepatutnya dilakukan untuk membendung gejala ini ??

Apakah dengan hanya membacakan kitab-kitab tertentu untuk membaiki ahli-ahli mereka sahaja tetapi tidak tergerak untuk bergerak dengan berhikmah membetulkan insan-insan di luar sana dan membiarkan para pemerintah meratah hak-hak rakyat merupakan yang sepatutnya dilakukan??

Kuasa!! kuasa dan kuasa pemerintahan merupakan yang sepatutnya di adakan untuk membendung terus gejala-gejala ini daripada terus membarah!! Ingin membuat “Kempen Menutup Aurat” secara menyeluruh?? silakan! kuasa di tangan anda..ingin menapis rancangan-rancangan hiburan melampau di televisyen?? silakan kerana kuasa di tangan anda..ingin mengawal konsert dengan mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan?? silakan,kerana kuasa milik anda!!

Kuasa pemerintahan islam memerlukan undi majoriti..untuk mendapatkan undi kita perlu ada sebuah parti politik…untuk menubuhkan parti politik kita memerlukan jemaah…untuk menubuhkan jemaah kita perlukan dakwah dan tarbiyyah masyarakat awam agar faham kepentingan ini…ingin membuat supaya mereka faham memerlukan gerak kerja dakwah dan politik…ingin melakukan gerak kerja dakwah perlukan sokongan dan sumbangan semua pihak…

Aku rindukan pemerintahan islam…

HIDUPLAH PERJUANGAN ISLAM SELAMANYA…

Rujukkan : kebanyakkan isi diambil dan diolah daripada kitab : Min Fiqhid Daulah Fil Islam karangan Dr.Yusuf Al-Qardhawi terbitan Darus Syuruq cetakkan kelima tahun 2007..

Sumber: DAUD BIN DALIB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket