Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam. Namun rakyat boleh sebenarnya menilai siapakah yang sebenarnya memperjuangkan Islam, dengan menerokai kembali sifat dan sikap yang ditunjukkan terhadap agama Islam sejak puluhan tahun ini.
Perlu
diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan
perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam
sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa
mereka adalah penganut agama para rasul yang berakhir dengan Nabi
Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkanya
kepada seluruh manusia, namun dilarang melakukan paksaan terhadap
sesiapa pun manusia, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan,
ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan
yang ikhlas. Memaksa orang menganut Islam hanya melahirkan penganut
Islam munafik.
Rasulullah S.A.W. telah berada dalam masyarakat majmuk, sama ada di Makkah dalam kedaan yang lemah, atau dalam kedaan yang sangat kuat berkuasa di Madinah. Ketika Islam dalam kedaan berkuasa di Madinah,Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.
Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.AW memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.
Rasulullah S.A.W. telah berada dalam masyarakat majmuk, sama ada di Makkah dalam kedaan yang lemah, atau dalam kedaan yang sangat kuat berkuasa di Madinah. Ketika Islam dalam kedaan berkuasa di Madinah,Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.
Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.AW memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.
Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40 :
Maksudnya :“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
Rasulullah
S.A.W telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam
melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika
berlakunya perang, maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih
wajib dipelihara.
Bagi
penganut agama lain yang wujud bersama dan berada dalam masyarakat
Islam yang lebih ramai sekalipun, maka hak beragama, berkeluarga,
bekerja dan bermasyarakat bagi mereka adalah wajib ditunai dan haram
dicabuli oleh mana-mana pihak. Dalam masa yang sama, banyak ayat-ayat Al
Quran memaparkan berlakunya perbahasan secara hujah di antara Islam
dan pihak lain dalam masyarakat Islam dengan mengutamakan
kebijaksanaan.
Sejarah
Islam juga memaparkan kewujudan orang Islam dalam masyarakat bukan
Islam yang berkuasa dan adil tanpa paksaan terhadap penganut Islam.
Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah,
iaitu sebuah negara kristian ortodok yang adil di zamanya untuk mendapat
perlindungan dan berlakunya dailog di antara Islam dan Kristian dengan
hujah. Sejarah Islam di China menyebut kewujudan masyarakat Islam di
negara China yang besar dan adanya orang Islam yang menyumbang khidmat
negara dengan cemerlang kepada negara China dan adanya hubungan
diplomatik diantara China dan Islam dengan baik.
Amir
Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang
menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya
dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka.
Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham.
Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :”Di mana tempat saya
bersembahyang?”. Paderi besar menjawab :”Di sini sahaja (dalam gereja)”.
Umar menjawab :” Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti
generasi akan datang berkata : ”Umar pernah bersembahyang di sini lalu
mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)”. Maka Umar
pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya
didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan
gereja yang masih ada. Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak
gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera
zionis Israel.
Semua
cerita benar tersebut berlaku dalam kedaan Islam diamalkan dengan
sempurna, yang berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO pada ketika
lalu dan kini. Islam warisan penjajah Inggeris yang dizamannya Islam
telah dirampas kuasanya daripada raja-raja Melayu dengan
memenjarakannya dalam kepompong Jabatan Agama dan Majlis Agama yang
tidak berkuasa mengikut Islam yang sempurna. Manakala kedudukan jabatan
agama adalah mengikut bidang kuasa seperti jabatan-jabatan lain,
seperti jabatan pendidikan, tanah, kebajikan , termasuk jabatan haiwan
dan perhutanan. Kuasa jabatan agama itu sekadar mengawal masjid,
mengawasi khutbah dan pengajian agama, mengendalikan urusan keluarga
Islam, pusaka dan harta wakaf. Islam menjadi agama yang diperintah dan
ditadbir, bukannya agama yang memerintah dan mentadbir. Hasilnya masjid
boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh
diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama, tetapi kerana kononnya
kesalahan politik. Politik pula dipisahkan daripada agama, seperti
juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari
Islam.
UMNO
tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar
yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar
mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang
UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang,
boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan
sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan
urusan negara.
Kesimpulannya
kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang
disebut oleh Imam Ali K.W. “Ucapan yang zahirnya benar , tetapi
matlamatnya kebatilan“. Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi
melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk
meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya
Islam yang memimpin.
Marilah
kita buka Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW dan para sahabat dan
ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal dengan Islam yang
sebenarnya. Bukan melalui media dan pengampu di sepanjang jalan.
Oleh: Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)