Wednesday, 11 April 2012

Transformasi Najib , Transformasi Lipstik


Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 3 April 2009 banyak pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, kononnya ini satu transformasi. Boleh dikatakan setiap hari ada pengumuman atas nama transformasi. Ianya boleh dibaratkan lipstik dan  halwa telinga, yang isinya kosong. Transformasi n yang diuar-uarkan bukan perkara  dasar, ia hanya curahan dan umpanan duit semata-mata kepada rakyat untuk menyokong BN.

Transformasi yang diharapkan seperti memerangi rasuah, menghapuskan amalan pencabulan demokrasi, menghormati hak rakyat memilih kerajaan yang mereka suka tidak berlaku, gangguan ceramah oleh penyokong Umno terus berlaku, hak kebebasan bersuara tidak berlaku. Jadi apa yang ditransformasikan oleh Najib?


Ketika belia bercakap soal transformasi timbul soal perbelanjaan pertunanagan anaknya RM409,767 di Hotel Shagri-la. Kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang RM18, 792 yang bernilai RM522.00  seorang. Najib riuh rata kampung dengan pemberian RM500 seorang, untuk 3.74 juta rakyat..Sedangkan Jamuan VIP satu malam RM522.00. Begitu juga Najib sambut hari jadi beliau dengan kos RM79,053.

Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SBPA) terpaksa dibatalkan kerana perbicangan tidak masak. Itupun kerana takut kakitangan awam tolak BN di dalam pilihanraya nanti. Berapa banyak wang negara habis kerana membiayai kajian skim ini.

Selepas ini akan menyusul pula musibah yang akan menimpa kepada Felda, walaupun banyak pihak tidak bersetuju termasuk YM Tengku Razalei. Hamzah dan pegawai kanan Felda. Tetapi Najib lebih utamakan Isa Samad daripada Felda.

Najib masih mencabul demokrasi dan tidak hormat keputusan rakyat. Tindakan beliau memperuntuk kepada Selangor sebanyak RM2.9 bilion, bukan melalui kerajaan negeri adalah satu pencabulan federalisme.


Najib yang masih tidak memberi royalti gas kepada Kelantan sebanyak RM186 juta setahun. Beliau tidak bertenaga di dalam menghadapi kes NFC sebanyak RM250 juta. Kerana Datuk Sharizat Jalil pun mempunyai rahsia pemimpin Umno yang lain.


Transformasi najib tidak mengubah masalah rasuah. Tahun 2010 CPI Malaysia  4.4,  nombor 56 di belakang  Afrika Selatan yang mendapat markah 4.5.  Menurut Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata amalan menganugerahkan projek mega serta kontrak tanpa tender terbuka atau bidaan kompetitif yang masih diteruskan, turut menyumbang kepada CPI Malaysia bagi 2010.
By : Ustaz Idris Ahmad
Baca Selanjutnya...

Friday, 6 April 2012

PRU 13: Muhasabah Untuk Semua


Gendang perang pilihanraya semakin hampir. Tarikhnya menjadi teka teki, sejak tahun lepas lagi apabila Umno sendiri menangguhkan Mesyuarat Agung Pemilihan Umno kerana bimbang perpecahan yang sukar diubat. Hampir setahun sudah berlalu, namun tarikhnya belum lagi muncul kerana Datuk Seri Najib Tun Razak belum mendapat ilham.

Di mana sahaja saya bertemu dengan ahli dan orang ramai, soalan yang ditanya bila tarikh pilihanraya? Ini ada soalan lazim yang dikemukakan oleh orang ramai. Persoalannya bukan tarikh pilihanraya, tetapi persediaan untuk menghadapi pilihanraya. Apakah jentera kita sudah bersiap dengan pasarana untuk bertempur, kerana ini adalah pilihanraya yang paling kritikal. Pihak Barisan Nasional tidak semudah itu untuk menyerah kalah kepada Pakatan Rakyat. Lebih lebih lagi mereka sudah melihat regim yang tumbang akan dibawa kepada pengadilan dan dibongkar skandal penyelewingan sepanjang mereka berkuasa.

Oleh itu kepada petugas Pas mesti menganggap bahawa ini adalah kerja jihad.

Jihad adalah fardu yang berterusan dan tidak  pernah terhenti. Ia berterusan sehingga kiamat. Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk  memepertahankan kemenangan dan menambahkan kemenangan.

Musuh kita akan berusaha secara berterusan untuk memisahkan manusia daripada pengabdian diri kepada Allah SWT.

Yakinlah bahawa kerja Jihad  adalah satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Allah sendiri  menggalakkan hambanya yang beriman supaya  berjihad dengan janji yang cukup mewah tanpa tolak banding

Firman Allah SWT bermaksud,

“Wahai mereka yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih, iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya dan kamu berjihad  di jalan Allah dengan harta  benda dan jiwa raga kamu, itulah yang lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui”(al-Saf 10-11)


Allah SWT telah menyatakan habuan dan keuntungan yang diperolehi kepada hambanya yang berjihad.

Firman Allah bermaksud,

“Sesungguhnya Allah membeli daripada mukmin (yang berupa) jiwa raga mereka , dan harta benda mereka  dengan (keuntungan) syurga untuk mereka, mereka berperang di jalan Allah; mereka membunuh dan juga mereka terbunuh) (al-Taubah, 111)

Tanpa jihad rakyat akan terdedah kepada kezaliman dan ketidak adilan  dan diperbodoh-bodohkan. Sebab itu Pas meletakkan bahawa kerja pilihanraya adalah merupakan usaha jihad. Kerana inilah pedekatan muwajahah silmiah (perjuangan secara aman)  yang sudah diambil sejak  daripada pilihanraya yang pertama 1955. 

Sehingga kini, inilah  pendekatan yang baik  di ambil walaupun penuh dengan  penipuan  dan berat sebelah. Kerana ini adalah merupakan satu cara untuk Pas menyampaikan risalah perjuangan Islam kepada masyarakat di negara ini, termasuk kepada orang bukan Islam.

Persoalannya apakah kita sudah bersedia menghadapai gerombolan Barisan Nasional yang telah menghalalkan cara dalam semua tidakan sehingga mencemar sisitem demokrasi di negara ini. Siri-siri gangguan yang dilakukan oleh penyokong BN  tidak pernah melunturkan semangat Pas. Pas terus bersabar sambil menunggu kejayaan.

Beberapa perkara yang boleh menjadi renungan dan muhasabah bersama ketika hampir pilihanraya umum ke 13.


1.Apakah kita telah  melakukan kerja semaksimum mungkin?. Bagaimana persiapan bilik gerakan, penculaan, kewangan, pengundi luar.  Jika perkara ini tidak diselesaikan, apakah  layak kita menempah kejayaan.

2. Amat malang kepada kita, jika  ia mampu memberi banyak tenaga dan usaha yang lebih besar tiba-tiba ia tidak menyumbangkan perkara ini untuk merintis perjuangan. Sedangkan Allah di dalam firmannya

“Dan persiapkanlah kekuatan untuk mereka sedaya upaya kamu” (Surah al-Anfal:60)


3. Adakah kita malas dan lemah semangat untuk berjuang. Sedangkan pihak penentang kita bekerja siang malam bukan kerana redha Allah, sebaliknya hanya untuk kepentingan duniawi. Ingatlah amaran Allah kepada mereka yang dihinggap penyakit ini.

“Wahai orang-orang yang beriman, apakah yang menyebabkan kamu  apabila dikatakan kepada kamu, “keluarlah di jalan Allah”, kamu berasa berat. Apakah kamu lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat. Hidup di dunia  ini tidak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan akhirat kecuali sedikit sahaja. Sekiranya kamu tidak  keluar nescaya diazabkan kamu dengan azab yang pedih dan dilantikan kaum dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat memudaharatkan Allah sesauatu pun, sedangkan Alah amat berkuasa atas setiap sesuatu” ( Surah al Taubah 38-39)

4. Adakah sewaktu berada di waktu kritikal ini kita pula mahu berundur daripada medan perjuangan. Kita menghentikan wakaf diri, harta, jiwa dan tenaga kepada perjuangan. Kita sanggup biarkan sahabat kita bersusah payah, sedangkan kita bercuti daripada berjuang.

5. Betulkan niat kita untuk bersama dengan Pas. Perjuangan kita ialah kerana menuntut redha Allah.  Kita berjuang bukan ada agenda peribadi. Bukan untuk mengaut kekayaan jika kita menang Putrajaya. Bukan jawatan yang kita hendak rebut.

6. Kita tidak boleh berlengah-lengah. Sekarang sudah berada dipecutan terakhir.

Kita mesti cergas bergerak dan berhemah tinggi. Kita mahu setiap  petugas kuat dan lincah supaya hati-hati kita segar dan pantas. Hati yang berperasaan cemburu, marah, bengis, kurang sopan semuanya tidak membantu ke arah kemenangan.

7. Adakah kita menjaga hubungan dengan Allah SWT? Kerana inilah kekuatan yang menjadi senjata yang pailing kukuh. Kita bimbang jika hubungan dengan Allah rosak maka Allah tidak akan membantu kita di saat kita susah. Perbanyakkan doa, baca quran, zikir dan solat hajat untuk kemenangan kepada kita dan keselamatan kepada perjuangan kita.

By: Ustaz Idris Ahmad
Baca Selanjutnya...

Monday, 2 April 2012

KEZALIMAN BASHAR AL ASSAD PASTI AKAN TUMBANG


Tiada makhluk Allah yang tidak akan mati, sama ada ia manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Hebat macamana sekalipun manusia atau binatang, apabila sudah ajalnya ia tetap akan mati. Walaupun suatu ketika dahulu pernah diberi gelaran 'orang besi', 'haiwan paling berbisa', 'paling berbahaya', 'paling kuat di dunia' dan bermacam-macam gelaran lain, mati tetap akan menemuinya walau di mana dia berada, hatta di angkasa sekalipun. Tetapi makhluk bemama manusia sering lupa, semasa hidup di dunia apabila tidak menghubungkan diri dengan ilmu-ilmu agama serta akhlak yang mulia, pasti dia tidak akan merasakan bahawa terdapat satu kuasa yang lebih besar dari segala-galanya yang ada antara langit dan bumi, itulah kuasa Allah Taala, Tuhan semesta alam.
 
Sebagai Muslim yang sering menghubungkan dirinya dengan agama, kita sedar bahawa Allah Taala mencipta kita adalah untuk menguji kita siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya di sisi-Nya. Dia tidak mencipta kita dengan sia-sia, ini ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 115 surah al-Mukminun : 

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiadakepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita, bahawa terdapat dua dimensi Allah memberitahu kepada kita, di mana pertamanya kita tidak dicipta dengan sia-sia dan kedua kita akan dikembalikan kepada-Nya pada suatu hari nanti yang dikenali dengan 'Hari Kiamat' atau 'Hari Akhirat' yang merupakan destinasi persinggahan terakhir bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

Persoalannya di sini, apakah persiapan atau bekalan yang telah kita persiapkan untuk menghadapi hari tersebut, yang telah digambarkan dalam al-Quran dengan pelbagai versi seksaan dan azab yang menunggu mangsanya yang datang kepadanya pada hari yang dijanjikan itu. Jika kita merupakan jenis manusia yang tunduk kepada intipati al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W, insya- Allah kita akan selamat dan diselamatkan dengan syafaat Baginda S.A.W, tetapi sebaliknya jika kita adalah jenis manusia yang jahat, suka melawan Allah dan menyanggah ajaran Rasulullah, maka kita akan disisihkan daripada mendapat syafaat Baginda. Na'uzubiLlahi min zaalik

Al-Quran telah mendedahkan beberapa siri kejahatan manusia yang akhirnya mereka kecundang menyembah bumi dengan tidak membawa sebarang bekalan yang boleh membantu mereka terselamat daripada azab Allah Taala. Al-Quran telah mendedahkan individu-individu terbabit seperti Namrud, Firaun, Qarun, Haman, Abu Lahab, kaum Nabi Ibrahim, kaum Nabi Musa, kaum Nabi Lut dan sebagainya. Tetapi, apakah sebenarnya pengajaran yang Allah mahukan pemberitaannya disampaikan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad, iaitu umat Nabi terakhir yang tidak ada lagi Nabi selepas Baginda. la tidak lain ialah untuk menyedarkan supaya kita tidak berlengah dan bertangguh untuk membuat persiapaan bagi menghadapi hari yang penuh dengan muhasabah dan perhitungan.

Kesemua peringatan itu telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W melalui 'Nuzul al-Quran' sebagai mukjizat yang tidak ada taranya sampai hari kiamat, supaya tidak ada mana-mana manusia di kalangan umatnya yang mendakwa bahawa dia sama sekali tidak mengetahui terdapat peringatan itu dalam al-Quran. Kalaupun berlaku demikian, ia bukan salah al-Quran atau salah Nabi Muhammad, malah manusia perlu menyalahkan diri sendiri, kerana dia bukan hanya menetap di dunia ini pada satu waktu yang singkat, tetapi dia telah berada di dunia ini menjangkau lebih setengah abad atau lebih dari itu.

Adakah tidak kita menggunakan akal fikiran walau satu hari tentang keadaan mati, atau destinasi yang menanti di akhirat? Satu hari yang berjumlah 365 hari kiraan kalendar Masihi dan 355 hari kiraan kalendar Hijri dan dikalikan dengan 50 tahun hidup di dunia berjumlah 17,751 hari. Satu hari sahaja berfikir untuk memfokuskan nasib di akhirat. Kalau itupun tidak boleh dilakukan, ia menunjukkan bahawa hati manusia itu telah ditutup dengan tutupan Allah Taala.

Inilah yang telah berlangsung dalam sejarah kehidupan manusia di abad moden, kita sama-sama telah menyaksikan individu yang bernama Islam telah membunuh, memenjara, menyeksa saudaranya sendiri daripada kalangan umat Islam, bagaimana kesudahan golongan penyeksa di dunia, akhirnya mereka mati juga menghadapi Allah, sebelum datangnya kiamat, mereka terlebih dahulu diseksa oleh Allah dalam kubur masing-masing. Itulah yang telah berlaku kepada Jamal Abdul Nasir dan Anwar Saddat (mantan Presiden Mesir), Saddam Hussein (Iraq), Muammar Gaddafi (Libya), Habib Bourqiba dan Zein al-Abidin (Tunisia), Chadli Benjadid dan Abdelaziz Bouteflika (Algeria), Hafez al-Assad (Syria) dan anaknya yang masih hidup iaitu Basyar al-Assad.

Setelah kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir, Zein al-Abidin di Tunisia, Muammar Gaddafi di Libya dan, Ali Abdullah Saleh di Yaman, boleh dikatakan kesemua negara terbabit jatuh di tangan rakyat masing-masing. Namun, apa yang berlaku di Syria amat berbeza dengan negara-negara yang telah disebutkan, tidak pernah pilihan raya diadakan kerana negara Syria dianggap sebagai warisan keturuan al-Assad, walaupun ia bukan negara monarki, namun secara automatik beralih daripada Hafez kepada anaknya Basyar.

Apa yang memilukan kita, rakyat Syria sama sekali tidak boleh bercakap mengenai kepincangan pemerintah mereka, para ulama diawasi malah ada yang ditangkap, disumbat dalam penjara serta dikenakan pelbagai seksaan untuk merencatkan fizikal mereka agar tidak boleh berfungsi untuk menyampaikan Islam kepada rakyat.

Pada Mei 2011, Basyar telah mengarahkan polis untuk menangkap sejumlah 28 murid sekolah yang dikenal pasti menconteng dinding awam yang tertera perkataan 'Rakyat mahu jatuhkan sistem pemerintahan Basyar', kesemua murid itu dimasukkan dalam penjara dan disoal-siasat siapakah ayah-ayah mereka. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang mahu menjawab, ada di kalangan mereka dicabut kuku-kuku sebagai ugutan, ada yang mati kerana kekurangan darah, berita penangkapan dan kematian mereka dilaporkan dalam siaran berita televisyen. Laporan berita itu mendapat respons para ayah kepada murid-murid yang ditangkap, mereka meminta rejim Basyar supaya membebaskan anak-anak mereka tanpa syarat, tetapi pasukan polis dan tentera yang datang lengkap dengan senjata cuba membunuh mereka.

Kemudian polis mengemukakan tawaran untuk pembebasan dengan syarat anak-anak yang ditangkap ditukar ganti dengan anak-anak gadis mereka. Rakyat semakin marah dan hilang kawalan, lantaran itu polis terpaksa menembak mereka dan bermulalah episod pertembungan antara rakyat dan pasukan aparat reji Basyar di Syria. Kawasan penempatan rakyat yang majoritinya Ahlus Sunnah wal Jama'ah dibedil teruk sampai hari ini tanpa belas kasihan. Ini kerana Basyar yang menganut agama baharu 'Ba'ath' (sosialis) yang lebih mengutamakan material berbanding nasib umat Islam sendiri. Slogan Sunnah VS Syiah, Syiah VS Sunnah diapi-apikan, dan ia menjadi bonus buat Zionis Israel dan Amerika.

Oleh kerana kekejaman melampau Basyar itu, para ulama memberi respons dan menegaskan bahawa Basyar harus dibunuh, ia merupakan satu tugas fardhu 'ain atas setiap Muslim/ Muslimah. Malah pembunuhnya akan dibalas dengan syurga Allah pada hari akhirat kelak. Perkara ini telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung Ikatan Ahlus Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad boleh dibunuh.

"Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa".

Dr.Sofwat Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu turut berkata, "Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga," katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan Ahlus Sunnah di bawah tajuk "Peranan Ummah dan Ulama Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin".

Kata beliau lagi, "Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya."

Sementara itu, seorang lagi ulama terkenal dari Mesir Dr.Jamal Abdus Sattar yang merupakan penyelaras bagi Kesatuan Pendakwah Mesir berpendapat bahawa, "Jenayah Basyar yang membunuh puluhan ribu rakyatnya tanpa membezakan antara lelaki atau orang tua atau kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam di Palestin". 

Jelas Abdul Sattar lagi, "Tidak perlu menghormati orang yang zalim walaupun dia mendakwa dirinya masih Islam".

Begitu juga pendangan mantan Mufti Mesir, Dr.Nasr Farid Washil yang menegaskan bahawa, "Bashar al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh", katanya kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan (Hurriyyah wal'Adalah) yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, pandangannya juga turut dipersetujui oleh Syeikh al-Azhar, Dr Ahmad at-Taiyib.

Sumber: Laman Tarbawi
Baca Selanjutnya...

Friday, 30 March 2012

Motivasi: Pertama sekali, kita perlu mereformasi diri


Saya sentiasa mencari penyelesaian kepada permasalahan ummat Islam. Di manakah titik penyelesaian kepada permasalahan Palestin, di manakah titik penyelesaian kepada permasalahan kelemahan ummat Islam, di manakah titik penyelesaian kepada masalah kesatuan ummat Islam.

Di manakah titiknya?
Akhirnya saya tidak berjumpa apa-apa penyelesaian yang solid, selain mereformasikan diri kita sendiri.
Ya, Islah nafsak _ perbaiki diri.

Jangan tuding jari pada yang lain
Hari ini, kita lihat Islam terpinggir dan terhimpit di dalam dunia yang luas. Kita ini dipermainkan
dengan agenda musuh-musuh Allah SWT yang sememangnya mendeklarasikan perang kepada Islam.
Kita lihat hari ini, Palestin dijajah. Ummat Islam diselar sebagai pengganas, walaupun peristiwa 9/11 sudah jelas bukan perbuatan ummat Islam. Ummat Islam dihina dengan karikatur Nabi Muhammad. Itu belum lagi dikira dengan serangan-serangan ke atas negara Islam seperti Iraq dan Afghanistan. Itu pada era kita, belum lagi kita ungkit kes-kes hitam dunia seperti kes Bosnia Herzegovina, kes Shabra Shatilla, kes Gujerat, peristiwa di Maluku, Ambon.

Dan merentasi hinaan demi hinaan ini, kita ummat Islam menuding jari kepada Amerika Syarikat. Kita tuding jari kepada Israel. Kita tuding jari kepada Eropah. Kita tuding jari kepada Serbia. Kita tuding jari pada musuh-musuh Allah SWT. Ya, kita tuding jari pada mereka. Kita nampak mereka yang menyerang,kita nampak mereka yang membunuh, kita nampak merekalah yang menyusun agenda untuk merosakkan kita, menghancurkan kita. Pada kita, merekalah yang bersalah, berdosa dan segalanya.

Tetapi saya, berpendapat bahawa, yang salahnya adalah kita.

Ya, kita. Kitalah yang bersalah dan bertanggungjawab atas kejatuhan ummah ini. Kitalah yang bersalah atas kerosakan ummah ini, kehinaan yang ditanggungnya. Kitalah yang bertanggungjawab atas kematiankematian ummat Islam. Kita, kita, dan kita.
Jangan tuding jari kepada orang lain. Mereka semua bukan orang Islam, mereka memang tugasnya menjadi saingan, ujian, cubaan kepada kita. Mereka sekadar melakukan apa yang _orang memerangi islam_ lakukan. Sebagaimana perlakuan kaum musyrikin Makkah kepada Rasulullah SAW, sebagaimana perlakuan Firaun kepada Musa AS, sebagaimana Namrud kepada Nabi Ibrahim AS. Itu memang reality mereka. Justeru hendak salahkan mereka kah?

Sekali kamu menuding jari ke arah orang lain, ada empatjari lagi menuding ke arah kamu semula.Yang salahnya adalah kita.Sebab kita meninggalkan Islam dalam kehidupan kita.

Punca kejatuhan Islam
Apakah punca kejatuhan Islam? Mungkin akan keluar macam-macam pendapat, fakta-fatka sejarah itu dan ini. Mungkin ada yang nak cakap fasal kepincangan politik kerajaan Khilafah Uthmaniah, kebangkitan nasionalisma dan sebagainya.
Tetapi siapa yang menjatuhkan Islam?
Orang bukan Islam atau orang Islam?
Kalau kita sorot kembali, yang menjadi kunci kemenangan kepada musuh-musuh Allah dalam menjatuhkan Islam, adalah orang Islam sendiri. Semua boleh merujuk kembali sejarah betapa ummat Islam pada zaman kejatuhan itu, telah meninggalkan tatacara kehidupan Islam, telah jauh hubungan mereka daripada Allah SWT, tidak berani lagi menegakkan yang haq, hidup dalam nafsi-nafsi dan tidak lagi merasakan kepentingan menjaga Islam dalam kehidupan mereka.

Di sinilah punca kelemahan. Yang kemudiannya menyeret kepada kejatuhan Khilafah. Sebaik sahaja khilafah jatuh, mereka mencipta garis sempadan memberikan negara. Selepas semua yang tamak kuasa diberikan tempatnya, mereka mula menjajah Palestin dan tiada siapa yang bangkit membelanya. Dan selepas itu, kehinaan demi kehinaan kita langkahi sepanjang perjalanan ummat ini ke akhir dunia.
Siapa yang salah?
Kita. Kita, dan kita.

Asas kepada kebangkitan:
Memperbaiki diri
Bayangkan kalau kita kata penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan kita menumbangkan kerajaan Amerika Syarikat. Tetapi apakah akan ada perubahan andai pemimpin yang menumbangkan kerajaan Amerika Syarikat adalah mereka yang tidak memperbaiki diri? Anda lihat, sama sahaja Bush dan Obama.
Tiada perubahan.
Apakah akan ada perubahan, kalau rakyat juga tidak bergerak memperbaiki diri?
Adakah masa kejatuhan khilafah dahulu, khalifah Islam ketika itu tidak baik?
Namun pemimpin yang baik sahaja tidak mencukupi.

Pernah sekali, Saidina Ali ditanya oleh seorang rakyatnya:
Wahai Amirul Mukminin, kenapa rakyat pada zaman Uthman baik-baik, manakala rakyat zaman kau rosak-rosak?_ Dengan niat untuk mempersenakan pemerintahan Saidina Ali. Tetapi Saidina Ali bijaksana,menjawab ringkas:


Kerana rakyat di zaman Uthman adalah seperti aku, dan rakyat di zaman aku adalah seperti kamu.


Kita, pernahkah kita mempersoalkan keadaan diri kita?
Bagaimana kita beramal dengan Islam dalam kehidupan kita?
Bagaimana kita bergerak menuju Allah SWT dalam kehidupan kita?
Di mana kita meletakkan Islam dalam kehidupan kita?
Bagaimana hubungan kita dengan pencipta kita?
Pernahkah anda bertanya?
 Pernahkah anda berusaha melakukan perubahan?
Tidak pernah?
Kemudian anda menuding jari kepada Bush? Kepada Obama? Kepada Ariel Sharon? Kepada Pope Vatican? Kepada Tony Blair? Kepada John Howard? Kepada Yahudi? Kepada Nasara?

Pengajaran yang Allah beri Allah SWT memberikan pengajaran kepada kita melalui rasul-rasul-Nya. Allah SWT juga membantu rasul-rasul-Nya mengislahkan diri. Rasul dijadikan maksum supaya menjadi contoh kepada kita. Tetapi Rasul juga manusia dan mempunyai masa kejatuhan. Cuma kejatuhan Rasul, tidak sama dengan kejatuhan kita.

Sebagai contoh, Nabi Yunus AS. Dia kecewa dengan kaumnya, lantas dia meninggalkan kaumnya. Allah SWT kemudiannya mencampakkan Nabi Yunus ini dari kapal yang dinaikinya, ke dalam Ikan Paus.
Untuk apa?
Untuk Rasul-Nya yang bernama Yunus itu bermuhasabah dan memperbaiki diri. Selepas itu, apa yang Nabi Yunus lakukan sebaik sahaja dia ditegur Allah SWT demikian?
Dia pantas menyesali dirinya dengan sebenar-benar penyesalan.
Dan sebutkanlah peristiwa Zunnun(Nabi Yunus) ketika dia pergi meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan(selepas dia meninggalkan tugas dakwahnya), maka dia pun menyeru dalam keadaan gelap gelita(dalam perut ikan paus) dengan berkata:

Sesungguhnya Tiada Tuhan Melainkan Kau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku telah tergolong dari kalangan mereka yang menzalimi diri (Surah Anbiya_ayat 86)

Tidakkah anda melihat, kita hari ini, dunia sekarang ini, seakan-akan perut ikan paus yang gelap gelita,dan kitalah Nabi Yunus yang sedang menjalani teguran Allah SWT di dalam perut ikan paus ini?


Kenapa Nabi Yunus berada di dalam perut ikan paus?
Kerana dia meninggalkan tugasan yang Allah beri kepadanya.
Kenapa kita berada dalam kehinaan, kerosakan, seperti hari ini?
Kerana kita meninggalkan hubungan kita dengan Allah, kita meninggalkan Islam dalam kehidupan kita.

Apa yang Nabi Yunus lakukan? 
Muhsabah dan menyesali, bergerak memperbaiki dirinya. Lihat selepas Nabi Yunus berdoa, apa Allah lakukan kepadanya:

Maka Kami kabulkan doanya, dan Kami selamatkannya dari kesusahan yang menyelubunginya, dan sebagaimana kami menyelamatkannya(Nabi Yunus), begitulah Kami akan menyelamatkan orang-orang yang beriman (apabila mereka menyeru kepada Kami).. (Surah Anbiya: ayat 87)

Apa signifikan Allah SWT meletakkan ayat:
Dan sebagaimana Kami menyelamatkannya(Nabi Yunus),begitulah Kami akan menyelamatkan orang-orang yang beriman(apabila mereka menyeru kepada Kami)?


Apa signifikannya?
Signifikannya adalah, apabila kita melakukan kesalahan, sedarlah, perbaikilah diri kita, bergeraklah  merubah diri kita, kembali menjaga hubungan kita dengan Allah, kembali mengambil Islam sebagai cara hidup kita, kemudian Allah akan menyelamatkan kita juga dari keadaan kita, dari perut _ikan paus_dunia yang sedang merosakkan kita sekarang.
Itu signifikannya.
Berapa ramai hamba Allah SWT berfikir begini?

Penutup: Bergeraklah, bergerak...
Ketahuilah, bahawasanya kita semua punya saham atas jatuh bangun ummat ini. Ummat ini memang rosak di tangan musuh-musuh Allah. Tetapi siapakah yang membenarkan musuh-musuh Allah ini kuat dan bermaharajalela?
Kita.


Kelemahan kita, membenarkan mereka mengambil peluang.
Maka, kunci kemenangan adalah pada kita.
Bergeraklah memperbaiki diri. Hidupkan hati dan jiwa kita. Kita ambil semula Islam, terjemahkannya dalam kehidupan kita. Bukan sekadar kita memakai nama sahaja Islam. Ayat Al-Quran itu kita dalami,fahami. Bukan sekadar kita gantung sahaja di dinding rumah.

Sehingga ke tahap apa kita hendak redha dengan penghinaan ke atas agama Allah hari ini?
Sehingga ke tahap apa?
Atau sememangnya kita rasa tidak mengapa?
Maka tertinggal lah kita dari kafilah Rasulullah SAW yang menuju ke syurga.

Ayuh kita ubah!
Ayuh kita buat perubahan!
Ayuh beri sokongan dan kemenangan pada kebenaran dan ISLAM!

Sumber: Hilal Asyraf
Baca Selanjutnya...

Sunday, 25 March 2012

Menelusuri Pahlawan Atas Kerusi Roda (1938 – 22 Mac 2004) ; Syeikh Ahmad Yasin


Kerusi rodanya yang hanya mampu bergerak di ruang yang terbatas,
Telah membuka di hadapanmu ufuk  dan zaman yang luas,
Ia (kerusi roda) telah mengajar (manusia) erti perlawanan dan bukannya,
Seperti kerusi-kerusi lain (pemimpin yang tidak peduli) yang lari ketakutan,
Dia (Syeikh Ahmad Yassin) menikmati kelazatan sebuah kematian dan kebenarannya
Dalam perjuangan menjadi contoh dan ingatan…

Pahlawan di atas kerusi roda, Syeikh Ahmad Yasin atau nama penuhnya Ahmed Ismail Hassan Yassin dilahirkan pada tahun 1938 di sebuah kampung bernama al Jora, daerah Majdal dalam wilayah Asqalan. Beliau dibesarkan di sana sehingga tahun 1948. Semasa pendudukan regim Zionis Israel ke atas bumi Palestin, beliau dan keluarga dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Kemuliaan Adalah Dengan Bersama Islam

Beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan amat disayangi oleh guru-guru semasa di sekolah. Beliau juga seorang ahli sukan yang aktif pada zaman sekolah. Pada zaman muda, beliau telah terjatuh semasa beriadah dan menyebabkan beliau lumpuh pada bahagian kakinya. Keadaan yang lumpuh itu tidak menghalang beliau meneruskan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan kegiatan Islam.  Pada tahun 1964, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah, namun tidak berjaya meneruskan pengajiannya kerana telah dipenjara oleh pihak Berkuasa Mesir selama sebulan di atas penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dasyat lagi beliau telah dihantar pulang oleh pihak Berkuasa Mesir ke Gaza tanpa sempat menyelesaikan kuliahnya .

Ketika kembali ke Gaza, beliau tidak pernah berhenti dari meneruskan kegiatan dakwahnya. Beliau tetap aktif dengan menjadi tenaga pengajar Bahasa Arab dan juga khatib di Masjid Gaza. Khutbah-khutbah beliau telah berjaya membangkitkan semangat umat Islam Palestin untuk melawan pendudukan regim Zionis pada tahun 1967.  Dalam suatu khutbahnya, Syeikh Ahmad Yasin pernah berkata:

“Umat ini tidak akan pernah memiliki kemuliaan dan meraih kemenangan kecuali dengan Islam. Tanpa Islam tidak pernah ada kemenangan. Kita selamanya akan selalu berada dalam kemunduran sampai ada sekelompok orang dari umat ini yang siap menerima panji kepimpinan yang berpegang teguh kepada Islam, baik sebagai cara hidup,sahsiah, pergerakan, pengetahuan, mahupun jihad. Inilah satu-satunya jalan. Pilih Allah atau binasa!

“Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Al-Imran: 126)

Qudwah Umat

Syeikh Ahmad Yasin juga aktif dalam kegiatan kebajikan umat Palestin. Pada tahun 1973, beliau bersama sahabat-sahabatnya telah menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberi nama Mujamma Al-Islam yang bermaksud Akademi Islam. Melalui pertubuhan ini, beliau aktif membangunkan masjid-masjid, serta membina imam-iman  dan para khatib muda untuk menjadi hujung tombak dalam perjuangan Palestin melawan pendudukan regim Israel. Pertubuhan ini juga aktif menyantuni golongan yang miskin di samping mengurus pendidikan anak-anak Palestin sehingga ke peringkat universiti. Beliau aktif mendidik dan membina generasi muda Palestin untuk berjihad melawan regim Zionis.

Syeikh Ahmad Yasin bukan sahaja dihormati dan dikagumi oleh umat Islam Palestin dan antarabangsa, bahkan juga amat dihormati oleh penganut agama lain. Suatu ketika ada seorang penganut Kristian di kota Ramallah bernama Bassam Hana Rabbah datang menemui Syeikh Ahmad Yasin untuk mengadukan permasalahannya kerana ada seseorang di Gaza melakukan penipuan terhadap dirinya. Syeikh Ahmad Yasin yang juga pimpinan Dewan Islah (perdamaian) dengan bijaksana mampu mendamaikan antara Bassam Hana Rabbah seorang Kristian dengan seseorang yang telah melakukan penipuan. Kata Hana Rabbah;  

“Beliau menguruskan permasalahan aku dengan benar dan serius, bahkan mampu bersikap adil terhadapku. Hak-hak aku pun telah dikembalikan untuk aku nikmati. Sebagai tanda terima kasih, sebahagian hartaku diberikan kepada Dewan Islah.”

Sebagai seorang kepimpinan Islam dan tokoh umat, kehidupan Syeikh Ahmad Yasin cukup bersederhana. Anak perempuannya, Mariyam Ahmad Yasin telah menceritakan tentang corak kehidupan ayahnya:

“Rumah ayah terdiri dari 3 bilik dengan jendela yang sudah rapuh. Rumah ini sangat sederhana sekali. Ini fakta bahawa ayahku tidak mencintai dunia, namun cintakan akhirat .Ramai yang menawari beliau untuk memiliki sebuah  rumah besar seperti para kepimpinan negara yang lain, namun ditolaknya. Bahkan pernah suatu ketika, kerajaan Berkuasa Palestin memberikan sebuah rumah besar di suatu kampung mewah di Gaza, Namun tawaran itupun di tolaknya, dan ayah tidak peduli dengan perbagai bentuk tawaran kesenangan duniawi.

Rumah kami sangat sempit. Tidak ada lantai, dapurpun ala kadarnya. Jika musim dingin, kami kedinginan. Namun jika musim panas tiba, kami pun kepanasan. Ayah sama sekali tidak memikirkan untuk menambah besar rumahnya. Ayah justeru sibuk mempersiapkan rumah di akhiratnya. Walau apapun keadaan kami, Alhamdulillah, kami cukup sabar, kerana kami percaya, InsyaAllah, kami akan melihatnya lagi di syurga-Nya nanti. Untuk itulah kami juga sangat berharap beroleh mati syahid seperti beliau.”

Jihad Adalah Jalan Pilihan

Syeikh Ahmad Yasin amat sinonim dengan perjuangan jihad membebaskan tanah air Palestin dan bumi Al Aqsa. Memandangkan situasi Palestin saat itu berterusan dizalimi oleh Zionis Israel sehingga menuntut mereka untuk berjihad melawan penjajah, Syeikh Ahmad Yasin bersama sahabat-sahabatnya menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan al-Mujahidun al-Falastiniyun pada tahun 1982. Walaupun dirinya lumpuh, ianya tidak menjadi penghalang kepada beliau mendidik dan membina generasi pejuang Palestin bagi berhadapan dengan penjajah Zionis.

Pada tahun 1983, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Mahkamah Tentera Israel selama 13 tahun atas dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan Zionis Israel. Namun pada tahun 1985, hasil daripada proses pertukaran tahanan di antara PLO dan regim Israel, beliau dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Pada tahun 1987, Syeikh Ahmad  Yasin dan sahabat-sahabatnya telah menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam yang dikenali sebagai HAMAS bagi memerdekakan Palestin dan Masjid Al Aqsa. Ruhul jihad yang telah ditanamkan oleh Syeikh Ahmad Yasin kepada generasi muda Palestin melalui proses tarbiyah yang tersusun, telah mencetuskan kebangkitan umat Palestin melawan penjajahan Zionis Israel. Pada Disember 1987, gerakan massa yang dipelopori anak muda Palestin telah mencetuskan gerakan Intifadhah yang bermodalkan batu melawan tentera regim Israel yang lengkap dengan senjata canggih.

Usaha untuk memenjarakan Syeikh Ahmad Yasin oleh regim Zionis Israel tidak pernah padam untuk menghentikan usaha jihad beliau dan HAMAS. Pada 19 Mei 1989, beliau telah ditangkap oleh pasukan rahsia Israel. Kemudian pada 16 Oktober 1991, Syeikh Ahmad Yasin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup ditambah 15 belas tahun lagi oleh Mahkamah Tentera Israel. 1 Oktober 1997, beliau dibebaskan dari penjara Israel akibat tekanan dan ketakutan regim Israel dengan penentangan yang semakin kuat dari HAMAS dan masyarakat antarabangsa. Pada 6 September 2003, sebuah helikopter Apache milik tentera regim Zionis membedil dan merobohkan rumah beliau. Namun beliau telah terselamat dan mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Namun pada Subuh 22 Mac 2004, tentera Israel sekali lagi melancarkan serangan ke atas beliau. Semasa dalam perjalanan pulang dari masjid selepas solat Subuh berjamaah, tiga buah roket dilancarkan ke atas beliau yang lumpuh itu dan mengorbankan Syeikh Ahmad Yasin serta empat yang lain, termasuk anaknya sendiri, Abdul Ghani.

Bintang Itu Tetap Menyinar

Syeikh Ahmad Yasin telah meninggalkan medan perjuangannya. Namun ketiadaan beliau tidak menghentikan semangat dan perjuangan para pewarisnya di bumi Palestin. Menurut Syeikh Saud Abu Mahfuz, Ketua Jawatankuasa Gabungan Antarabangsa Untuk Al Aqsa, melalui proses tarbiyah dan ruh Al-Quran yang dibangkitkan oleh Syeikh Ahmad Yassin sejak 50 tahun yang lalu, kini Gaza adalah kota Islam yang terbanyak melahirkan ribuan para penghafal Quran.

Menurutnya, tidak kurang ada 60,000 hafiz al-Quran di Jalur Gaza. Selain itu, bandar Gaza yang terus dikepung oleh regim Israel dengan dukungan Barat ini juga menjadi bandar terkecil dengan jumlah masjid yang terbanyak di Timur Tengah. Menariknya, kini hampir 100% wanita Muslimah di Gaza telah berjilbab. Semua ini terjadi, ujar Syeikh Saud, kerana berjalannya proses tarbiyah berpaksikan al-Quran.

As syahid Syeikh Ahmad Yasin, pergimu meninggalkan kesan buat kami yang masih berbaki lagi. Mampukah kami meneladani kehidupanmu? Dr. Asy-Syahid Abdul Aziz ar-Rantisi, anak didik kepada Syeikh Ahmad Yasin mengatakan, Syeikh Ahmad Yasin adalah simbol Islam yang besar ketika hidup. Dengan gugurnya beliau, ia menjadi guru unik dan paling menonjol dalam sejarah umat yang besar. Tidak ada sejarah seperti yang diukir Syeikh Yasin, dimana pemimpin yang lemah (dari segi fizikal) mampu mengubah menjadi kekuatan. Ia adalah pemimpin yang tidak pernah percaya dengan kelemahan mutlak seharipun bagi manusia atau dengan kekuatan mutlak selama ia masih bernama makhluk”.

Berani, optimis, dan berjihad, sikap inilah yang telah diajarkan oleh beliau kepada kita. Naluri kepahlawanan itulah yang dimiliki oleh beliau dan ingin diwariskan kepada kita. Sesungguhnya pekerjaan-pekerjaan besar dalam sejarah ini hanya dapat diselesaikan oleh mereka yang memiliki naluri kepahlawanan sejati berpaksikan keimanan kepada Allah. Tentangan-tentangan dan cabaran besar dalam sejarah hanya dapat dijawab oleh mereka yang memiliki jiwa kepahlawanan yang cintakan akhirat dan syurga Allah SWT semata. Dan Syeikh Ahmad Yasin telah mencontohkan kepada kita, bahawa semangat perjuangan dan kepahlawanan kan tetap bergelora meskipun keterbatasan melanda diri.

“Diantara orang-orang beriman itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (sampai saat kemenangan), dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.” (Al-Ahzab: 23)

Pesanan as Syahid

Akhir bicara sempena memperingati perjuangan Syeikh Ahmad Yasin, dilampirkan pesanan beliau buat tatapan kita bersama, semoga memberi inspirasi ruhiyah buat para pemuda pemudi Islam yang cintakan perjuangan al haq;

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah SWT, meninggalkan pelbagai sorak kehidupan dan menyingkirkannya ke tepi jalan. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh berjamaah, saatnya kalian menghiasi diri dengan akhlak mulia, mengamalkan kandungan Al Qur’an, serta meneladani Muhammad SAW.

Aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat waktu. Lebih dari itu, aku mengajak kalian, wahai anak-anakku, untuk mendekatkan diri kepada Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian mengenal dan menyedari makna tanggungjawab, tetap utuh menghadapi kesulitan hidup, meninggalkan keluh kesah, menghadap kepada Allah SWT, banyak meminta ampunan kepada-Nya agar Dia memberi rezeki kepada kalian, menghormati yang tua dan menyayangi yang muda. Aku ingin kalian tidak terlena oleh saluran-saluran lagu audio visual, melupakan kata-kata yang membisikan cinta nafsu, serta menggantinya dengan kata amal, kerja, dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku, kuharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah mempergunakan hijab secara benar. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah peduli dengan agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian membuatkan mata para pemuda menjadi kendur dan surut tatkala melihat aksi kalian.

Kepada semuanya, aku ingin kalian bersiap-siap menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dalam beberapa saat hidup tanpa elektrik dan tanpa kebergantungan dengan kemudahan elektronik. Latihlah diri kalian agar dalam sementara waktu merasakan kehidupan yang keras. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakallah kepada Allah.”

Sumber: Langit Ilahi
Baca Selanjutnya...

Thursday, 22 March 2012

Mualaf rayu bantuan pertahan akidah anak

KOTA BHARU, 21 Mac: Usaha seorang saudara baru, Muhammad Riduan Abdullah, 43 menyelamatkan akidah anaknya berdepan dengan kesukaran sekiranya hak ke atas penjagaan anak-anaknya ditolak mahkamah.
 
 (Riduan Abdullah bersama anaknya Ummu Habibah)

Perkara itu bakal diputus Mahkamah Rayuan yang akan bersidang pada 29 Mac ini.

Riduan berkata, berdasar kepada surat Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Mac lalu menyebut kes tersebut telah ditetapkan untuk ditamatkan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 29 Mac ini.

Pada 11 Mac 2010 Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan hak penjagaan terhadap tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 4; Abu Bakar (Karan Dinish), 14 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 15 diberi kepada bekas isterinya, M Indira Ghandi, 37.

Sedangkan sebelum itu pada April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan tiga anak kepada Riduan atau nama asal K Patmanathan.

Ekoran itu Riduan memfail rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.

Riduan memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian pada 2 April 2009 beliau mengislamkan ketiga-tiga anaknya. Bagaimanapun bekas isterinya mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam ketiga-tiga anaknya pada 25 Oktober 2009.

Indra juga membuat permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftar mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.

Namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Indra yang juga seorang guru tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya.

Kes berkenaan juga pernah mendapat perhatian umum sehingga ke peringkat kabinet dan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 2009.

Riduan berkata, anak bongsu kini tinggal bersamanya dibesarkan dalam suasana Islam dan sudah mampu menghafal ayat-ayat suci al Quran, manakala dua lagi bersama bekas isterinya.

Oleh itu beliau berharap mendapat bantuan orang ramai bagi mengumpul dana termasuk membayar kos guaman dan kos lain sehingga menjangkau RM60,000.

Malah katanya sebelum ini beliau membayar pendaftaran rayuan kes berkenaan sebanyak RM3,000.

Katanya juga beliau akan mendapat khidmat peguam lain membawa kesnya memandangkan peguam sebelum ini tidak memfail memorandum seperti dikehendaki mahkamah ekoran tidak dapat menyediakan kos guaman.

Oleh itu orang ramai yang ingin membantu Riduan boleh menghubungi talian 09 744 6736 (peguam Mustapa Kamal Mat Kasam) atau akaun Bank Islam 3018010036250.

Sumber: Harakah Daily
Baca Selanjutnya...

Bidadari Dunia – Inspirasi Daripada Bidadari


Dalam banyak-banyak kerjaya, kerjaya apa yang paling saya kagum sekali?

Tahu apa kerja yang paling saya kagum?

Bidadari di dalam rumah atau pendeknya:

Suri rumah.

Realiti Perempuan Hari Ini.

Perempuan yang berkahwin, baik yang bekerja atau tidak, mereka akan mempunyai satu tanggungjawab yang sama:

Suri rumah. Mahu tidak mahu, perempuan akan menguruskan hal-hal dalaman rumah tangga. Biasanya, perempuan akan menguruskan makan minum, kemas rumah, basuh pakaian dan melayan anak-anak.

Saya tidaklah mahu menyatakan bahawa itu semua memang kerja perempuan. Saya jujurnya tidak setuju pun perempuan ini dibebankan dengan memasak, kemas rumah, basuh pakaian. Saya nampak, perempuan ini tugasnya adalah menjaga dan mendidik anak-anak agar membesar menjadi orang yang Allah redha, juga melayan suami dengan baik.

Tetapi, realiti hari ini, begitulah perempuan. Dia kena masak, dia kena basuh pakaian, dia kena kemas rumah, dia kena layan anak-anak.

Tetapi di dalam realiti itulah, saya termotivasi.

Tetapi, di dalam realiti perempuan hari ini, ada satu perkara saya terinspirasi. Pendek kata, saya jadi termotivasi dengan mereka. Apa yang istimewa pada mereka hingga saya terinspirasi?

Kesabaran mereka.

Saya ambil contoh ibu saya. Ibu saya bukanlah suri rumah sepenuh masa. Dia bekerja dan pada masa yang sama, seorang suri rumah. Ibu saya perlu berada di pejabat pada pukul 8.00 pagi. Sebelum itu, dia akan bangun seawal 4.30 pagi untuk menyiapkan sarapan buat keluarga, kejut anak-anak bangun, siapkan pakaian anak-anak untuk sekolah, basuh baju dan sidai kain, buang sampah, sebelum pergi kerja. Paginya sahaja sudah penuh.

Saya pernah ikut Ibu saya pergi ke pejabatnya. Banyak berurusan dengan orang. Fail datang bersilih ganti memerlukan perhatian dan penelitian Ibu saya. Banyak kerjanya. Dari pagi, sampailah ke petang. Rehat hanya di kala waktu sarapan yang disediakan pejabat, dan tengahari.

Tetapi apabila Ibu saya pulang ke rumah, tidak pula dia terus mencampakkan dirinya di atas katil. Tidur. Lepaskan lelah. Tidak. Apa yang Ibu saya lakukan? Dia akan terus bersedia untuk masak makan malam. Malamnya, dia akan luang masa untuk menonton berita, dan kemudiannya akan kembali sibuk dengan lipat baju, dan memerhatikan anak-anak punya pengajian.

Hujung minggu, ibu saya akan keluar ke pasar, beli barang rumah. Kadang-kadang ayah saya teman. Kadang-kadang sendiri. Kalau ibu saya kuat sikit, dia akan kemas rumah sekali ketika itu.

Itulah rutin ibu saya. Bayangkan, dia hidup macam itu sepanjang lepas kahwin sampai la hari ini. Dah berapa tahun? Ketika saya berumur 20 tahun, maka ibu saya telah hidup sedemikian rupa selama 21 tahun. Itu belum dikira apabila rumah bergegar dengan sikap anak-anak yang pelbagai kerenahnya.

Tapi ibu saya boleh sabar kan?

Saya yakin ibu anda juga sedemikian.

Saya yakin, begitulah juga ibu-ibu yang lain, suri rumah-suri rumah yang lain. Yalah, ibu saya melalui hari-hari yang sama sepanjang 21 tahun. Kalau ibu lain yang mungkin sudah berumah tangga 40 tahun? MasyaAllah, dia melalui hari-harinya dalam 40 tahun itu begitu. Ditambah pula, mereka ini pastinya perlu juga menjaga ibadat mereka seperti solat, membaca Al-Quran dan lain-lain.

Sabar bukan?

Itu Saya Kagum.

Saya kagum. Saya kagum sekali dengan suri rumah. Macam mana mereka boleh sabar sedemikian rupa?

Macam mana ya? Macam mana anda wahai suri rumah, mampu bertahan dengan rutin sedemikian?

Bolehkah ada suri rumah yang membantu saya untuk menjawab soalan ini?

Saya pernah rasa terlalu bengang atau marah apabila sering melakukan sesuatu itu berulang-ulang. Tapi, apabila saya teringat akan ibu saya dan segala kerjanya, teringat akan kehidupan sebagai suri rumah, maka saya akan kembali insaf. Malah bermotivasi untuk melakukan yang lebih baik.

Saya selalu kata: “Ummi boleh tahan. Takkan aku tak boleh”

Begitulah.

Kesabaran Suri Rumah itu mengagumkan.

Suri rumah itu mengagumkan.

Allah SWT hingga menukilkan di dalam ayat-Nya, arahan untuk mentaati kedua ibu bapa, terutama ibu.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. Surah Luqman ayat 14-15.

Dan Rasulullah SAW juga bersabda, tiga kali mengulang kalimah yang sama, apabila ditanya siapakah yang patut ditaati selepas Allah dan Rasul. Kalimah yang diulang itu adalah: Ibumu.

Kenapa? Sebab besarnya peranan seorang ibu, wanita, di dalam rumah tangga dan pembinaan manusia.

Penghargaan Saidina Umar Al-Khattab RA

Mungkin ada juga suri rumah yang merungut sekali sekala. Ya lah, manusia mana yang sabar sepanjang masa. Tetapi, berapa banyak kali kah rungutan itu keluar dibandingkan dengan jasa seorang suri rumah sepanjang hidupnya?

Apakah kita lelaki, suami, anak perlu marah atau terasa bila perempuan, isteri, ibu kita merungut atau sekali sekala meninggikan suara?

Pada saya, tidak. Sebab mereka telah melalui hari-hari dalam hidup mereka untuk kita. Saya ulang, untuk kita. Mereka habiskan 75% hidup mereka untuk ahli keluarga mereka. Sebab itu, saya ada satu kisah hendak dikongsikan:

Satu hari, seorang lelaki pergi ke rumah Saidina Umar Al-Khattab. Dia hendak mengadu yang isterinya pada hari itu naik angin kepadanya. Dia merasakan bahawa, isterinya tidak patut bersikap demikian pada suami.

Sampai sahaja di pintu rumah Saidina Umar, dia mendengar isteri Saidina Umar memarahi Amirul Mu’minin itu. Lelaki itu terkejut. Lantas, dia pun berpatah balik, untuk pulang. Saidina Umar perasan akan kehadiran lelaki itu, terus memanggilnya semula.

“Wahai lelaki, apakah hajat kamu?”

“Aku ingin mengadu akan sikap isteriku yang memarahi aku, tetapi tidak sangka kau juga mempunyai masalah yang sama. Maka aku merasakan bahawa aku tidak patut mengadu kepadamu”

Saidina Umar tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. Dia pun berkata:

“Wahai lelaki, isteriku telah menjaga makan minumku, mendidik anak-anakku, dan mengurus rumahku sepanjang hidupnya. Maka apakah pantas untuk aku terasa apabila dia sekali sekala naik angin seperti hari ini?”

Lelaki itu senyap.

Lihat. Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal garang dan tegas, tidak sedikit pun marah dengan isterinya yang melenting. Malah berkata sesuatu yang amat lembut untuk perempuan suri rumah.

Penutup: Bidadari Dunia, Berbanggalah.

Wahai suri rumah yang ada hari ini. Maka berbanggalah.

Saya menghargai anda. Mengkagumi anda. Malah Allah memuliakan anda. Maka didiklah anak-anak anda dengan didikan syurga, agar mereka menjadi manusia-manusia yang mencintai akhirat. Maka jagalah keluarga anda sejaga-jaganya, agar kalian nanti dapat berkumpul di syurga sana.

Terima kasih atas motivasi kesabarannya.

Semoga Allah redha dengan suri rumah-suri rumah yang tabah, yang cekal dan yang bersungguh-sungguh dalam menjaga keluarganya untuk mentaati Allah, mentaati suaminya untuk memudahkan kerjanya kepada Allah, mendidik anaknya untuk membesar menjadi manusia yang Allah redha.

Sesungguhnya pada saya, sekiranya seorang perempuan itu mampu menjadi suri rumah yang baik, bukan sahaja mampu mengemas dan memasak, bahkan berusaha mendidik anak dan mendampingi suami ke jalan yang Allah SWT redhai, perempuan itulah bidadari.

Bidadari yang nyata membawa motivasi.

Dan bagi yang belum berkahwin, fahamilah realiti ini, tanggungjawab ini, dan binalah diri, untuk menjadi suri rumah yang merupakan bidadari.

Sumber: Hilal Asyraf
Baca Selanjutnya...

Wednesday, 21 March 2012

Umum: Allah SWT itu sentiasa memberikan yang terbaik!


Bagaimana keputusan peperiksaan anda? PMR, SPM, STAM, STPM?

Ya. Pelbagai orang, pastinya pelbagai gaya keputusan.

Tahukah anda, walau apa pun keputusan yang anda dapat, sesungguhnya itulah yang terbaik? Ini bukan sekadar menyentuh SPM/STAM/PMR dan lain-lain peperiksaan. Ini juga menyentuh keputusan-keputusan yang kita perolehi dalam mana-mana stesen kehidupan kita yang lain.

Hal ini kerana, Allah SWT tidak pernah memberikan yang tidak baik pada hamba-hamba-Nya.

Cuma pokoknya, apakah kita mampu menerima keputusan Allah dalam keadaan terbaik, yakni dalam keadaan redha pada-Nya?
Itu persoalannya.

Sikap orang beriman terhadap keputusan Allah SWT.

Orang Islam itu tidak ajaib. Tetapi, orang beriman diiktiraf sebagai menakjubkan. Kenapakah orang beriman mencapai tahap yang menakjubkan?

Hal ini kerana mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiad ayang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.

Ya. Itu dia orang beriman. Segala keputusan Allah adalah baik. Anugerah kecemerlangan dan kegemilangan hidup tidak menjadikannya riya’, takabbur, ujub sehingga menyeretnya ke neraka. Timpaan musibah tidak membawa kepadanya putus asa, kecewa dan merungut-rungut sehingga menyeretnya ke dalam kalangan manusia yang tidak bersyukur.

Kenapa Rasulullah SAW menyebut ‘orang beriman’, tetapi bukan orang yang memeluk Islam?

Hal ini kerana, hanya yang ber’iman’ sahaja mampu menghubungkan jiwanya dengan Allah SWT, untuk redha dengan segala keputusan-Nya. Tunduk taat pada ketentuan-Nya. Hal ini kerana, hanya orang beriman sahaja yang percaya 100% tanpa ragu kepada Allah SWT.

Keburukan itu, hasil daripada tangan sendiri

Musibah-musibah yang menimpa kita dalam kehidupan, biasanya adalah daripada tangan kita sendiri. Tidak semestinya secara terus ia berkait.

Sebagai contoh, seorang pelajar gagal dalam peperiksaan. Tidak semestinya kerana dia tidak rajin studi. Tetapi kegagalannya di dalam peperiksaan, adalah teguran Allah SWT atas sikapnya yang angkuh, atas hubungan dengan ibu bapanya yang buruk, atas pembazirannya, atas kelupaannya dalam melaksanakan perintah-perintah fardhu da 1001 sebab lain.

Allah SWT tidak akan memberikan keburukan, melainkan kita sendiri yang menjemput keburukan itu. Lihatlah betapa pengasihnya Allah SWT menghantar rasul-rasul pada ummat yang tidak mengetahui. Allah tidak akan mengazab sesuatu kaum melainkan telah disampaikan rasul kepada mereka.

“Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).” Surah Al-Israa’ ayat 15.

Tetapi, manusia memilih untuk ingkar. Sebab itu Allah menurunkan musibah kepada mereka.

Akhirnya benarlah firman Allah SWT:

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah Asy-Syu’ara ayat 30.

Kenapa dikatakan dosa-dosa, bukan perbuatan? Sebab tidak semua perkara Allah balas kerana perbuatan. Mungkin dosa kita dengan rakan, menyebabkan kita gagal pada satu sisi lain dalam kehidupan kita, walaupun perbuatan kita terhadap sisi kehidupan itu baik-baik sahaja.

Ini juga satu ujian

Bila Allah SWT menunjukkan keputusan-Nya pada kita atas sesuatu perkara, kita perlu ingat, bahawa bagaimana pun keputusan itu, semuanya adalah untuk menguji kita.

Cemerlang atau gagal, berjaya atau tewas, menang atau kalah, kedua-dua sisi keputusan itu mempunyai ujiannya yang tersendiri.

Cemerlang diuji hebat dengan ujub, riya’, takabbur, dan lupa diri.

Gagal diuji hebat dengan putus asa, kecewa, sangka dan buruk pada Allah SWT.

Maka, hakikatnya, kita perlu berhati-hati dengan keadaan ini. Baik kita cemerlang, mahupun kita di posisi gagal. Baik kita dikurniakan kejayaan, mahupun kita di posisi ditimpa musibah.

Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya:

“Apakah manusia itu mengira, mereka akan ditingalkan dengan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji(keimanan mereka itu)?” Surah Al-Ankabut ayat 2.

Adakah check semula markah itu tanda tidak sangka baik dengan Allah?

Ini soalan yang menyeronokkan, dan hangat pada setiap pengambil keputusan peperiksaan.

Tidak salah. Hal ini kerana, check semula keputusan itu bukannya kita sangka buruk dengan Allah SWT yang memberikan kita keputusan yang kurang baik. Bahkan, check semula keputusan itu adalah satu USAHA untuk kita mencapai kecemerlangan.

Selepas check, dan telah kita dapat keputusan yang sebenarnya, ketika itu kalau tidak redha juga, maka barulah termask dari kalangan yang tidak bersyukur, dan tidak bersangka baik dengan Allah SWT.

Maka, jika anda rasa anda layak mendapat kecemerlangan pada keputusan peperiksaan anda, tetapi keputusan menunjukkan anda gagal, tiada salahnya anda pergi memeriksa.

Anggaplah, keputusan gagal yang mungkin silap itu, sebagai pengajaran besar oleh Allah SWT kepada anda.

Dan bila anda disahkan berjaya, jangan lupa bersyukur kepada-Nya.
Dan bila anda disahkan tetap gagal, jangan lupa juga muhasabah kembali diri anda.

Tiadalah pemberian Allah itu yang tidak baik.

Tetapi kitalah yang perlu belajar untuk menerima keputusan-Nya dengan baik.

Penutup: Allah sentiasa memberikan yang terbaik.

Dunia ini merupakan kembar dengan ujian. Baik buruk di dalam dunia ini adalah ujian. Mendapat kebaikan itu juga ujian, mendapat keburukan juga adalah ujian.

Hakikatnya, tiada yang buruk dalam pemberian Allah SWT. Semuanya terbaik. Cuma kita yang gagal menilainya.

Bila Allah berikan kita kejayaan, itu kebaikan dari segi balasan usaha kita. Bila Allah berikan kita kegagalan, itu kebaikan dari segi peringatan kepada kita.

Yang menjadikan pemberian Allah itu buruk adalah kita.

Bila Allah berikan kita kejayaan, kita riya’, takabbur, ujub, angkuh dan melupakan-Nya. Bila Allah berikan kita kegagalan, kita kecewa, sakit hati, putus asa dan mengeji-Nya.

Segala yang baik itu memang daripada Allah SWT. Kita sahaja yang memburukkan diri kita.

Maka marilah kita sama-sama, mendidik diri untuk redha dengan keputusan yang Allah SWT berikan.

Allah SWT sentiasa memberikan yang terbaik.

Tetapi kitalah yang kita perlu belajar bagaimana hendak menerima keputusan Allah dengan baik.

Sumber:
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket