Thursday, 5 July 2012

Terdapat Perbezaan Ketara Diantara UMNO & PAS Menyebabkan ramai Artis Pilih PAS

Alhamdulillah, ramai artis berhijrah

PETALING JAYA: “Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan,” kata Abby Abadi. Beliau merupakan seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT.

“Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen …..tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.

“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah,” katanya ketika berceramah di atas pentas PAS di Kuala Kedah baru-baru ini.

Kelmarin Hairie Othman, pelakon filem Leftenan Adnan menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat pada majlis Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Johor di Johor Baharu.

Nampaknya semakin ramai golongan artis dilanda gelombang kebangkitan Islam dewasa ini dan kembali insaf untuk mempelajari ilmu- ilmu agama bagi mendekatkan diri kepada Allah.

Di antara mereka ialah selebriti seperti Bob Lokman, penyanyi Aishah, pelawak Leman Raja Lawak, Sham Kamikaze dan Raja Dangdut Iwan Syahman yang kembali ke pangkal jalan dan mengenal siapa diri mereka sendiri dalam erti kata yang sebenarnya.


Insaf

Kebanyakan artis yang telah insaf memilih pentas PAS untuk menceritakan pengalaman mereka dan ingin bersama-sama berjuang untuk menegakkan kalimah Allah melalui parti Islam itu.

Artis seperti Abby Abadi sedar bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Perjuangan PAS yang mengadunkan kerja-kerja dakwah untuk melaksanakan hukum Allah dan pada masa yang sama melibatkan diri dengan aktiviti politik adalah bersesuaian dengan jiwanya.

Apatah lagi PAS dipimpin oleh para ulama’ seperti Nik Aziz dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi, lebih-lebih lagi mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan kenegaraan menurut acuan Islam.

Kini mereka melihat parti Umno sebagai sebuah parti sekuler, perkauman, memisahkan agama dan politik dan ahli-ahlinya semakin jauh daripada Islam berdasarkan peristiwa dan insiden yang berlaku mutakhir ini.

Budaya rasuah, samseng, adu dumba, memfitnah, video lucah, senaman buntut dan berbagai penyelewengan dalam Umno selama ini adalah tidak lagi dipandang sesuai dan relevan pada masa ini.

Sebaliknya mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang bukan sahaja mampu menyekat gejala sosial dan keruntuhan moral terutama di kalangan anak muda dan remaja hari ini tetapi sentiasa berusaha untuk mendaulatkan Islam.

Dekatkan diri dengan Allah

Dalam gerakerja dan aktiviti PAS, terdapat pengajian ilmu agama, usrah, tamrin, halaqah termasuk penganjuran ibadat-ibadat khusus seperti solat berjemah, berdoa, bermunajat yang bertujuan untuk mendapat pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah.

Memandangkan terdapatnya perbezaan yang ketara ini di antara Umno dan PAS maka ramai artis mengambil keputusan untuk menyertai perjuangan PAS yang menerima Al Quran dan As-Sunnah sebagai perundangan yang tertinggi seperti tercatat dalam perlembagaan PAS.

Sesungguhnya para artis ini telah menyahut seruan Allah seperti firmanNya dalam ayat 11 dari Surah Ar-Raad, yang selalu kita dengar, yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri sendiri.”

Penghijrahan beramai-ramai artis juga membuktikan bahawa perjuangan PAS selama ini berada pada landasan yang betul dan benar dan sekaligus menolak tohmahan Umno yang masih berpegang dengan fahaman kuno bahawa agama dan politik tidak boleh bercampur.

Abby Abadi merupakan contoh seorang artis yang memahami hakikat bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah….. -FMT


Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/07/terdapat-perbezaan-ketara-diantara-umno.html
Baca Selanjutnya...

Wednesday, 4 July 2012

Najib Takut Bubar, Strategi Tidak Menjadi



Strategi Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak menjadi untuk membolehkan beliau membubar Parlimen. Keresahan jelas terukir di wajah beliau yang akan memimpin  pilihanraya pada kali ini. Tekanan daripada dalam Umno juga begitu kuat, jika Umno kalah bererti beliau akan dihambat oleh Umno daripada kerusi Presiden.

Walaupun sepatutnya pilihanraya diadakan pada tahun lepas, sehingga persidangan Umno ditangguhkan bagi menumpukan kepada gerak kerja pilihanraya. Bajet yang dibentangkan ialah bajet pilihanraya. Berbagai-bagai pemberian diberikan seperti bantuan Rakyat 1 Malaysia, Kedai 1 Malaysia, Bantuan kepada pelajar sekolah RM100 dan bantuan pelajar universit RM200.00 dan banyak lagi skim untuk pancing undi.

Umno di bawah kepimpinan Najib cuba menggunakan tektik supaya negeri Pakatan Rakyat digambarkan oleh media Umno sebagai tidak mampu. Isu ini dijawab dengan amalan bukan dengan percakapan. Kerajaan Pakatan Rakyat mampu mentadbir dengan baik dengan penuh ketelusan. Banyak manfaat yang diperolehi oleh rakyat, kerana  51 tahun Umno memerintah rakyat tidak merasai lebihan kekayaan negeri, terutama di Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat tidaklah mendabit dada ia kerajaan yang terbaik, namun rekod hampir lima tahun memeritah ia lebih baik daripada Umno memerintah 51 tahun di negeri tersebut. Ketika negeri-negeri di bawah pemerintahan BN yang sedang menggigit jari, rakyat di negeri Pakatan Rakyat mendapat berbagai nikmat dan peningkatan kualiti hidup.

Tektik fitnah kepada kerajaan Pulau Pinang melalui media Umno kononnya anti Melayu telah terjawab, apabila sudah dua kali Utusan Malaysia didapati bersalah oleh mahkamah. Tujuanya supaya orang Melayu jangan dekat dengan Pakatan Rakyat.

Atas faktor inilah Najib belum berani mengadakan pilihanraya, kerana takut kalah. Suasana politik tidak menyebelahi BN, beliau cuba untuk menunggu peluang terbaik. Namun masa terus berjalan, iddah pemerintahan Najib hanya Sembilan bulan lagi, inilah menjadi kerungsingan kepada beliau. Semua tektik tidak menjadi, pakar-pakar strategi sudah habis digunakan namun nasib tidak menyebelahi Najib

Sumber:  http://idrisahmad.wordpress.com/2012/07/03/najib-takut-bubar-strategi-tidak-menjadi/
Baca Selanjutnya...

Monday, 2 July 2012

Pertahan kemenangan habis-habisan untuk mara ke Putrajaya


Walau pun Najib belum bersedia ... Jentera Pilihanraya (JPrD) DUN Sri Muda dalam Parlimen Kota Raja telah menyediakan persiapan yang lengkap bagi menghadapi pembubaran Parlimen pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum ke13.

Semua Ketua 18 Daerah Mengundi atau JPrU yang telah melangkapkan organisasi masing-masing yang menerima watikah dari Dr Siti Mariah Mahmud yang merupakan Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Raja begitu bersemangat untuk berjuang habis-habisan pada kali ini bagi mempertahan kemenangan yang diperolehi pada PRU ke 12 yang lalu.

Selain mendengar dan meneliti lapuran Profile DUN Sri Muda yang disampaikan oleh Tn Haji Hakim Kari yang merupakan Pengarah JPrD Sri Muda, taklimat turut disampaikan oleh Pengarah JPrK, TYDP manakala YB Dr Mariah pula memberikan ulasan berkaitan pencapain JPrD dan beberapa strategi yang perlu diambil oleh semua petugas dalam menghadapi masa menunggu pembubaran Parlimen, selepas pembubaran parlimen dan dalam tempuh berkempen.



























Dicatat oleh Pengarah Pilihanraya (JPrK) PAS Kota Raja

Sumber: http://drsitimariah.blogspot.com/2012/07/pertahan-kemenangan-habis-habisan-untuk.html
Baca Selanjutnya...

Sunday, 1 July 2012

AKHLAK SEORANG MUFTI



Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu pengetahuan yang mendalam dan wawasan yang luas adalah merupakan keperluan asasi bagi seorang mufti. Tetapi ilmu pengetahuan juga harus disertai dengan amal perbuatan, dan amal perbuatan juga mesti dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas kepada Allah Taala. Kerana ilmu yang tidak diamalkan dan tidak akan menimbulkan khasyiah (takut kepada Allah) adalah ilmu yang tidak bermanfaat dalam pandangan Allah. Firman Allah bermaksud :

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." - Surah Faathir:28

Sesungguhnya musibah yang menimpa kehidupan manusia adalah kerana disebabkan oleh kerosakan akal fikiran, tetapi musibah yang disebabkan oleh kerosakan hati manusia adalah lebih besar. Dan krisis yang melanda ummah bukanlah kerana krisis ilmu pengetahuan, tetapi pada hakikatnya adalah kerana krisis moral atau akhlak. Kerosakan dan kehancuran sendi-sendi agama-agama samawi yang datang sebelum Islam bukanlah disebabkan oleh para penganut yang bodoh dan jahil, tetapi adalah disebabkan oleh mereka yang berilmu pengetahuan, bahkan bertaraf ulama yang menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan kebendaan dan harta duniawi semata-mata.

Jika demikian, tidak hairanlah kita bila al Quranul Karim dengan tegas membidas orang-orang yang mengkhianati amanah ilmu pengetahuan, dengan cara memperjual-belikan ayat-ayat Allah dengan harta benda dunia yang fana, memperselindungkan kebatilan dengan selimut agama dan menyembunyikan hak serta kebenaran padahal mereka mengetahuinya disebabkan rosak dan condongnya hati mereka terhadap hawa nafsu.

Firman Allah Taala :

"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu), Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya. Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu." - Surah al Imran:187

Dalam ayat yang lain Allah Taala berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang telah diturunkan Allah Taala daripada al Kitab, kemudian mereka menjualnya dengan harga yang sedikit, sesungguhnya hasil yang mereka makan itu adalah api neraka. Allah Taala tidak akan bercakap kepada mereka di hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka. Mereka akan mendapat azab yang sangat pedih. Merekalah orang-orang yang telah menukar petunjuk (hidayah) dengan kesesatan, dan menukar keampunan dengan azab, alangkah beraninya mereka menerima azab neraka yang bersangatan dahsyatnya." - Surah al Baqarah:174

Di dalam al Quran kita dapati juga dua misalan yang paling buruk tentang orang-orang yang berilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkannya : Seperti seseorang yang telah diberi ilmu pengetahuan, malah kemudian melemparkan ilmu tersebut untuk mendapat sedikit kenikmatan dunia, perumpamaan mereka, "Laksana seekor anjing jika engkau bagi (sesuatu) ke atasnya ia akan menjulurkan lidah, dan bila engkau tinggalkannya ia (tetap) menjulurkan lidah juga".

Begitulah perumpamaan Bani Israel yang telah diamanahkan Kitab Taurat, tetapi mereka mensia-siakan dan mencampakkannya, tidak diamalkan petunjuk-petunjuk dan ajaran-ajarannya. Al Quran juga mengumpamakan mereka :


"(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim." - Surah al Jumu’ah:5

Dari petunjuk ayat-ayat ini, maka para ulama muslimin telah memberi perhatian yang sangat serius tentang akhlak seorang mufti. Seorang mufti tidak cukup hanya memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dan wawasan hidup yang luas, tetapi juga ia dituntut untuk mempunyai akhlak yang mulia, bertaqwa, ikhlas dan budi pekerti yang luhur.

Saidina Ali Ibn Abi Talib R.A pernah ditanya, "Sudikah beritahukan tentang ciri orang yang paling faqih".

Lalu beliau menjawab, "Mereka ialah orang yang tidak pernah menyebabkan manusia berputus asa dari rahmat dan kasih sayang Allah, dan tidak pernah sedikitpun membenarkan manusia untuk bermaksiat kepada Allah. Ketahuilah, tidak ada kebaikan pada ilmu pengetahuan tanpa didasari oleh pemahaman (yang benar), dan tidak ada kebaikan pada kefahaman sahaja tanpa didasari dengan warak (sikap memelihara diri dari dosa), dan tidak ada kebaikan bagi orang yang membaca tanpa pemahaman (yang benar)."

Imam Malik R.A berkata, "Seseorang tidak akan menjadi alim yang sejati sehingga ia melazimkan dirinya untuk mengamalkan apa yang diketahuinya, sebelum ia memerintahkan orang lain untuk mengamalkannya atau memberikan fatwa (tentang sesuatu) pada mereka, sehingga jika hal tersebut tidak disampaikan kepada mereka ia tidak akan menanggung dosa (kerana dia sudah mengamalkannya terlebih dahulu)."

Kemudian, bagaimana dengan orang yang melarang manusia dari melakukan satu perbuatan haram, sedangkan dia sendiri melakukannya, atau memfatwakan kepada orang untuk melakukan suatu perkara sedang dia sendiri meninggalkannya. Dalam konteks ini, Allah Taala menyelar Bani Israel dengan Firman-Nya :

"Adakah kamu sekalian memerintahkan manusia untuk berbuat kebaikan, tetapi kamu melupakan diri kamu sendiri (dengan tidak melakukan kebaikan), walhal kamu membaca al Kitab, apakah kamu tidak memiliki akal fikiran." - Surah al Baqarah:44

Di antara sikap yang menunjukkan ketaqwaan dan amanah seorang mufti adalah menasihatkan si penanya untuk pergi kepada orang yang lebih arif dari dirinya mengenai satu-satu kemusykilan, tanpa adanya rasa tidak selesa di dalam hati. Suatu masa Ummul Mukminin Aisyah pernah ditanya orang tentang hukum menyapu air di atas kedua khuf (kasut dari kulit), kemudian beliau berkata kepada si penanya, "Pergilah kepada Saidina Ali dan bertanyalah kepadanya, kerana dia lebih mengetahui tentang perkara ini daripada saya, sebab dia pernah bermusafir (berpergian jauh) bersama Rasulullah S.A.W."

Demikian juga, mufti yang amanah dan bertaqwa selalu menghubungi orang-orang yang berilmu pengetahuan dan menjemput mereka untuk bermesyuarat, untuk menambahkan keyakinan dan ketenangan jiwanya tentang satu-satu perkara, seperti yang sering dilakukan oleh Saidina Umar R.A dimana beliau sentiasa menjemput para ulama di kalangan Sahabat Nabi S.A.W untuk diajak bermesyuarat, bahkan terkadang beliau memohon pendapat dari orang yang paling muda diantara mereka seperti Abdullah Ibnu Abbas R.A, seperti katanya, "Apa pendapatmu (Wahai Abdullah), dan jangan merasa segan meskipun umurmu masih muda."

Juga, di antara keluhuran dan kemuliaan akhlak seorang mufti adalah sedia menerima dan memperbetulkan kesalahan dan kesilapannya yang telah lalu. Ini kerana kesediaan untuk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan adalah lebih baik daripada berada berterusan dalam kesalahan. Dia tidak berdosa atas kesilapannya itu, kerana sudah dilakukan mengikut kaedah-kaedah ijtihad, bahkan dia mendapat pahala dari jerih payah ijtihadnya. Dia hanya akan berdosa jika kesalahan fatwanya itu sudah diketahui sejak mula, namun dia tetap bertahan kerana sombong, bongkak dan tidak mahu menerima pandangan orang lain, atau kerana malu akan sindiran manusia, padahal Allah Taala tidak pernah malu atas perkara yang hak.

Para ulama salaf, jika mereka berfatwa, kemudian baru diketahui bahawa fatwanya itu salah, maka mereka akan memaklumkan kesalahan itu kepada khalayak ramai (orang awam) sambil berkata, "Fatwa saya pada hari ini adalah salah", dan mereka tidak peduli dengan apa yang bakal diperkatakan oleh orang ramai.

Di antara akhlak mufti adalah berfatwa dengan apa yang diketahuinya dan berpegang teguh atas fatwanya itu, meskipun boleh menyebabkan kemarahan siapa sahaja, termasuk para penguasa dan pemimpin kerajaan. Kerana apa yang dicarinya hanyalah keredhaan Allah Taala, bukan manusia yang akan kembali menjadi tanah ditelan bumi.

Para imam dan ulama besar terdahulu selalu memfatwakan perkara-perkara yang mengikut ijtihad mereka adalah hak dan kebenaran, meskipun ia bercanggah dengan pendapat dan keinginan penguasa dan pemimpin kerajaan. Mereka berpegang teguh dengan fatwa-fatwa tersebut meskipun harus berdepan dengan ancaman penguasa yang berupa seksaan, penjara atau buang negeri. Tetapi mereka tetap teguh dan bersabar dalam memperjuangkan hak dan kebenaran sesuai dengan agama Allah Taala. Imam Ibn Taymiyyah, misalnya, telah diseksa dan dipenjara berkali-kali selama hidupnya kerana fatwa-fatwanya yang bercanggah dengan kehendak dan keinginan penguasa pada zamannya, sehingga beliau meninggal dunia di dalam penjara. Meskipun ancaman dan seksaan datang silih berganti, tetapi ulama seperti Imam Ibn Taymiyyah tidak pernah menyerah dalam memperjuangkan agama Allah dan tidak mahu menarik kembali fatwa-fatwanya itu, sehingga beliau pernah berkata, "Penjara bagiku adalah khalwat (beribadah kepada Allah), dibuang negeri bagiku adalah hijrah, dibunuh bagiku adalah mati syahid".

Sebelum memulakan kerja-kerja fatwa seorang mufti hendaklah mendekatkan diri kepada Allah Taala, memohon dan meminta petunjuk dan pertolongan dariNya agar mendapat pandangan yang hak dan benar, memohon dijauhkan dari silap dan kesalahan serta ketergelinciran baik ia disampaikan melalui pena mahupun lisan, meminta dipelihara dari dorongan hawa nafsu dan bisik rayu iblis. Baik juga jika dia memulakan perbicaraannya dengan membaca doa yang disebut oleh para Malaikat ketika Allah mempersembahkan kepada mereka makhluk yang bernama Adam.

"Mereka (para Malaikat berkata); Maha Suci Engkau (Ya Allah). Tidak ada apa-apa ilmu pada kami, kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana." - Surah al Baqarah:32

Para ulama salaf telah menyusun beberapa kitab yang menjelaskan syarat-syarat, kewajipan-kewajipan dan adab serta ketertiban yang mesti dimiliki oleh seorang mufti. Di antara kitab-kitab tersebut ialah :
  • "Sifat al Fatwa wa al Mufti wa al Mustafti", karangan Allamah Sheikh Ibn Hamdan al Hanbali.
  • "Al Ahkam fi Tamyiz al Fatawa wa al Ahkam", karangan Imam al Qarafi al Maliki.
  • "Al Faqih wa al Mutafaqqih", karangan Imam Hafiz Abu Bakr al Khatib al Baghdadi.
  • "I'lamul Muwaqqa'in ila Rabb al 'Alamin", karangan Ibn Qayyim al Jawziyah. Dan kitab ini merupakan salah satu kitab yang paling lengkap dan terkenal di seluruh dunia intelektual Islam dalam perkara ini.
Sudah sewajarnya, seseorang yang menampilkan diri untuk berfatwa memiliki dan memahami kitab-kitab tersebut, terutama sekali kitab yang keempat, supaya ia memiliki bekalan yang cukup dan pengetahuan yang luas agar dapat berjalan dengan sempurna dibawah pimpinan cahaya hidayah Allah Taala.

sumber: http://www.tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/mimbar-ulama/304-akhlak-seorang-mufti
Baca Selanjutnya...

Saturday, 30 June 2012

Demokrasi Media


Demokrasi Media  Mendepani PRU 13

1. Berulangkali YAB Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Abd Razak melaungkan transformasi di era kepimpinannya. Asasnya ia adalah satu langkah yang baik untuk sebuah perubahan. Namun malangnya sehingga kini, transformasi itu belum menampakkan sebarang tanda bahawa parti - parti politik yang sah dan dibenarkan bertanding dalam pilihanraya mempunyai akses media yang seimbang dengan parti pemerintah.

2. Rakyat telah menghantar isyarat yang sangat jelas melalui  Bersih dan Bersih 2.0 tempohari, bahawa mereka mahu akses media yang lebih telus dan luas guna mewujudkan ruang dan peluang seimbang serta adil  kepada semua parti yang bertanding dalam pilihanraya.

3. Pilihanraya adalah platform untuk rakyat memilih pemimpin yang bakal membentuk kerajaan dan pentadbiran yang baik ke arah memacu negara bersaing seiring sejalan dengan pertumbuhan ekonomi global dan perkembangan sosial yang pesat serta menguasai iklim politik serantau mahupun antarabangsa.

4. Justeru itu, rakyat terlebih dahulu berhak untuk mendapatkan maklumat dari  parti yang bertanding berkait kewibawaan calon, polisi parti, tawaran dan janji untuk rakyat serta manifesto dan risalah perjuangan parti - parti yang bertanding.

 5. Apa yang berlaku dalam negara kita hari ini, hanya parti pemerintah yang menguasai media samaada cetak atau elektronik. Sementara parti bukan pemerintah dipaksa berpada dengan media lidah rasmi parti yang terhad bilangan dan keluarannya untuk ahli sahaja. 

 6. Fenomena ini tidak sihat untuk sebuah sistem demokrasi yang baik dan subur. Rakyat kelak memilih pemimpin tanpa maklumat yang cukup dan masak sebaliknya lebih bergantung kepada maklumat sebelah pihak dan satu hala. Selayaknya akhbar parti dibenar terbit dan edar secara umum, pula diberi laluan serupa dan seimbang untuk membawa suara perjuangan parti  melalui chanel khas dalam media elektronik.

7. Jika kita berpolitik untuk memajukan negara dan membangunkan minda rakyat, selayaknya rakyat dididik membuat pilihan dan pendirian berasaskan maklumat yang seimbang dan masak. Inilah politik baru yang berkali saya tegaskan. Iaitu politik berteraskan hujjah dan fakta bukan lagi politik tekan, paksa, sogok dan ugut.

 8. Ketidakadilan ini bakal mengundang risiko besar apabila rakyat tertekan dan rasa dinafikan hak mereka bersuara dan hak mereka untuk mendapatkan maklumat secara bebas dan telus. Ia boleh sahaja menjadi bom jangka yang mampu meledak pada bila - bila masa jika terus - terusan rakyat dikongkong. Satu peringkat mereka mungkin boleh dan masih bersabar namun bila tiba saat tertentu, negara terpaksa membayar harga yang tinggi untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat.

 9. Negara maju malah mengamalkan sistem demokrasi telah lama mendahului negara kita dalam pendemokrasian media dan maklumat. Malah sebagai sebuah negara yang meletakkan agama rasminya ialah  Islam, sewajarnya menggalakkan keseimbangan maklumat dan pertumbuhan sumber perbendaharaan ilmu dalam pelbagai bidang yang mampu membina minda dan daya fikir masyarakat kita.

10. Kesalnya saya, apa yang berlaku dalam negara kita hari ini, media untuk membina dan membentuk jalur pemikiran, resam budaya ,  budi peribadi , skima politik dan ekonomi sangat terhad serta terbatas. Sebaliknya majalah picisan, novel separa porno dan akhbar hiburan tanpa kawal berlambak dipasaran dengan kelulusan KDN sedang ia sekali - kali tidak membangunkan harapan negara untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bertamadun dan berkualiti.

Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber:  http://www.eperjuangan.com/2012/06/demokrasi-media.html
Baca Selanjutnya...

Friday, 29 June 2012

SUBSIDI TR1MA - 'LAIN YANG SAKIT, LAIN PULA UBATNYA'


Lain yang sakit, lain pula ubatnya. Begitulah yang dapat ditafsirkan dalan subsidi TR1MA yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi seluruh Malaysia.

Semua masyarakat sedia maklum, masalah sebenar perkhidmatan teksi di Malaysia adalah berleluasanya permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat, berbanding kepada pengusaha teksi individu. Kebanjiran permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat menyaksikan mereka untung ‘atas angin’ di atas penat lelah pemandu teksi.

Sebagai contoh, secara purata kadar sewa teksi sehari adalah RM50. Jika dikumpulkan selama sebulan, ia menjangkau RM1,500 (aama bayaran bulanan kereta 2.4 cc). Sedangkan syarikat hanya membayar sekitar RM 500-RM700 sebulan kepada bank untuk sebuah teksi.

Dengan kata lain, syarikat secara mudah mengaut keuntungan sebanyak RM800/bulan/teksi. Jika sesuatu syarikat itu memiliki 100 buah teksi, mereka secara mudah mereka mengaut keuntungan sehingga RM80,000 tanpa menumpahkan sebarang keringat di jalan raya.

Sedangkan daripada kerajaan berhempas pulas mengeluarkan peruntukan sebanyak RM32 juta setiap tahun kepada pemandu teksi, mengapa tidak kerajaan memansuhkan terus permit teksi kepada syarikat-syarikat dan bertindak sebagai pemudah cara kepada pemandu teksi ini untuk mendapatkan permit teksi individu.

Jika ini dapat direalisasikan pemandu teksi ini dapat menjana pendapatan tambahan sekurang -kurangnya RM800 sebulan dengan hanya membayar bayaran teksi secara sewa beli kepada pihak bank yang mana jauh lebih murah daripada kadar sewaan teksi oleh syarikat. Kerajaan juga dapat menjimatkan peruntukan RM32 juta tadi untuk perkara lain yang lebih penting.

Dengan wang lebihan tadi, pemandu teksi mampu melakukan penyelenggaran dan mencantikkan teksi mereka lagi. Jika teksi mereka cantik dan diselenggara secara sempurna, maka makin ramai akan memilih perkhidmatan mereka.

Dengan keadaan sekarang di mana limpahan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT, monorail, teksi dilihat tidak lagi menarik untuk dinaiki, maka jika mereka ini diberikan permit individu, rasa kepunyaan atau ‘self of belonging’ akan dapat diterapkan kepada mereka.

Justeru itu, mereka akan merasa teksi itu adalah perniagaan mereka dan mereka akan mengusahakan perniagaan mereka secara bersungguh-sungguh dalam menghadapi persaingan semasa.

Akhir kalam, kerajaan perlu melihat pendekatan jangka panjang daripada melakukan pendekatan jangka pendek dan bersifat popular semata. Hanya kerana untuk membeli undi pemandu teksi, kerajaan sanggup berhabis RM32 juta, berbanding memberikan mereka permit teksi yang mana dapat memberi pendapatan tambahan sehingga RM10,000 setahun kepada pemandu teksi.

Adalah malang, selepas penubuhan Spad sebagai teraju kepada pengangkutan awam darat, kerajaan masih gagal menelusuri permasalahan sebenar pemandu teksi ini. Yang lebih malang lagi, yang sakitnya PERMIT, tapi ubatnya adalah TAYAR. Itulah pemikiran kerajaan 1Malaysia.



MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR adalah lulusan BBA (Hons) Transport,UiTM, DBS (Transport) UiTM. Beliau merupakan penyelidik untuk kajian pengangkutan awam dan bas henti-henti kerajaan negeri Terengganu.


Sumber: http://tuanibrahim.blogspot.com/2012/06/subsidi-trima-lain-yang-sakit-lain-pula.html
Baca Selanjutnya...

Thursday, 28 June 2012

Malaysia di Ambang Kebengkrapan

Selepas 55 tahun pemerintahan, hutang negara kerajaan BN adalah kira-kira mencecah 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Keterhutangan Malaysia telah meningkat kira-kira 1% setiap tahun. Tetapi kewangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Awang Adek Hussin masih menegaskan bahawa tahap hutang kita masih terkawal "Ia tidak pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had diri yang dikenakan oleh kami atau ambang adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Dia tambahnya. paras hutang negara pada tahun 2007 adalah RM266 bilion tetapi meningkat kepada RM456 bilion pada tahun 2011 (53.8%). Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hutang itu meningkat oleh lompatan dan terikat selepas Mac 2008. Dengan penduduk seramai 28 juta, setiap rakyat Malaysia menanggung RM16000 hutang negara. Ini adalah apa yang kerajaan boleh menunjukkan selepas 55 tahun pemerintahan berterusan tanpa gangguan.

Selain Jika kita mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan persekutuan, pendedahan jumlah hutang kerajaan persekutuan mencecah RM573 bilion pada 2011 (bersamaan 67 peratus daripada KDNK). Ini adalah situasi yang membimbangkan memandangkan krisis hutang di Eropah dan Amerika Utara. Bagaimana tanah kerajaan dalam situasi ini? Berikut adalah beberapa skandal, perbelanjaan yang tidak dikira dan rosak amalan pemerintahan BN selama 55 tahun yang telah membawa hutang negara semasa.

1. Bekas Kerja Menteri, Datuk Seri S. Samy Vellu pernah berkata di Parlimen bahawa kerajaan telah digantikan dengan sejumlah RM38.5 bilion kepada 20 syarikat lebuh raya. RM1.3 bilion telah dibazirkan membina Kastam gajah putih, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) kemudahan bagi pembatalan jambatan indah Malaysia-Singapura. Selepas melengkapkan pembinaan lebuh raya dengan wang pembayar cukai syarikat konsesi tol mengutip tol dari 30-60 tahun.
2. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa Bank Negara telah kehilangan RM30 bilion dalam perdagangan pertukaran asing pada tahun 1990-an. Yang merupakan manipulator di belakangnya? (Menteri Kewangan Kedua, Nor mohamad yacub adalah bertanggungjawab bagi perdagangan Forex Bank Negara pada masa itu)3. Skandal Bank Bumiputra berkembar pada awal tahun 1980-an menyaksikan AS $ 1 bilion (RM3.2 bilion pada tahun 2008 ringgit)
4. Percubaan Maminco ke sudut pasaran dunia bijih timah pada 1980-an dipercayai telah menelan belanja kira-kira AS $ 500 juta. (RM1.6 bilion)
5. Perwaja Steel menyebabkan kerugian sebanyak AS $ 800 juta (RM2.56 bilion). Eric Chia, didakwa dengan rasuah untuk didakwa menerajui AS $ 20 juta (RM64 juta) kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong
6. Menggunakan RM10 bilion dana awam di Sdn Valuecap. Bhd. Operasi untuk menyokong pasaran saham.
7. Skandal perbankan RM700 juta kerugian dalam Bank Islam
8. Penjualan daripada M.V. Agusta oleh Proton untuk satu Euro membuat kehilangan € 75,99 juta (RM 348 juta)
9. Untuk 10 tahun yang lalu sejak Philharmonic Orchestra telah ditubuhkan, orkestra ini telah menelan sejumlah RM500 juta
10. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM3.2 bilion dalam pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dalam tempoh lima tahun yang lalu. Daripada jumlah itu, kerajaan telah membayar kekalahan RM2.21 bilion untuk pembelian maklumat dan teknologi komputer (ICT) peralatan yang tidak dapat memberi pecahan. Keseluruhan projek telah dibatalkan11. Komisen yang dibayar untuk pembelian jet dan kapal selam kepada dua buah syarikat swasta Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta.12. RM 100 juta bagi pengubahsuaian bangunan Parlimen dan kebocoran
13. Program Angkasawan Negara - RM 40 juta
14. Program Latihan Khidmat Negara - tahunan anggaran sebanyak RM 500 juta15. Eye On Malaysia - RM 30 juta dan RM5.7 juta lagi tiket percuma
16. RM 4,63 bilion, lembut-pinjaman 'kepada PKFZ
17. RM 2.4 juta dakwat kekal
18. RM32 juta sogokan eksport kayu balak yang melibatkan syarikat-syarikat yang disambungkan kepada Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya.
 Penyelamatan19. Dua penyelamatan Malaysia Airline System RM7.9 bilion
20. Sistem pengangkutan Putra (PWTC), yang bernilai RM4.486 bilion
21. STAR-LRT bailout bernilai RM3.256 bilion
22. Sistem Pembetungan Negara yang berharga RM192.54 juta
23. Seremban-Port Dickson Highway berharga RM142 juta
24. Penjara Kuching bernilai RM135 juta
25. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bernilai RM8.3 juta.
26. Le Tour de Langkawi bernilai RM 3,5 Juta
27. Pengedaran borong berpuluh-puluh juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di sebalik DEB untuk kroni, anak-anak dan saudara-mara pemimpin BN dan Menteri-Menteri yang bernilai berbilion-bilion ringgit.
28. Skandal AP telah berlaku tahun selepas tahun akan kembali selama lebih daripada tiga dekad, melibatkan jumlah sukar dibayangkan sejumlah wang berpuluh-puluh bilion ringgit
29. Pemberimilikan berpuluh-puluh ribu hektar tanah komersil dan konsesi perhutanan kepada anak-anak dan saudara-mara pemimpin BN dan Menteri-Menteri yang bernilai berpuluh-puluh bilion ringgit.
30. Perjalanan di seluruh Malaysia dan lihat sendiri berapa banyak gajah putih seperti gerbang megah, jalan berturap dengan batu bata khayalan, tiang lampu pereka, menara jam, bangunan Majlis Perbandaran yang kelihatan seperti Istanas, boros tempat ibadat, membaikpulih kediaman VIP, ditinggalkan atau kurang digunakan kerajaan kompleks sukan dan bangunan, dll! Digabungkan mereka dengan mudah boleh berjumlah beratus-ratus bilion ringgit!
31. Pembaziran dan dagangan hadapan minyak Petronas pada 1990-an berdasarkan harga minyak yang rendah kemudian. Sejak akaun Petronas adalah untuk mata Perdana Menteri sahaja, kita perlu benar-benar tidak tahu jumlah. Sebarang jumlah yang anda buat taruhan adalah COLLOSSAL!

Terdapat banyak lagi skandal yang tidak terdedah kepada orang awam Malaysia. Kerajaan UMNO BN telah tidak belajar apa-apa pengajaran dan terus membelanjakan seolah-olah mereka dilahirkan untuk memerintah negara ini. Baru-baru ini 250 juta Shahrizat Jalil NFC penipuan adalah satu lagi kes di mana wang telah diberikan hanya untuk menghabiskan Shahrizat Jalil cara dan keluarganya mahu. Tiada prosedur yang betul dan tarikh akhir untuk membayar balik semula?

Walaupun semua skandal dan pembaziran, India di Malaysia dinafikan hak walaupun asas. Oleh itu, ini kerajaan yang kita mahu tinggalkan untuk anak-anak dan cucu kita? Mendaftar sebagai pengundi dan bertindak sekarang. ia sekarang atau tidak.
Sumber: http://sitizailah.blogspot.com/2012/03/malaysia-di-ambang-kebengkrapan.html
Baca Selanjutnya...

Wednesday, 27 June 2012

Haji, pilihan raya dan Umno


Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan. Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun. Maka mengadakan pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.

Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihanraya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihanraya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya. Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat. Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.

PAS tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.

Saya telah menjelaskan hujah syarei dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu feqah politik yang tidak ada sedikit pun. Allah pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Firman Allah:

أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19

(Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan Allah (menegakkan agamanya )? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ).

Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.

Firman Allah:

إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا . (النساء ).

Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.)

Maka pilihanraya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat Allah menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati Allah dan Rasul.
Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.
PAS hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa. PAS tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya, kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap PAS melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut.

Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji. Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya. Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.
Harapan PAS kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji. Tema politik itu kotor (politic is dirty), adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat. Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah Allah yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat Allah kepada seluruh alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada Allah, bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan Allah di padang Mahsyar.

Presiden PAS

Sumber: http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=386:haji-pilihan-raya-dan-umno&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56
Baca Selanjutnya...

By Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
 
HAJI, PILIHANRAYA DAN UMNO.
Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan. Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun. Maka mengadakan pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.

Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihanraya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihanraya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya. Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat. Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.

PAS tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.

Saya telah menjelaskan hujah syarei dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu feqah politik yang tidak ada sedikit pun. Allah pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Firman Allah:

أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19

(Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan Allah (menegakkan agamanya )? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ).

Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.

Firman Allah:

إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا . (النساء ).

Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.)

Maka pilihanraya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat Allah menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati Allah dan Rasul.

Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.

PAS hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa. PAS tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya, kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap PAS melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut.

Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji. Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya. Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.

Harapan PAS kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji. Tema politik itu kotor (politic is dirty), adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat. Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah Allah yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat Allah kepada seluruh alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada Allah, bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan Allah di padang Mahsyar.
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket