Sunday, 8 July 2012



DAFTAR SEBAGAI PEMILIH

SUBSIDI TR1MA - 'LAIN YANG SAKIT, LAIN PULA UBATNYA'


5 Sya'ban 1433 H | 25 June 2012

Malaysiakini

Lain yang sakit, lain pula ubatnya. Begitulah yang dapat ditafsirkan dalan subsidi TR1MA yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi seluruh Malaysia.

Semua masyarakat sedia maklum, masalah sebenar perkhidmatan teksi di Malaysia adalah berleluasanya permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat, berbanding kepada pengusaha teksi individu. Kebanjiran permit teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat menyaksikan mereka untung ‘atas angin’ di atas penat lelah pemandu teksi.

Sebagai contoh, secara purata kadar sewa teksi sehari adalah RM50. Jika dikumpulkan selama sebulan, ia menjangkau RM1,500 (aama bayaran bulanan kereta 2.4 cc). Sedangkan syarikat hanya membayar sekitar RM 500-RM700 sebulan kepada bank untuk sebuah teksi.

Dengan kata lain, syarikat secara mudah mengaut keuntungan sebanyak RM800/bulan/teksi. Jika sesuatu syarikat itu memiliki 100 buah teksi, mereka secara mudah mereka mengaut keuntungan sehingga RM80,000 tanpa menumpahkan sebarang keringat di jalan raya.

Sedangkan daripada kerajaan berhempas pulas mengeluarkan peruntukan sebanyak RM32 juta setiap tahun kepada pemandu teksi, mengapa tidak kerajaan memansuhkan terus permit teksi kepada syarikat-syarikat dan bertindak sebagai pemudah cara kepada pemandu teksi ini untuk mendapatkan permit teksi individu.

Jika ini dapat direalisasikan pemandu teksi ini dapat menjana pendapatan tambahan sekurang -kurangnya RM800 sebulan dengan hanya membayar bayaran teksi secara sewa beli kepada pihak bank yang mana jauh lebih murah daripada kadar sewaan teksi oleh syarikat. Kerajaan juga dapat menjimatkan peruntukan RM32 juta tadi untuk perkara lain yang lebih penting.

Dengan wang lebihan tadi, pemandu teksi mampu melakukan penyelenggaran dan mencantikkan teksi mereka lagi. Jika teksi mereka cantik dan diselenggara secara sempurna, maka makin ramai akan memilih perkhidmatan mereka.

Dengan keadaan sekarang di mana limpahan pengangkutan awam seperti bas, komuter, LRT, monorail, teksi dilihat tidak lagi menarik untuk dinaiki, maka jika mereka ini diberikan permit individu, rasa kepunyaan atau ‘self of belonging’ akan dapat diterapkan kepada mereka.

Justeru itu, mereka akan merasa teksi itu adalah perniagaan mereka dan mereka akan mengusahakan perniagaan mereka secara bersungguh-sungguh dalam menghadapi persaingan semasa.

Akhir kalam, kerajaan perlu melihat pendekatan jangka panjang daripada melakukan pendekatan jangka pendek dan bersifat popular semata. Hanya kerana untuk membeli undi pemandu teksi, kerajaan sanggup berhabis RM32 juta, berbanding memberikan mereka permit teksi yang mana dapat memberi pendapatan tambahan sehingga RM10,000 setahun kepada pemandu teksi.

Adalah malang, selepas penubuhan Spad sebagai teraju kepada pengangkutan awam darat, kerajaan masih gagal menelusuri permasalahan sebenar pemandu teksi ini. Yang lebih malang lagi, yang sakitnya PERMIT, tapi ubatnya adalah TAYAR. Itulah pemikiran kerajaan 1Malaysia.


MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR adalah lulusan BBA (Hons) Transport,UiTM, DBS (Transport) UiTM. Beliau merupakan penyelidik untuk kajian pengangkutan awam dan bas henti-henti kerajaan negeri Terengganu.
Baca Selanjutnya...

Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13

Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13
Idris Haji Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiah
21/6/12
Sebagai sebuah sebuah Harakah Islamiah dan gerakan politik, Pas  bergerak dijaluran dakwah dan politik yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Inilah satu keunikan Pas di negara ini yang bergerak sebagai sebuah  gerakan Islam dan gerakan politik di negara ini. Sekiranya Pas hanya bergerak sebagai sebuah parti poliitk sahaja maka sudah lama Pas tersungkur di pertengahan jalan, sebagai nasib parti-parti politik pembangkang di negara ini. Namun alhamdulilah Pas mampu bergerak dan menjadi pencabar utama kepada Umno di negara ini terutamanya. Walaupun Pas belum lagi mendapat kuasa di peringkat  pusat, namun ia telah berjaya melakarkan politik yang ternama di negara ini.
Satu kelebihan yang ada kepada Pas ialah ketika Pas menggerakkan tenaga parti ia hanya berbekalkan tarbiah kepada ahlinya. Mereka bekerja tanpa diupah dan dipaksa. Bekerja atas kerelaan hasil lonjakan iman yang membara di dada.

Pengertian Tarbiah Harakiah
Tarbiah harakiah bererti tarbiah  yang menjuruskan kepada pembinaan peribadi dan jamaah. ia bukan sekadar untuk menjadi fardu Muslim (individu Muslim) yang baik malahan ia menjadi mujtamak muslim ( masyarakat Muslim). Tidak dinamakan Tarbiah Harakiah jika hanya untuk memperbaiki dirinya sedangkan masyarakat sekeliling berada di dalam kefasadan. Tarbiah  harakiah mengharungi dan mempengaruhi semua manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka terdiri daripada berbagai latar belakang. Apabila mereka ini bersama dengan kita maka di sini berlakulah proses pembinaan mereka dalam jamaah

Kepentingan Tarbiah Harakiah
@Tarbiah Harakiah akan melahirkan ahli yang mengutamakan jamaah dan perjuangan berbanding dengan kepentingan peribadi.
@Tarbiah Harakiah melatih individu yang kental supaya dapat berhadapan dengan berbagai tribulasi dan mehnah
@Ia berusaha untuk membawa manusia mengenal Allah dan sistemnya yang lengkap

@ Ia akan melahirkan rijaluddakwah (lelaki dakwah) supaya jamaah kaya dengan petugas untuk menarik manusia lain bersama dengan kita . Sekiranya kita mampu melahirkan petugas yang bekerja kearah ini maka untuk melihat suasana Islam akan dapat dijelmakan dalam masyarakat. Sebaliknya kalau kita miskin dan faqir orang yang berkerja kearah itu maka kita sukar untuk menggerakkan parti dan jentera.
Oleh kerana kerja pilihanraya memerlukan kemampuan dan semangat yang waja, kerana kerja ini memerlukan beberapa pra syarat untuk Berjaya.  Nature pilihanraya memerlukan beberapa perkara asas,  jentera, tenaga, strategi dan bantuan Allah SWT
@ Jentera

Pilihanraya memerlukan kepada jentera parti yang kemas daripada Peringkat Pusat hingga kepada lokaliti (kampung). Ini adalah perkara asas di dalam gerak kerja parti. Walau pun kadang-kadang berlaku tsunami politik dan faktor penolak, ketika itu tidak perlu lagi kepada panduan bilik gerakan dan cula. Faktor ini hanya kadang- kadang bukan kebiasaan. Walaubagaimana pun teras kepada kejayaan masih lagi faktor jentera. Kerana jenteralah yang akan berusaha untuk mengubah persepsi pengundi. Menjadi kelaziman di dalam satu lokaliti yang terdapat 100 pengundi, yang menjadi pengundi tegar antara Pas dan Umno hanya 40 orang, sedangkan 60 lagi mereka yang berada di atas pagar. Goloangan inilah yang perlu diubah untuk beralih sokongan kepada Pas. Jikalau Pas lemah dari segi jentera macam mana ia boleh untuk menarik sokongan.

 @ Strategi
Pilihanraya ialah seni dan strategi untuk menguasai pengundi. Sebagai sebuah Parti Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, Ijamak dan Qias, kita tidak pernah lari daripada asas ini. Walaupun matlamat kita hendak menang,  strategi yang kita atur masih tidak lari daripada perkara tersebut. Segala permasalahan hukum dan strategi mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak yang bertindak sebagai Lembaga Penapis. Contohnya ijtihad politik seperti Tahalluf Siasi dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Pas bertahalluf siasi kerana hendak menentang perkara zalim dan memperjuangkan maslahah umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Pas berdalilkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi  setelah seorang lelaki dai kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia minta pertolomgan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpai degannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Juod’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Rasulullah SAW telah bersabda Bermaksud
” Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hilfu al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jud’an satu pakatan yang amat aku sukai kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”

Setakat hari ini tidak ada yang rugi apabila Pas bertahaluf. Mereka yang jahil Feqh Politik  sahaja yang mengatakan Pas sudah tergelincir. Mereka hendak menyamakan Pas dengan Umno yang berkawan dengan MCA, MIC (BN). Sedangkan Pas di dalam Pakatan Rakyat bertahaluf tidak menggadaikan Islam, sedangkan Umno bersama rakan bukan Islam gagal untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam. Boleh dikatakan setiap hari pemimpin MCA menghina Islam, Umno membisu. Ini adalah petanda aras Umno merestui tindakan MCA yang biadab dengan Islam. Semua orang menilai antara ucapan dua pemimpin bukan Islam di dalam satu forum yang diadakan pada 18 feb 2012.

Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek dengan bangga mengatakan “Kita orang cina.berani menentang-menentang dan melawan  Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini…?. Ini pula jawapan YAB Lim Guan Eng. “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang Pas tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”.

@Tawakkal dan Nusrah Daripada Allah
Setelah berusaha dan melaksanakan dengan sebaik mungkin, kemudian penyerahan diri kepada Allah SWT adalah perkara kemuncak dalam gerak kerja pilihanraya. Maksud Firman Allah SWT “Apabila kamu berusaha , maka Tawakkal kepada Allah SWT”

Unsur-Unsur Tarbiah Harakiah
@ Kefahaman yang mendalam kepada perjuangan
@Manhaj yang tersusun
@Pemimpin yang berkualiti
@Persekitaran yan baik
@Ahli yang istiqamah
@Organisasi yang kukuh
@Program yang teratur
@Wala dan Taat
@Syura

Ciri-Ciri Petugas PRU Haraki
@Sentiasa wala dan taat
@Berilmu
@Bertawakkal kepada Allah SWT
@Beriman bahawa kerja adalah ibadah dan menjadi amal soleh
@Bersedia untuk menerima ilmu-ilmu baru dalam gerak kerja pilihanraya
@Bersedia menerima arahan
@Berwawasan
@Multazim dengan akhlak Islam
@Thabat
@Amanah
@Sabar ketika menjalankan tugas
@Berkemahuan
@Mencari kerja bukan hanya tunggu kerja
@Optimis
@Yakin pembalasan Allah SWT
@Tidak ada rasa kecewa.
@Banyak bertindak daripada bercakap
@Elak bertengkar
@Meraikan kelemahan sahabat dan tampung kekurangannya
@Bijak memilih mana keutamaan, yakni penting perlu disegerakan, penting tidak perlu disegerakan.

Program Tarbiah Untuk Petugas Pilihanraya
@Usrah bincang tajuk jihad, uslub dakwah, wala, kerahsiaan
@Tamrin tajuk pengisian “Kerja Pilihanraya Satu Jihad”, “Pendekatan Dan Strategi Pilihanraya”, “Tahalluf Siasi”
@Al-Quran wajib dibaca walaupun sibuk
@Solat hajat cara fardiah atau jamaah
@Zikir dan doa mathur
@Qiamullail kerana ini adalah masa yang paling terbaik untuk bermunajat
Kesimpulan
Walaupun kita hendak menghadapi pilihanraya, masalah tarbiah jangan dikesampingkan
Baca Selanjutnya...
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
SEMAKIN LAMBAT PRU, SEMAKIN BANYAK SKANDAL PM TERDEDAH
16 Sya'baan 1433 bersamaan 06 Julai 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu skandal campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM 960 juta  yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent menandakan negara ini bakal menuju kehancuran.
Dalam pendedahan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR mendakwa laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan. George Kent juga didakwa tidak ada kepakaran membina projek LRT dan hasil rekod projek syarikat George Kent juga membuktikan bahawa syarikat ini hanya pernah mengendalikan projek bernilai RM 40 juta yang tidak memenuhi kriteria projek LRT Ampang yang bernilai RM 1 bilion ringgit.
DPPM merasakan campurtangan PM dalam urusan pengendalian projek ini amat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Soalnya, apakah PM mahu menggadaikan keselamatan orang awam dengan syarikat yang tidak memenuhi spesifikasi projek? Mengapa begitu beriya-iya PM menganugerahkan projek kepada syarikat ini walhal telah dilaporkan bahawa syarikat ini sememangnya tidak layak mendapat projek ini? Adakah sesuatu kepentingan lain diperolehi oleh PM atau ahli keluarganya melalui penganugerahan projek ini?
Dalam hal ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menutup mata melihat skandal sebesar ini berlegar di depan mata tanpa tindakan. Skandal ini menguji integriti badan itu dan mahu melihat sejauh mana wibawanya bagi mengendalikan skandal sebesar ini. Namun demikian, ramai boleh mengagak bagaimana kesudahan episod kisah ini dan siapa yang akan untung dan terselamat, sebaliknya siapa pula yang bakal terjerat dan disiasat.
Kesemua pendedahan ini menunjukkan bahawa sudah sampai masanya era pemerintahan BN berakhir kerana para pemimpin negara pada hari ini sudah terlalu bermasalah dan berpenyakit. Dalam beberapa bulan akan datang, entah berapa banyak lagi projek sulit akan didedahkan yang menggemparkan dan mensensasikan negara. Nampaknya semakin jauh PRU ke 13 berlangsung semakin banyak tembelang beliau pecah dan semakin sukar beliau menepis segala dakwaan yang dihadapkan kepada dirinya.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Baca Selanjutnya...

Saturday, 7 July 2012

Umno perlu laksana hudud seluruh negara


Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman
SHAH ALAM – Umno diminta membincangkan cadangan melaksanakan hudud yang dikemukakan seorang Adun Johor untuk pelaksanaan di seluruh negara, bukan Johor sahaja.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, sebagai parti yang mendominasi pemerintahan negara, Umno mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian termasuk memahamkan orang bukan Islam mengenai kesempurnaan hudud.

"Ini penting. Kita tidak mahu orang bukan Islam terus salah faham," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, isu hudud tidak boleh dibincangkan dan dilaksanakan di negeri tertentu sahaja.

"Ia akan buat keadaan jadi lebih rumit jika hanya dilaksanakan di negeri tertentu tetapi tidak di negeri lain," katanya.

Antara kerumitan itu, kata Abdul Rahman termasuk isu perbezaan dalam undang-undang Islam yang boleh menimbulkan lebih banyak salah faham terutama bagi bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Adun Kemelah, Johor, Datuk Ayub Rahmat pada persidangan Dun negeri itu 20 Jun lalu mencadangkan supaya Johor jadi negeri pertama melaksanakan undang- undang hudud yang sebenar.

Ini berikutan undang-undang hudud yang digubal oleh Pas dan diluluskan oleh dua Dun Kelantan dan Terengganu, masing-masing pada 1993 dan 2003 dianggap tidak menepati hukum Islam yang sebenar.

Abdul Rahman bagaimanapun berkata banyak perkara yang perlu diperhalusi supaya pelaksanaan hudud menepati prinsipnya, dapat diterima dan dihormati oleh semua anggota masyarakat termasuk bukan Islam.

Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad mengingatkan semua pihak supaya jangan mempolitikkan isu hudud termasuk cadangan Adun berkenaan kerana melaksanakan undang-undang yang berpaksi al-Quran dan hadis adalah perintah ALLAH SWT.
"Setiap orang Islam wajib terima hudud atau apa saja perintah ALLAH SWT. Jangan politikkan perintah ALLAH," tegasnya.

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/umno-perlu-laksana-hudud-seluruh-negara-1.63132?localLinksEnabled=false
Baca Selanjutnya...

BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
KENAPA AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Kerana kedua-duanya adalah sumber rujukan muktamad bagi umat Islam. Seorang muslim sebenar ialah yang berpegang-teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dalam segenap aspek kehidupannya termasuk dalam aspek politik. Merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah wajib. Allah berfirman;

”Jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuknya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) Rasul jika kamu bena-benarr beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tindakan demikian adalah paling baik (bagi kamu) dan paling elok akibatnya” (Surah an-Nisa’, ayat 59).

Kedua-dua al-Quran dan as-Sunnah adalah penyelamat kaum muslimin dari kesesatan. Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”.(Hadis soheh, riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Lihat hadis ini dalam kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111.).

APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Ya. (Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89). Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut. (Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksanakan Syari’at Allah sepenuhnya, menjauhi kezaliman, menegakkan keadilan, melaksanakan hukum-hukum Jenayah Islam (hudud), membenteras riba, judi, arak dan maksiat, mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran di mana semua tuntutan ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik atau pemerintahan. (Ketiga) Berpolitik adalah sunnah Nabi s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi Ketua Negara selama 11 tahun di Madinah. Sepanjang 11 tahun tersebut, baginda tidak memerintah rakyatnya melainkan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Selepas kewafatannya, kepimpinan baginda diganti pula oleh Khulafak Rasyidin. Mereka mengganti baginda sebagai Ketua Negara, bukan sebagai Ketua Agama. Jika politik bukan dari agama, sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafak Rasyidin tidak akan melibatkan diri dengan politik, sebaliknya menumpukan hal-hal agama dan kerohanian sahaja.

APA HUKUM ORANG YANG BERKATA; ”POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”?

Ucapan tersebut bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ucapan itu cuba menafikan kesyumulan ajaran Islam yang meliputi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik. Ia juga bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w. yang berpolitik semasa hayatnya. Orang yang mengeluarkan ucapan tersebut adalah jelas berfahaman Sekular. Jika ia seorang pemimpin, wajib umat Islam menolak pemimpin sepertinya. Dalam pengundian, haram ke atas umat Islam mengundinya. Jika ucapan tersebut menjadi pegangan sebuah Parti Politik, haram umat Islam menyertai Parti tersebut dan menyokongnya. Fahaman Sekular (termasuklah dalam aspek politik) telah disepakati oleh sekelian ulamak Islam hari ini sebagai haram, sesat bertentangan dengan Aqidah Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah.

ADAKAH POLITIK SATU IBADAH?

Ya, politik akan menjadi sebahagian dari ibadah jika cara jika cara kita berpolitik adalah mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah, maka politik kita tidak akan menjadi ibadah, malah berdosa kerana kita mengenepikan Syariat Allah. Menurut sekelian ulamak; setiap perbuatan kita akan menjadi ibadah jika memenuhi dua syarat; (pertama) dilakukan kerana Allah, (kedua) mengikut Syari’at Allah (yakni al-Quran dan as-Sunnah). Jika kita berpolitik kerana Allah dan semasa berpolitik kita mematuhi Syariat Allah (antaranya tidak memberi dan menerima rasuah politik yang berleluasa hari ini), maka politik kita adalah ibadah dan mendapat pahala.

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AS-SUNNAH?

Iaitu dengan kita menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kita dalam berpolitik. (Pertama) Dari sudut tujuan dan matlamat kita berpolitik, hendaklah selari dengan matlamat politik al-Quran dan as-Sunnah. (Kedua) Dalam melantik pemimpin, hendaklah kita melantik pemimpin yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. (Ketiga) Seorang pemimpin apabila telah dilantik, wajiblah ia memimpin rakyatnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. (Keempat) Rakyat hendaklah sentiasa memuhasabah pemimpinnya dengan menilainya berpandukan kehendak al-Quran dan as-Sunnah. (Kelima) Kedua-dua pemimpin dan rakyat hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan.

APAKAH MATLAMAT BERPOLITIK MENGIKUT MANHAJ AL-QURAN DAN AS-SUNNAH?

Iaitu untuk menegakkan Syari’at Allah (yakni peraturan dan hukum-hakam Allah) di dalam negara dan memimpin rakyat berdasarkan Syari’at tersebut. Dalam pengertian yang lain, untuk menegakkan sebuah kerajaan yang melaksanakan Syari’at Islam. Matlamat ini menepati tugas Khalifah (penguasa) yang ditegaskan Allah kepada Nabi Daud di dalam al-Quran;

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah (penguasa) di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum Syari’at) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah kamu menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah”. (Shad; 26)

KENAPAKAH MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH AMAT PENTING DI DALAM NEGARA?

Agar negara kita sentiasa dijaga oleh dilimpahi barakah oleh Allah. Negara yang diberkati Allah ialah negara yang penduduknya bertakwa dan makna takwa ialah mematuhi perintah Allah (yakni Syari’atNya) dan menjauhi maksiat serta munkar. Firman Allah;

”Sekiranya penduduk suatu negeri atau negara itu, mereka beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi, akan tetapi mereka mendustakan (ajaran Rasul kami), maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. (al-A’raf; 96)

APA AKIBAT PENGABAIAN HUKUM SYARIAT DI DALAM NEGARA?

Pengabaian Syari’at Allah yang berterusan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah memperingatkan kita bahawa kehancuran umat-umat terdahulu adalah kerana dosa-dosa yang mereka lakukan walaupun negara mereka makmur dan mewah. Firman Allah;

“Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain”. (al-An’am; 6)

Kebinasan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk gempa bumi, ribut taufan, penyakit dan sebagainya. Ia boleh berlaku dalam bentuk keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, tekanan hidup yang melampau, porak-perandanya institusi keluarga dan pelbagai lagi musibah maknawi yang merosakkan ketenteraman hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan. Hari ini kita sedang berhadapan dengan bibit-bibit kebinasaan dalam bentuk yang kedua tersebut. Jika kita lambat menyedari kesilapan kita dan lambat kembali kepada Allah, tidak mustahil kita akan melihat kebinasaan yang lebih teruk dalam masyarakat kita.

KENAPAKAH PERLU KUASA POLITIK UNTUK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH?

Kerana Syari’at Islam bukan sahaja menyentuh hal-ehwal peribadi dan rohani (seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya), tetapi juga menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara seperti membenteras kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, pengharaman riba, arak, judi, penzinaan, perlaksanaan hudud (hukuman bagi pencuri, penzina, perompak yang disebut di dalam al-Quran dan sebagainya) dan mencegah maksiat dan kemungkaran yang amat dititik-beratkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.

Hukum-hakam yang menyentuh hal-ehwal masyarakat, kerajaan dan negara di atas mustahil dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik. Hari ini kita melihat dalam negara kita maksiat dan munkar berleluasa (ada di antaranya diluluskan oleh undang-undang), tv dan media masa tidak terkawal mengikut Syariat Islam, perlembagaan negara tidak mengikut prinsip al-Quran, undang-undang negara juga tidak berdasarkan Syari’at Islam (termasuk dalam hal jenayah) dan pemimpin-pemimpin juga tidak mengikut akhlak Islam (rasuah, pecah amanah, hidup bermewah-mewah, membazir). Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya kerana pemerintahan negara kita hari ini tidak tertegak atas dasar politik Islam, iaitu politik yang bermatlamatkan untuk menegakkan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam.

BENARKAH ALLAH MEMERINTAHKAN NABI MUHAMMAD S..A.W. SUPAYA BERDOA MEMOHON KUASA POLITIK?

Ya. Kerana pentingnya kuasa politik untuk melaksanakan Syari’at Allah dan tuntutan agama Islam, maka Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. agar berdoa memohon diberikan kuasa. Allah berfirman;

“Dan pohonkanlah (wahai Muhammad dengan berdoa): wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang dapat menolongku”. (al-Isra’; 80)

Menurut ulamak-ulamak Tafsir (antaranya Imam Qatadah, Ibnu Jarir dan Ibnu Katsir), Allah menyuruh Nabi Muhammad memohon kekuasaan kerana hanya dengan kekuasaan baginda akan dapat melaksanakan Kitab Allah, hudud-hududNya, perkara-perkara yang difardhukanNya dan membantu menegakkan agama Allah. (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Isra’, ayat 80)

***والله أعلم بالصواب***
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Baca Selanjutnya...

Friday, 6 July 2012

Akidah dan Kepimpinan


Politik yang dimaksudkan dengan kepimpinan itu ialah bermuamalah dengan tabiat manusia dan melakukan sesuatu yang berkesan terhadap tingkah laku mereka serta mengarahkan mereka ke arah matlamat yang nyata dengan cara yang menjamin ketaatan, kepercayaan dan penghormatan. Perkataan akidah ditadbirkan oleh al Quran dengan iman yang menjadi dasar yang dibina di atas hukum syariat dalam segala aspeknya.

Kepimpinan dalam konteks Harakah Islamiyyah mempunyai hubungan yang erat dengan akidah. Gerakan Islam di sepanjang sejarah kegemilangannya lebih menumpukan kekuatan akidah sebagai ciri paling utama di samping ciri-ciri yang lain yang melibatkan pendokongnya dan menjadi lebih penting di peringkat pimpinan. Kerana perjuangan ke arah yang menyentuh perubahan jiwa dan sikap manusia itu mestilah dilahirkan dari akidah yang bersebati di dalam jiwa.

Peranan pimpinan amat penting dalam gerakan Islam, peranannya tidak boleh dilaksanakan dengan sempurna tanpa syakhsiah kepimpinan yang sebenarnya walaupun mempunyai kepetahan bercakap dan kemampuan ilmu. Walaupun sifat-sifat lahiriyyah itu tidak dinafikan pentingnya, seseorang pemimpin itu hendaklah menyedari betapa besar dan beratnya amanah yang dipikul, tidak boleh dilaksanakan tanpa pertolongan Allah dan bagi meminta pertolongan itu perlukan kebersihan jiwa yang lahir dari kekuatan dan kemurnian aqidah yang dibina dengan amalan-amalan yang soleh.

Firman Allah Taala:

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)."

"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang." - Surah al Maidah:55-56

Persediaan Pemimpin Dalam Membentuk Syakhsiah

Peranan pemimpin dalam gerakan Islam bukannya penyebar dakyah yang hanya bergantung kepada kata-kata yang indah dan gaya yang menarik, tetapi mereka adalah pendakwah yang membentuk ummah atau pembantu ke arah itu sehingga ke peringkat menegakkan Negara Islam yang memungkinkan Islam itu dilaksana dengan syumulnya. Walaupun terdapat sifat semula jadi yang ada pada seseorang pemimpin tetapi sifat-sifat seperti itu mempunyai peranan yang terbatas. Maka mereka mestilah juga ditarbiyah ke arah kekuatan aqidah yang membina syakhsiahnya dengan sifat-sifat Islam yang wajib bagi pemimpin. Di sini saya ingin mengemukakan beberapa aspek yang mesti dilakukan dan berlaku dalam membina aqidah :
  • Ilmu
Firman Allah Taala :

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." - Surah at Taubah:122

"Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." - Surah Faathir:28

Berkata Saidina Umar Bin al Khattab R.A, "Belajarlah kamu sebelum kamu menjadi pemimpin."

Seseorang pemandu hendaklah mengenal jalan dan tempat yang dituju. Adalah tidak wajar seseorang yang tidak tahu jalan dan tempat yang dituju menjadi pemandu. Pemimpin Islam hendaklah mengenal Islam dan yakin kepadanya. Aqidah Islam Itu tidak memadai dengan membaca dan memahami rukun Iman dan Islam tetapi hendaklah mencakup segala tasawwurnya, termasuk juga memahami bahawa syariatnya seperti aqidahnya juga dalam menentukan sifat-sifat Iman, kufur, syirik dan nifaq, dapat menterjemahkan Islam itu dengan maknanya yang syumul seperti yang dinyatakan oleh al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Ilmu Islam itu hendaklah difahami dengan bahasanya agar selamat dari kekeliruan bahasa dan istilah yang lain daripada al Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. Para sahabat R.A menerima ilmu daripada Rasulullah S.A.W walaupun mereka dalam usia yang sudah tua dan para salaf as soleh tidak mengira penat dan jauh perjalanan walaupun kerana menerima riwayat satu hadis yang ringkas daripada Rasulullah S.A.W dan mereka tidak jemu belajar walaupun sudah alim dan mempelajari perkara yang sama walaupun beberapa kali kerana dengan ilmu daripada sumbernya yang sebenar melahirkan aqidah yang menggerakkan seseorang itu untuk beramal. Dan ilmu yang tidak melalui cara yang sebenar hanyalah melahirkan ulama su' yang pandai merosakkan bukannya memimpin, jadilah seperti apa yang difirmankan oleh Allah Taala :

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat."
"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." - Surah al A'raf:175-176

Sabda Rasulullah S.A.W, "Keburukan yang berlaku pada agama itu ada 3 perkara, Orang alim yang jahat, pemimpin yang zalim dan mujtahid yang jahil" (Riwayat Imam Ad Dailami)

Ilmu menjadi ciri kepimpinan penting, kerana ia laksana cahaya yang menyuluh akal dan hati bagi makrifatullah dan segala tuntutannya, serta melaksanakan tugas dengan betul bagi mengendali segala urusan bukan sahaja dengan khalik tetapi juga dengan makhluk yang ada hubungan dengan tugas-tugas khilafah yang diamanahkan kepada manusia, iaitulah ilmu yang memberi manfaat, ilmu yang berdasarkan dinullah bagi membentuk peribadi pemimpin ummah dan membina negara, ilmu yang kerapkali disebut di dalam al Quran, di antaranya ialah firman Allah Taala :

"Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka; Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab; Bagaimana Dia mendapat kuasa memerintah Kami sedang Kami lebih berhak Dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata; Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengumiaanNya), lagi meliputi ilmuNya." - Surah al Baqarah:247

Ilmu dalam konteks aqidah pula agar seseorang faham dan berfikir ke arah membentuk iman dan membuahkan amal, hendaklah mengaji dan mengkaji al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W dengan renungan dan fahaman ke arah menunjangkan aqidah dan melaksanakan tuntutannya selaras dengan fitrah kita ini. Menyedari apa yang telah ditunai dan kecuaian diri sebagai hamba Allah sehinggalah melahirkan kesedaran mengeratkan hubungan dengan Allah Taala dengan iman, semangat dan perasaan yang tidak berbelah bahagi sedikit pun. Seterusnya melahirkan jihad ke arah meninggikan kalimah Allah Taala yang menjadi aqidahnya.

Hakikat itu tidak berlaku jika seseorang itu tidak berilmu menurut salurannya yang sebenar dari Allah Yang Maha Mengetahui, termasuk juga mengetahui manusia dan segala perkara yang berhubung dengannya. Perlu diketahui bahawa ilmu yang membentuk manusia menurut alQuran dan as Sunnah melahirkan pemimpin yang beraqidah seperti Para Sahabat R.A dan orang-orang badwi di padang pasir yang telah menumbangkan kuasa-kuasa besar dunia dan mengajar mereka yang dianggap berilmu seperti ahli kitab dan orang-orang yang pernah membina tamadun dunia supaya benar-benar menjadi khalifah Allah di bumi-Nya.

Seseorang pemimpin itu hendaklah lebih mengetahui tentang mafhum Islam yang menjadi jalan dan matlamat dengan penuh iman sehingga tidak berpaling kepada segala bentuk gangguan dalam menegakkan cita-cita Islam bermula daripada mentauhidkan Allah Taala, mengumpul manusia kepada mengakuiNya, sehinggalah tegaknya kalimah Allah dan bersihnya bumi ini daripada segala kufur dan syirik dengan terlaksananya segala peraturan yang ada di dalam ajaran Islam. Perlu difahami bahawa wujudnya Islam di muka bumi ini mestilah diwujudkan hakimiyyah Allah dengan hukum Allah itu memerintah urusan hambaNya, bukanlah sekadar hamba itu beribadah dengan melakukan syiarnya sahaja.

Oleh itu, menjadi satu hikmah yang besar, apabila Allah menurunkan ayat yang menyatakan ilmu, jalan dan dasarnya sebagai ayat yang pertama diturunkan kepada Rasulullah S.A.W dan betapa majlis ilmu diberi keutamaan kepada angkatan pertama Para Sahabat R.A, bukan sekadar untuk maklumat semata-mata tetapi untuk kekuatan aqidah yang dilahirkan pula dengan amalan dan perjuangan yang penuh dengan pengorbanan yang menjadi bukti kekuatan aqidah kepada pemimpin-pemimpin pertama jemaah Islam.
  • Amal Dan Tazkiyah
Menuju ke arah cita-cita Islam dan melaksanakan tugas-tugas Islam seseorang itu hendaklah melakukan muhasabah ke atas diri sendiri dan menyedari sejauh mana kedudukannya dalam Islam di mana dia mendakwahkan orang lain kepadanya, dari segi iltizamnya dengan Islam dengan menginsafi firman Allah Taala :

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - Surah al Baqarah:44

Dan janganlah amal yang dikerjakan itu menjadi sia-sia seperti firman Allah Taala :
"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". - Surah al Kahfi:104

Mereka yang sebenar-benarnya rugi ialah apabila kerugian di akhirat walapun mendapat keuntungan yang banyak di dunia ini. Keuntungan yang sebenamya ialah menurut pertimbangan di akhirat walaupun mengalami kerugian besar di dunia. Keuntungan itu hanyalah kepada orang-orang yang baik yang mengerjakan amal soleh bermula daripada dirinya sebelum daripada orang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W, "Hamba yang paling dimurkai Allah ialah sesiapa yang pakaiannya lebih baik daripada amalannya. Bahawa pakaiannya seperti pakaian Nabi-Nabi dan amalannya amalan pembesar-pembesar angkuh" (Riwayat Imam ad Dailami)

Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Datang seorang lelaki pada hari Kiamat, dia dicampak ke dalam neraka tiba-tiba perutnya keluar berjela maka dia  berpusing di dalamnya seperti keldai yang berpusing pada pinggulnya. Penghuni neraka berkumpul kepadanya lalu mereka bertanya; BUkankah awak dahulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran? Dia menjawab; Ya, sayalah menyuruh orang kepada kebaikan tetapi saya tidak mengerjakannya dan saya juga melarang kemungkaran, tetapi saya melakukannya." (Muttafaqun 'Alaihi)

Sepatutnya seorang pemimpin Harakah Islamiyah hendaklah menjadi contoh kepada orang lain dengan amal-amal soleh yang lebih baik, kalau tidak, dia lebih layak menjadi menjadi seorang penipu umat.

Setiap orang yang melibatkan diri dengan gerakan Islam hendaklah menyedari jalan-jalan yang berdasarkan kepada fikrah semata-mata tidak mendatangkan hasil yang baik, bahkan tidak akan menjadi pegangan yang kukuh dalam masa yang panjang kalau tidak disertakan dengan amal yang ikhlas kerana Allah. Iman dan amal yang soleh merupakan dua perkara yang berlaziman dan tidak boleh berpisah, amal soleh adalah kenyataan daripada iman, dan iman pula melazimkan seseorang itu melakukan amal soleh.

Di dalam al Quran disebut berulangkali tentang iman dan amal soleh, dan boleh dikatakan bahawa amal soleh itu lahir dari iman dan taqwa yang ditadbir juga dengan aqidah, di samping itu amal soleh pula menjadi pembekal iman dan taqwa.

Amal soleh juga adalah perlaksanaan ilmu yang dipelajari samada melalui membaca atau mendengar dan menjadi hujah yang kuat kalau diamal dan menjadi akasnya kalau tidak diamal. Dengan beramal akan meneguhkan ilmu dan menguatkan aqidah, terkeluar dari alam teori dan khayalan semata-mata, dan melayakkan seseorang itu berada di medan jihad dan mujahadah. Meningkatkan diri, membina peribadi sebagai anggota jamaah Islam dan pemimpinnya yang sebenar.

Al Imam as Syahid Hasan Al Banna pernah menegaskan, "Bercakap itu, lain daripada khayalan, beramal lain daripada bercakap, berjihad lain daripada beramal dan jihad yang sebenar lain daripada jihad yang salah. Kita melihat, banyak orang yang boleh membaca dan berilmu, tetapi membawa ilmu itu menjadi amalan, suatu perkara yang payah dilakukan oleh ramai manusia."

Amal yang soleh juga boleh memutus pertarungan di antara dua dorongan yang wujud di dalam diri manusia, iaitu dorongan ke arah kebaikan dan dorongan ke arah kejahatan. Apabila seseorang itu beramal soleh, bermakna dia memberi kemenangan kepada kebaikan dan mengalahkan dorongan kejahatan yang ada di dalam dirinya. Misalannya : Apabila kita membaca tentang kelebihan orang-orang yang membelanjakan harta bendanya fi sabilillah, tiba-tiba lahir perasaan takut untuk mengeluarkan harta, maka lahirlah pula sifat bakhil dan kasihkan harta, serta perkara itu menjadi penghalang. Tetapi apabila kita menunaikannya secara amali bukannya sahaja kita berjaya mengatasi penghalang yang tidak baik itu, tetapi membuktikan adanya aqidah kepada apa yang dibaca tentang kelebihan membelanjakan harta fisabilillah begitulah  seterusnya dengan amal-amal yang lain.

Sesungguhnya amal itu mempunyai medan yang luas, mencakupi segala bidang kehidupan manusia kerana Islam itu meliputi seluruhnya. Tetapi hendaklah diketahui bahawa amalan yang menyuburkan hubungan dengan Allah itu mempunyai peranan yang besar dalam membina aqidah dan syakhsiah. Apabila terlaksananya ciri-ciri taqwa dan meningkat pula kepada darjat ihsan yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W, "Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, maka jika engkau tidak melihatnya maka dia melihat engkau." (Muttafaqun 'Alaihi)

Sehinggalah beramal dengan setiap kebaikan yang dikasihi oleh Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap keburukan yang dimurkai Allah dan RasulNya, bahkan tidak merasa jemu dan keberatan untuk menyerahkan apa sahaja bagi mencapai keredhaan Allah. Sesungguhnya memilih jalan bagi menyuburkan hubungan dengan Allah Taala adalah suatu perkara yang tidak boleh dianggap ringan melalui jalannya, memerlukan kekuatan rohani dan keyakinan yang kuat yang boleh dihasilkan dengan amalan, antaranya ialah :
  1. Mendirikan solat, bukan sahaja yang wajib ditunaikan, tetapi juga solat-solat sunat. Sebaik-baiknya dengan cara bersuci diri manusia ke arah menguatkan hubungan dengan Allah Taala, dengan cara yang lebih melahirkan keikhlasan terutamanya di waktu tengah malam dan sepertiganya yang akhir, kerana manusia itu seringkali dihinggapi sifat buruk yang tertanam di hati, seperti riak, ujub dan sum'ah. Kadang-kadang boleh membinasakan peribadinya dan mengsia-siakan amalannya. Sifat ini menghinggapi juga amalan yang lain.
  2. Berpuasa, bukan sahaja puasa fardu tetapi juga puasa-puasa sunat seperti yang diajar oleh sunnah Rasulullah S.A.W dengan menghasilkan tujuannya yang dikehendaki oleh firman Allah Taala.
  3. Zikrullah (mengingati Allah), yang sepatutnya tidak terputus dari ingatan manusia dalam semua keadaan dengan cara yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W, bukannya cara yang diilhamkan dari unsur-unsur yang bukan Islam. Di sana banyak doa-doa dan zikir-zikir yang ma'thurah dari Rasulullah S.A.W, Para Sahabatnya dan salafussoleh. Bukan sekadar menghafal dan menggerakkan lidah tanpa memahami tujuannya.
  4. Berbelanja pada jalan Allah, bukan sekadar zakat yang wajib tetapi juga sedekah-sedekah sunat sekadar kemampuan. Perlu difahami bahawa nilaiannya bukanlah jumlah yang disumbangkan tetapi menurut keikhlasan hati kerana Allah. Seorang miskin yang memberi beberapa sen yang amat dihajatinya kerana Allah lebih besar dan mulia di sisi Allah dari ribuan ringgit yang diberi oleh seorang jutawan yang menganggapnya satu sumbangan yang dirasakan tidak menyentuh sedikit pun perasaan hatinya dengan kadar itu. Sesungguhnya sumbangan harta itu menurut apa yang dinyatakan oleh Allah dan RasulNya, antara jalan untuk membersihkan hati.
Perlu diketahui oleh setiap Mukmin khususnya pendokong cita-cita Islam bagi mentarbiyahkan hati yang melahirkan kecintaan kepada Allah Taala yang melahirkan pengorbanan dan jihad serta sifat-sifat yang menjadi ciri mencapai pertolongan Allah. Cinta dan kasihkan Allah tidak dilahirkan melalui iman dalam pengertian ilmu semata-mata. Kalaulah ilmu semata-mata menjadi alasan maka para orientalislah menjadi orang-orang yang pertama menganut Islam dan mengasihi Allah dengan menegakkan agama-Nya dan melaksanakan perintah serta menjauhi larangannya. Kedudukan mereka menjadi penentang paling berdepan dan sejarah ahli kitab di zaman Rasulullah S.A.W jugalah menjadi iktibar kepada kita semua.

Kecintaan kepada Allah itu setelah beriman kepadaNya hendaklah dipupuk dengan memikirkan ayat-ayat-Nya yang dibaca dan ayat yang dilihat melalui kejadian alam dan nikmatnya yang tidak terhingga dan mengamati kebesarannya. Kemudian diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir dengan hati dan lidah. Bagi menyempurnakan semua itu ialah dengan memisahkan diri beberapa ketika dari urusan dunia, kekalutannya dan kemashyghulannya (kesibukannya) secara berterusan untuk menghayati betapa kebesaran Allah sehingga memandang kecil segala yang besar di bumi ini. Memandang sepi kepada segala godaannya, menganggap ringan segala tekanan dan penyeksaan, segala fitnah dan sendaan dipandang ringan. Itulah persediaan yang diajar oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi qudwah kepada kita pendakwah dan pemimpinnya.

Bermujahadah dalam beramal dan mentazkiahkan diri merupakan perkara yang amat penting dalam menghayati Islam, seperti yang dibicarakan oleh ilmu yang dinamakan tasawuf oleh kebanyakan ulama'. Sesetengahnya pula menamakannya dengan ihsan dan setengah ulama' di antaranya Ibnu Taimiyah menamakannya dengan ilmu akhlak. Hendaklah diketahui segala-galanya itu hendaklah dengan berdasarkan al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W tanpa diresapi oleh sebarang unsur yang asing dari Islam.

Bagi mengukur pencapaian amal dan tazkiah itu, tidak seperti yang difahamkan oleh orang-orang yang tidak memahami hakikat ajaran Allah dan RasulNya dengan menunggu mimpi-mimpi atau lahirnya karamah atau kelihatan perkara-perkara yang menyalahi adat. Tetapi dengan ukuran hati yang dikurniakan oleh Allah kepada semua manusia yang menyedari keikhlasan diri masing-masing dengan cara yang ikhlas juga terhadap bai'ah dan ikrar hati dan lidah dalam beriman dan mentasdiqkan Allah dan Rasul seterusnya bersikap istiqamah dengan itu semua.
  • Mehnah (Ujian)
Firman Allah Taala :

"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya." - Surah Yusuf:33

Firman Allah Taala :

"Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?"- Surah al Ankabut:10

Begitulah berlakunya sejarah perjuangan Islam bahkan menjadi sunnahnya dahulu, sekarang dan akan datang. Lantaran Iman itu bukan sahaja kalimah yang yang diucap tetapi juga hakikat yang mempunyai tanggungjawab, amanah yang menjadi bebanan, jihad yang memerlukan kesabaran, maka tidaklah memadai bahawa manusia itu bercakap-cakap bahawa kami telah beriman sekadar itu sahaja tanpa diuji bagi memurnikan keimanan itu, sehingga tidak boleh dipura-purakan oleh orang-orang yang bukan ahlinya. Iman atau aqidah itu juga amanah Allah di atas muka bumi ini. Kemurnian iman mampu dibawa oleh orang-orang yang benar-benar ahlinya yang memiliki sifat-sifatnya bagi dinyatakan dengan terlaksananya kewajipan khilafah di muka bumi dan memandu manusia ke jalan Allah Taala.

Seseorang itu boleh menepuk dada mengaku ikhlas, kuat, berani, bersedia untuk mati dan sebagainya. Dan adalah menjadi suatu perkara yang baik seseorang yang beriman itu ditarbiyah bukannya dengan cakap-cakap dan kertas-kertas yang dibaca sahaja tetapi mengalaminya pada peringkat kenyataan dan ujian praktikal dan Allah Yang Maha Mengetahui untuk menguji dan mentarbiyahkan hamba-hambaNya dengan ujian untuk mengisi sifat-sifat kesabaran, kesyukuran dan pembetulan-pembetulan jiwa kepada golongan-golongan Islam dan pimpinannya sehinggalah mereka layak bagi menegakkan kalimahNya di muka bumi ini.

Itulah jawapan kepada persoalan mengapa golongan Islam ini diuji terlebih dahulu, sedangkan penegak kebatilan kelihatan bersenang-senang dan menang di peringkat awalnya? Mengapa kemenangan Islam itu diperlukan jarak masa yang begitu rupa? Persoalan yang lahir dari hati generasi perjuangan Islam di sepanjang zaman.

Iman atau aqidah yang sebenar mestilah hidup dan berkembang dengan sifat-sifat keteguhan dengan pegangannya dan ketabahan menghadapi cabaran, disertakan pengorbanan apa sahaja pangkat, kedudukannya dan harta benda bahkan tidak ada tawar menawar dan tolak ansur dalam menegakkan apa yang menjadi iman dan aqidah itu. Dan orang yang mengaku beriman dan beraqidah itu memilih jalan yang dikira paling baik bagi menyebar dan menegakkannya walaupun jiwa raga dan harta menjadi bayarannya.

Sumber: http://tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/manhaj-haraki/303-akidah-dan-kepimpinan

Baca Selanjutnya...

Tarbiah Harakiah Menjana Kemenangan PRU 13


Idris Haji Ahmad
Pengarah Jabatan Tarbiah
21/6/12

Sebagai sebuah sebuah Harakah Islamiah dan gerakan politik, Pas  bergerak dijaluran dakwah dan politik yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara. Inilah satu keunikan Pas di negara ini yang bergerak sebagai sebuah  gerakan Islam dan gerakan politik di negara ini. Sekiranya Pas hanya bergerak sebagai sebuah parti poliitk sahaja maka sudah lama Pas tersungkur di pertengahan jalan, sebagai nasib parti-parti politik pembangkang di negara ini. Namun alhamdulilah Pas mampu bergerak dan menjadi pencabar utama kepada Umno di negara ini terutamanya. Walaupun Pas belum lagi mendapat kuasa di peringkat  pusat, namun ia telah berjaya melakarkan politik yang ternama di negara ini.

Satu kelebihan yang ada kepada Pas ialah ketika Pas menggerakkan tenaga parti ia hanya berbekalkan tarbiah kepada ahlinya. Mereka bekerja tanpa diupah dan dipaksa. Bekerja atas kerelaan hasil lonjakan iman yang membara di dada.

Pengertian Tarbiah Harakiah

Tarbiah harakiah bererti tarbiah  yang menjuruskan kepada pembinaan peribadi dan jamaah. ia bukan sekadar untuk menjadi fardu Muslim (individu Muslim) yang baik malahan ia menjadi mujtamak muslim (masyarakat Muslim). Tidak dinamakan Tarbiah Harakiah jika hanya untuk memperbaiki dirinya sedangkan masyarakat sekeliling berada di dalam kefasadan. Tarbiah  harakiah mengharungi dan mempengaruhi semua manusia dengan fikrah dan dakwahnya, sekalipun mereka terdiri daripada berbagai latar belakang. Apabila mereka ini bersama dengan kita maka di sini berlakulah proses pembinaan mereka dalam jamaah

Kepentingan Tarbiah Harakiah

@Tarbiah Harakiah akan melahirkan ahli yang mengutamakan jamaah dan perjuangan berbanding dengan kepentingan peribadi.

@Tarbiah Harakiah melatih individu yang kental supaya dapat berhadapan dengan berbagai tribulasi dan mehnah

@Ia berusaha untuk membawa manusia mengenal Allah dan sistemnya yang lengkap

@ Ia akan melahirkan rijaluddakwah (lelaki dakwah) supaya jamaah kaya dengan petugas untuk menarik manusia lain bersama dengan kita . Sekiranya kita mampu melahirkan petugas yang bekerja kearah ini maka untuk melihat suasana Islam akan dapat dijelmakan dalam masyarakat. Sebaliknya kalau kita miskin dan faqir orang yang berkerja kearah itu maka kita sukar untuk menggerakkan parti dan jentera.

Oleh kerana kerja pilihanraya memerlukan kemampuan dan semangat yang waja, kerana kerja ini memerlukan beberapa pra syarat untuk Berjaya.  Nature pilihanraya memerlukan beberapa perkara asas,  jentera, tenaga, strategi dan bantuan Allah SWT

@ Jentera

Pilihanraya memerlukan kepada jentera parti yang kemas daripada Peringkat Pusat hingga kepada lokaliti (kampung). Ini adalah perkara asas di dalam gerak kerja parti. Walau pun kadang-kadang berlaku tsunami politik dan faktor penolak, ketika itu tidak perlu lagi kepada panduan bilik gerakan dan cula. Faktor ini hanya kadang- kadang bukan kebiasaan. Walaubagaimana pun teras kepada kejayaan masih lagi faktor jentera. Kerana jenteralah yang akan berusaha untuk mengubah persepsi pengundi. Menjadi kelaziman di dalam satu lokaliti yang terdapat 100 pengundi, yang menjadi pengundi tegar antara Pas dan Umno hanya 40 orang, sedangkan 60 lagi mereka yang berada di atas pagar. Goloangan inilah yang perlu diubah untuk beralih sokongan kepada Pas. Jikalau Pas lemah dari segi jentera macam mana ia boleh untuk menarik sokongan.

@ Strategi

Pilihanraya ialah seni dan strategi untuk menguasai pengundi. Sebagai sebuah Parti Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, Ijamak dan Qias, kita tidak pernah lari daripada asas ini. Walaupun matlamat kita hendak menang,  strategi yang kita atur masih tidak lari daripada perkara tersebut. Segala permasalahan hukum dan strategi mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak yang bertindak sebagai Lembaga Penapis. Contohnya ijtihad politik seperti Tahalluf Siasi dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Pas bertahalluf siasi kerana hendak menentang perkara zalim dan memperjuangkan maslahah umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Pas berdalilkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi  setelah seorang lelaki dai kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia minta pertolomgan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpai degannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Juod’an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Rasulullah SAW telah bersabda Bermaksud

” Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hilfu al-Fudhul di rumah Abdullah bin Jud’an satu pakatan yang amat aku sukai kepadanya seperti sayang kepada unta merah ( barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya”

Setakat hari ini tidak ada yang rugi apabila Pas bertahaluf. Mereka yang jahil Feqh Politik  sahaja yang mengatakan Pas sudah tergelincir. Mereka hendak menyamakan Pas dengan Umno yang berkawan dengan MCA, MIC (BN). Sedangkan Pas di dalam Pakatan Rakyat bertahaluf tidak menggadaikan Islam, sedangkan Umno bersama rakan bukan Islam gagal untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam. Boleh dikatakan setiap hari pemimpin MCA menghina Islam, Umno membisu. Ini adalah petanda aras Umno merestui tindakan MCA yang biadab dengan Islam. Semua orang menilai antara ucapan dua pemimpin bukan Islam di dalam satu forum yang diadakan pada 18 feb 2012.

Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek dengan bangga mengatakan “Kita orang cina.berani menentang-menentang dan melawan  Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini…?. Ini pula jawapan YAB Lim Guan Eng. “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang Pas tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”.

@Tawakkal dan Nusrah Daripada Allah

Setelah berusaha dan melaksanakan dengan sebaik mungkin, kemudian penyerahan diri kepada Allah SWT adalah perkara kemuncak dalam gerak kerja pilihanraya. Maksud Firman Allah SWT “Apabila kamu berusaha , maka Tawakkal kepada Allah SWT”

Unsur-Unsur Tarbiah Harakiah

@ Kefahaman yang mendalam kepada perjuangan
@Manhaj yang tersusun
@Pemimpin yang berkualiti
@Persekitaran yan baik
@Ahli yang istiqamah
@Organisasi yang kukuh
@Program yang teratur
@Wala dan Taat
@Syura

Ciri-Ciri Petugas PRU Haraki

@Sentiasa wala dan taat
@Berilmu
@Bertawakkal kepada Allah SWT
@Beriman bahawa kerja adalah ibadah dan menjadi amal soleh
@Bersedia untuk menerima ilmu-ilmu baru dalam gerak kerja pilihanraya
@Bersedia menerima arahan
@Berwawasan
@Multazim dengan akhlak Islam
@Thabat
@Amanah
@Sabar ketika menjalankan tugas
@Berkemahuan
@Mencari kerja bukan hanya tunggu kerja
@Optimis
@Yakin pembalasan Allah SWT
@Tidak ada rasa kecewa.
@Banyak bertindak daripada bercakap
@Elak bertengkar
@Meraikan kelemahan sahabat dan tampung kekurangannya
@Bijak memilih mana keutamaan, yakni penting perlu disegerakan, penting tidak perlu disegerakan.
Program Tarbiah Untuk Petugas Pilihanraya
@Usrah bincang tajuk jihad, uslub dakwah, wala, kerahsiaan
@Tamrin tajuk pengisian “Kerja Pilihanraya Satu Jihad”, “Pendekatan Dan Strategi Pilihanraya”, “Tahalluf Siasi”
@Al-Quran wajib dibaca walaupun sibuk
@Solat hajat cara fardiah atau jamaah
@Zikir dan doa mathur
@Qiamullail kerana ini adalah masa yang paling terbaik untuk bermunajat

Kesimpulan
Walaupun kita hendak menghadapi pilihanraya, masalah tarbiah jangan dikesampingkan..

Sumber: http://idrisahmad.wordpress.com/2012/06/26/tarbiah-harakiah-menjana-kemenangan-pru-13/
Baca Selanjutnya...

MADRASAH RAMADHAN MELAHIRKAN PEJUANG YANG HEBAT

Ramadhan adalah sebuah Institusi Awam yang lengkap dengan program rabbani dan modul as samawi untuk mengkaderkan ummat manusia khasnya mereka yang mempersiapkan diri untuk menjadi pejuang agama Allah Taala, yakni menjadi AnsoruLlah. Program rabbani  yang bersifat sanawi [ tahunan atau sekali setahun ] tersebut, berlangsung selama 30 hari sepanjang bulan Ramadhan. 
Ia menyediakan satu tentatif program yang menggabungkan 3 energi utama kelayakan pejuang yang hebat.

[ A ]     Keyakinan yang benar (aqidah sohihah).
[ B ]     Spiritual yang mantap (ruhiyah qawiyah).
[ C ]     Keperibadian yang hebat (akhlak matiinah).

Objektifnya ialah untuk melahirkan insan Muslim mukmin yang muttaqin melalui perlaksanaan dan penghayatan modul yang telah ditetapkan iaitu berpuasa dengan penuh keimanan dan penghayatan. Firman Allah Taala bermaksud, ”Wahai orang-orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu ibadah puasa sebagaimana ia pernah difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa kepada Allah Taala” – Surah Al Baqarah:183

Sebagai pejuang yang akan menggalas segala amanah dan tanggungjawab untuk mendaulatkan syariat Allah swt dan menyelamatkan manusia dari arus jahiliah moden yang merosak aqidah, meruntuh keperibadian dan memusnahkan tamadun mereka, pejuang tersebut memerlukan satu senjata yang luar biasa serta mampu menewaskan kebejadan jahiliah.

Senjata luar biasa yang dimaksudkan itu ialah At Taqwa. Taqwa inilah yang mesti dimiliki oleh para pejuang untuk melayakkan mereka muncul sebagai pejuang hebat justeru hanya pejuang yang hebat mampu memimpin ummah membina tamadun yang mendapat keampunan Allah Taala dan membimbingnya ke jalan yang benar, pula menongkah segala cabaran dan meredah segala rintangan.

Justeru itu, pemuda mesti berusaha dengan segala keupayaan bagi memastikan Taqwa dapat dimiliki dengan menyertai Madrasah Ramadhan ini, serentak itu meletakkan pemuda layak sebagai pejuang yang hebat, selain pemuda turut dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan taktikal dalam mengurus sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam serta parti yang menyertai politik berpilihanraya.

Menurut syara’, ‘Taqwa’ bererti, “Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Taala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.
Rasulullah S.A.W pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda Baginda,“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya” – Sahih Bukhari

Saidina Umar R.A pernah bertanya kepada seorang Sahabat yang bernama Ubai bin Ka'ab R.A mengenai maksud taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar, “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar, Ya. Tanya Ubai lagi,“Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?
Jawab Umar,“Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati”.
Balas Ubai, “Itulah yang dikatakan taqwa”  .
Sementara menurut Ibnu Abbas R.A, “Al-Muttaqin (yakni orang-orang bertaqwa) ialah orang-orang beriman yang memelihara diri mereka dari mensyirikkan Allah dan beramal menta’atiNya”  .

Menurut Hasan Al Basri, “Orang-orang bertaqwa ialah orang-orang yang memelihara diri dari melakukan perkara yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang difardhukan Allah ke atas mereka”  .

Berkata Abu Yazid Al Bustami, “Orang bertaqwa ialah seorang yang apabila bercakap, ia bercakap kerana Allah dan apabila ia beramal, ia beramal kerana Allah” .

Mutakhir ini,  keruntuhan akhlak, moral dan aqidah ummah telah sampai ke paras bahaya, memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh. Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya di kalangan mereka yang mengaku Muslim. Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan ummat Islam turut terjebak dalam kancah perlecehan akhlak, moral dan aqidah.

Menyedari realiti dunia dan ummah hari ini, marilah kita manfaatkan sepenuhnya modul Madrasah Ramadhan untuk membina sakhsiyyah Muslim yang berjuang dan bertaqwa dengan mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh kepada Allah Taala, serta siap untuk menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini.

Kitalah pemuda yang selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk menyelamatkan diri, dunia dan ummah dari bahana syahwah yang menyimpang jauh dari Manhaj Ilahi. Pejuang yang dilengkapi sifat taqwa yang mantap sebagai alat keselamatan dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan kufur, hak dan bathil, Islam dan jahiliyyah.


Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Baca Selanjutnya...

Cadang Hudud di Johor: Tahniah dan silakanlah!

Saya mengalu-alukan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Johor melaksanakan hukum hudud sebagaimana diucapkannya dalam Sidang DUN Johor pada 20 Jun lalu.Tahniah Umno. Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Bagi saya sama ada Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah!



Dalam isu  ini tidak perlu cabar-mencabar mana-mana pihak, sebaliknya pelaksanaan hukum Allah adalah perlu diadakan demi kepentingan Islam. Saya menyokong sepenuh hati. Harapnya ia tidak akan ditarik balik, dan saya doakan ia jadi kenyataan. Saya dan Kerajaan Negeri Kelantan sedia bekerjasama demi memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia. Saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya.



Wallahu’alam.
 
*Respons kepada pertanyaan media di Pejabat Menteri Besar, Kota Darulnaim Kota Bharu pada 11 Syaaban 1433 bersamaan 1 Julai 2012.

Sumber: http://www.blogtokguru.com/cadang-hudud-di-johor-tahniah-dan-silakanlah/
Baca Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket