Tuesday 10 January 2012

OKU Dapat Bantuan Daripada PAS Paya Besar


Baru-baru ini PAS Paya Besar melalui Cawangan PAS Panching Timur telah menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai kepada seorang OKU iaitu Saudara Abdul Latif. Bantuan tersebut merupakan sumbangan daripada ahli dan AJK PAS Kawasan Paya Besar dan MTD Panching. 

Ustaz Yusof Embong, selaku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Paya Besar telah meluangkan masa untuk hadir bertemu beliau dan menyampaikan bantuan tersebut agar dapat meringankan beban Abdul Latif untuk membaiki rumah beliau yang uzur.


Sebelum ini pengarah MTD Panching Ustaz Tarmizi Yahya bersama dengan rombongannya telah pergi ke rumah Abdul Latif untuk meninjau apa yang diperlukan oleh beliau untuk membaiki rumah tersebut. Dengan bantuan yang diusahakan oleh AJK PAS Paya Besar, maka ia dapat meringankan beban beliau untuk membaikpulih rumah tersebut. Abdul Latif yang cacat anggota kakinya (menggunakan bantuan tongkat untuk meneruskan hidupnya) amat terharu dan berterima kasih kepada semua AJK PAS Paya Besar diatas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan. 

Walau bagaimanapun beliau masih lagi mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk meringankan bebanan bayaran untuk mengupah tukang. Kepada sesiapa yang ingin membantu beliau bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi beliau melalui telefon bimbit beliau di talian 019-99333786.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket