Saturday 25 February 2012

Himpunan Hijau pindah ke Padang MPK 4

KUANTAN, 24 Feb: Himpunan Hijau 2.0 telah berjaya mencapai kata sepakat dengan polis hari ini untuk memindahkan perhimpunan mereka ke padang MPKT 4 Kemunting, kira-kira setengah kilometer dari tapak asal himpunan.

(Ketua Polis Kuantan menunjukkan syarat yang dikenakan kepada perhimpunan ini. Turut serta adalah jawatankuasa Hijau serta Fuziah Salleh)

Dalam pertemuan antara jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 itu dengan Ketua Polis Negeri,  Datuk Sharifudin  dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani, polis memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.

Kata sepakat itu dicapai dalam perjumpaan yang diadakan di Balai Polis Kuantan jam 10 pagi tadi dengan disertai oleh lima wakil Himpunan Hijau.

Antaranya adalah Fauziah Salleh (anggota Parlimen Kuantan), Mahmud Yaakob, Wong Tak dan Clement Chin.

Sejak semalam, kawasan Padang MPK yang terletak di tengah bandar Kuantan telah dipagar oleh pekerja Majlis Perbandaran Kuantan.

Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng akan diadakan 26 Februari (Ahad ini) mulai jam 9 pagi.

Semua rakyat dari seluruh pelosok negara diseru supaya beramai-ramai hadir dalam himpunan yang telah mendapat kebenaran dari polis ini.

Di bawah akta polis yang baru, kebenaran polis bukan lagi dinamakan permit tetapi kebenaran bertulis polis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dari polis.

Padang MPK 4 juga dinamakan Padang Kemunting terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan iaitu di Jalan Kuantan - Gambang.

Menurut Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Nasrun Amir, padang ini boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket