Monday 13 February 2012

Rintangan dalam Perjuangan Islam dan Kehidupan, Diantarnya.. Syaitonn Yang Menyesatkan..


Halangan keempat yang dihadapi oleh para pendakwah yang bahaya dan pesonanya lebih hebat dan halangan sebelumnya, yang menjadi pangkal segala bencana dan penyelewengan ialah tipu daya syaitan, putar belit iblis dan karenah hawa nafsu.

Pendakwah akan tetap selamat meskipun halangan luaran, sosial, politik, ekonomi dan lain-lain yang dihadapinya amat besar, selama mana ia tidak menyerah kepada nafsu dan tunduk melutut kepada kehendak syaitan. Syaitan memang musuh Mukmin yang paling besar. Ia tidak jemu menipu, menimbulkan keraguan dan meransang ke arah kejahatan. Selagi ada hayat dikandung badan dan selama iman masih bertakhta di dada selama itu ia tetap merasuk.

Syaitan pernah bersumpah:

“Demi kemuliaanMu (Allah) akan Aku perdaya mereka (anak Adam) semuanya kecuali para hambaMu yang ikhlas di kalangan mereka. Allah menjawab. Yang hak dan yang benar Aku katakan: “Aku akan penuhkan neraka jahannam dengan (diri) mu dan sesiapa dan mereka yang menurutmu semuanya.”

Kerana sumpah syaitan ini maka para pendakwah hendaklah lebih waspada terhadap syaitan dan musuh-musuh yang lain. Sebab syaitan musuh yang bukan kepalang bahayanya. Allah berfirman:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا یَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu maka anggaplah ia benar-benar musuh. Sesungguhnya sekutu-sekutunya menyeru supaya mereka (dan kamu) menjadi penduduk neraka. (Surah Fatir: Ayat 6)

Allah berfirman lagi:

( أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ یَا بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ( 60
وَأَنْ اعْبُدُونِي هَذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ ( 61 ) وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنكُمْ جِبِلًّا آَثِيرًا أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ(62

Maksudnya: “Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu. Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar daripada kamu. Maka apakah kamu tidak memikirkan?” (Surah Yasin: Ayat 60-62)

Celakanya syaitan ini ialah kalau ia gagal merasuk, memujuk dan menimbulkan was-was dari satu sudut maka ia datang merasuk pula dan sudut yang lain. Demikianlah kerjanya. Memang benar sabda Rasulullah:

Sesungguhnya syaitan itu meresap dalam diri anak Adam persis seperti mengalirnya darah dalam tubuhnya. (Hadith Muttafaqun Alaihi)

Seorang lelaki bertanya kepada Hasan (Hasan Basri) “Wahai Abu Sa’id: Adakah syaitan itu tidur?” Sambil tersenyum beliau menjawab: “Kalau syaitan tidur nescaya kita semua boleh berehat.”

Demikianlah jahatnya syaitan itu. Andainya huraian di atas masih kurang dan para pendawah ingin tahu lebih lagi tentang bencana syaitan maka dengarlah kisah yang pernah diriwayatkan oleh Rasulullah. Beliau pernah berkata yang ertinya:

Pada suatu masa ada seorang pendeta Bani Israil (amat kuat beribadah). Syaitan hendak merosakkannya lalu syaitan merasuk seorang anak gadis (di kampung itu). Syaitan mengilhamkan kepada keluarganya bahawa anak gadis ia hanya boleh disembuhkan oleh pendeta tersebut sahaja. Keluarga anak gadis tersebut pun membawanya ke rumah pendeta. Pada mulanya pendeta enggan membenarkan anak gadis itu tinggal di rumahnya untuk berubat. Tetapi setelah didesak oleh keluarga anak gadis tersebut, Ia pun bersetuju. Dalam tempoh berubat syaitan berjaya memujuknya supaya mendekati anak gadis yang sakit itu. Akhirnya dengan godaan syaitan ia sampai bersetubuh dengan gadis itu hingga hamil. Sejak itu syaitan pun menimbulkan rasa takut dalam diri pendeta itu. Ia berbisik: “Nanti bila datang keluarganya tentu rahsiamu akan diketahui. Baik engkau bunuh sahaja perempuan itu, dan kalau keluarganya datang katakan Ia sudah mati. “ Ia pun lantas menurut hasutan syaitan. Ia segera membunuh anak gadis tersebut dan menanam mayatnya. Setelah itu syaitan pergi menimbulkan syak dan ragu kepada keluarga gadis. Ia membayangkan kepada mereka bahawa pendeta itu telah merogol, menghamilkan dan membunuh anak tersebut, kemudian menanam mayatnya. Apabila keluarganya datang mereka tidak percaya dengan cakap dan dalih pendeta. Mereka akhirnya membuktikan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh pendita itu. Dalam pada itu syaitan menjelma dan menemui pendeta. Syaitan berkata: “Akulah yang telah merasuk anak gadis itu. Akulah yang membisikkan kepada keluarganya. Kalau engkau mahu selamat engkau ikutlah perintahku. Aku akan melepaskan engkau dan tindakan mereka “. Bagaimana? Kata pendeta itu. Jawab syaitan: “Engkau sujud kepadaku dua kali. “Pendeta itu pun sujud kepada syaitan. Apabila Ia sujud syaitan pun berkata: “Aku melepaskan diri dari kejahatan (kufur) yang telah engkau lakukan. (Aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan syirikmu).

Orang inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam firmanNya:

آَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنسَانِ اآْفُرْ فَلَمَّا آَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِّنكَ إِنِّي
( أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ ( 16

“(Bujukan kaum munafiqun itu adalah seperti (bujukan) syaitan ketika dia berkata: “Kafirlah kamu justeru tatkala manusia itu telah kafir ia berkata: “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.” (Surah Al-Hashr: Ayat 16)

Dan Mana Syaitan Menyelinap?

Jalan-jalan yang dilalui oleh syaitan dalam menyusupi hati manusia amat banyak. Di sini kita hanya menyentuh beberapa ruang penyusupannya seperti yang tertera dalam kitab Ihya’ juz ketiga, oleh Imm Al-Ghazzali (Rahimahullah)

Marah

Kemarahan yang meluap-luap menutupi akal waras. Marah mendedahkan diri seseorang untuk menjadi sasaran serangan syaitan. Sebab itu akal waras perlu dilindungi, justru ia adalah benteng yang paling kukuh yang dapat menjadi pelindung dalam menghadapi hasutan syaitan dan tipu daya iblis. Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Allah sukakan pandangan yang tajam/ knitis dalam menghadapi syubahat, di samping akal yang cerdas/sedar dalam menghadapi halangan.”

Seorang wali Allah bertanya kepada Iblis: “Cuba engkau terangkan bagaimana engkau menawan anak Adam?” Iblis menjawab: “Aku tawan dia ketika ia marah dan ketika ia bernafsu.”

Sebab itulah Rasulullah berpesan supaya jangan dilayan nafsu marah. Rasulullah menegaskan ( لاتغضب ) Jangan (dikuasai) marah.”

Nafsu syahwat

Ini merupakan pintu yang paling terdedah bagi syaitan menyelinap masuk dalam diri seorang iaitu syahwat yang berkait dengan pemuasan kehendak deria dan jasad. Seperti nafsu syahwat terhadap makanan, terhadap hubungan kelamin, nafsu syahwat untuk memiliki harta dan lain-lain. 

Menyedari hal ini amat serius, Islam telah mengatur cara-cara untuk memenuhi tuntutan-tuntutannya. Islam menerangkan tatacara dan tapal batasnya. Dengandemikian tidak ada peluang syaitan mengganggu-gugat dan merosakkan kehidupan anak Adam dari pintu-pintu ini. Berkait dengan kecenderungan terhadap makanan Rasulullah telah mengingatkan supaya jangan keterlaluan sehingga perut gendut dengan makanan. Beliau mengingatkan: 

“Tidak ada bekas yang dipenuhkan oleh anak Adam yanglebih buruk dari perutnya sendiri.”

Tentang syahwat dan keserakahan nafsu seks. Rasulullah mengingatkan:

“Jika anda dapat menjamin kepadaku dengan menjaga anggota antara misai dan janggutmu dan (anggota) antara dua pehamu maka aku jamin syurga untuk anda “.

Allah berfirman:

( وَالَّذِینَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ( 5

Maksudnya: “(Antara ciri orang yang beriman itu ialah yang menjaga kehormatan mereka.” (Surah Al-Mu’minun: Ayat 5)

Tentang kecenderungan nafsu terhadap harta, Allah mensifatkan ciri orang-orang Mukmin dalam kontek itu dengan firmanNya yang bermaksud:

لِلْفُقَرَاء الَّذِینَ أُحصِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ لاَ یَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الأَرْضِ
یَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاء مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَاهُمْ لاَ یَسْأَلُونَ النَّاسَ
( إِلْحَافًا وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ ( 273

(Berinfaklah) kepada orang-orang faqir yang tidak berdaya berjihad di jalan Allah; Mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak mengetahui menyangka mereka orang kaya kerana mereka memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenali mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. (Surah Al-Baqarah: Ayat 273)

Rasulullah menerangkan sifat mereka sebagai berikut:

“Kaya bukan (semata-mata) banyak harta. Tetapi kaya yang sebenarnyalah kaya budi dan jiwa.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Tergesa-gesa

Sifat tergesa-gesa sering menyebabkan seseorang terjebak dalam kesusahan dan syubhah. Sifat ini dan sifat tidak cermat dan berhati-hati mendorong seseorang mengumpat saudaranya. Sifat ini malah dapat menolak Mukmin sehingga melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.Sifat gegabah ini juga boleh menjadi pangkal tercetusnya fitnah dan tragedi dalam kehidupan jamaah dan pergerakan. Oleh itu Rasulullah mengingatkan tentang bahaya sifat ini. Beliau menerangkan:

“(Sifat) tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan (manakala) cermat dan berhati-hati dari Allah Subhanahu Wata’ala.” 

Hasad dengki

Peluang dan senjata syaitan yang paling ampuh juga ialah perasaan hasad dengki. Sifat ini memudarkan kewarasan dan kebijaksanaan. Seseorang boleh berubah menjadi terkongkong oleh sifat hasad dengkinya. Ini nanti mendorongnya untuk melakukan apa sahaja, walaupun secara menyeleweng; untuk menjebak manusia yang ia dengki kepadanya. Hal ini telahpun kita huraikan agak panjang dalam huraian-huraian yang lepas; oleh itu tidaklah perlu kita ulangi di sini.

Kikir

Antara peluang syaitan untuk menguasai anak Adam ialah melalui sifat kikir dan takut papa. Kedua-dua sifat ini menghalang seseorang dan berkorban harta dan tenaga untuk perjuangan di jalan Allah. Ia menghalang seseorang menghulurkan bantuan kepada orang yang susah. Malah ia melemahkan rasa simpati dan kesan sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri seseorang. Allah menerangkan:

 الشَّيْطَانُ یَعِدُآُمُ الْفَقْرَ وَیَأْمُرُآُم بِالْفَحْشَاء وَاللّهُ یَعِدُآُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلاً وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

“Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan (risiko) kepapaan, sentiasa menyuruh kamu melakukan kebejatan. (Akan tetapi) Allah menjanjikan untuk kamu keampunan dan kurnia daripadanya, dan Allah Maha Luas (kurnianya) dan Maha Mengetahui.”(Surah Al Baqarah: Ayat 268)

Sufyan berkata: ”Tidak ada senjata yang ada pada syaitan yang lebih mampan dan senjata takut papa. Kalau termakan dengan senjata itu maka seseorang itu mula menurut kebatilan, tercegah dari menyatakan kebenaran, mulalah ia bercakap menurut nafsu dan menyangka buruk terhadap Tuhannya.”

Takabbur

Pintu susupan syaitan yang tidak kurang bahayanya ialah sifat takabbur dan ghurur. Sifat yang merupakan penyakit inilah yang telah menggugurkan darjat iblis. Dari langit ia tercampak ke bumi. “Ia berkata: Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau jadikan aku dan api dan dia (Adam) engkau cipta dan tanah.” Mengingat bahayanya sifat inilah agaknya Rasulullah sering berlindung diri dengan Allah dari runtunan sifat takabbur.

Buruk sangka terhadap Muslimin yang lain Ini juga laluan syaitan yang mencantas tali mahabbah dan silaturrahim.

Sifat ini menggugat keutuhan barisan jamaah, menjadi punca fitnah, kebejatan dan penyebab meratanya bala bencana. Sebab itu Al-Quran melarang sifat buruk sangka ini. Allah berfirman:

یَا أَیُّهَا الَّذِینَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا آَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا
تَجَسَّسُوا وَلَا یَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَیُحِبُّ أَحَدُآُمْ أَن یَأْآُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا
( فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ ( 12

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman hindarilah dari (sifat) banyak berprasangka. Kerana sebahagian dari sangka-sangka itu adalah dosa.” (Surah Al-Hujurat: Ayat 12)

Rasulullah menasihatkan “Jauhilah tempat-tempat yang menimbulkan sangkaan (yang bukan-bukan).”

Bagaimana menutup laluan syaitan?

Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِینَ اتَّقَواْ إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَآَّرُواْ فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila digerogoti oleh syaitan (cepat) sedar dan mereka menjadi lebih waspada. (melihat tipu daya syaitan).” (Surah Al-A’raf: Ayat 201)

Allah berfirman lagi:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَآَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً
( وَلَنَجْزِیَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا آَانُواْ یَعْمَلُونَ ( 97

Berlindnglah dengan Allah dan syaitan yang direjam. (Surah Al-Nahl: Ayat 97)

Dari ayat ini jelaslah kepada kita bahawa bertaqwa kepada Allah, berlindung diri dengannya, selalu mengingat Allah, bermuraqabah dan sempurna ibadah adalah langkah-langkah yang paling penting untuk kebal menghadapi syaitan yang direjam. Rasulullah menjelaskan :

“Apabila seseorang mengingati Allah syaitannya lumpuh dan berundur. Tetapi apabila ia lalai syaitannya menggangguny’a dengan was-was.”

Pernah diriwayatkan bahawa Muhammad bin Wasi’ tiap pagi selepas sembahyang Subuh berdoa dengan doa berikut: 

“Ya Allah engkau telah mentaqdirkan kepada kami menghadapi musuh yang amat arifkelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami dan kami tidak dapat melihat mereka. Ya Allah engkau jadikanlah Ia putus asa untuk menggoda kami sepertimana Ia berputus asa dari rahmatmu. Haramkan dia bagi kami sebagaimana engkau mengharamkannya dari mendapat keampunanmu. Jauhkanlah kami darinya sepertimana engkau jauhkan dia dari rahmatmu. Sesungguhnya engkau berkuasa melakukan apa sahaja.”

Beliau mengatakan bahawa pada suatu hari sewaktu beliau hendak ke masjid muncul iblis di hadapannya. Iblis berkata “Wahai anak Wasi’ engkau kenalkah kepadaku?” Beliau menjawab “Siapa engkau ni?” “Aku iblis” ujar iblis. “Engkau mahu apa?” tanya Muhammad. Jawab iblis, “Saya mahu supaya engkau jangan ajarkan sesiapa doa pendinding itu dan aku (berjanji) tidak akan mengganggumu.” Muhammad bin Wasi’ menjawab. “Demi Allah aku tidak akan halang sesiapa pun hendak mempelajarinya, buatlah apa yang engkau mahu.”

Rasulullah pernah meriwayatkan:

“Syaitan pernah datang menemui aku dan berkelahi denganku. Aku cekik tekaknya.Demi Allah yang mengutuskan dengan kebenaran tidak aku lepaskan dia kecuali setelah tanganku basah oleh lilihan darah lidahnya. Kalaulah tidak kerana mengenangkan doa sahabatku Sulaiman alaihissalam nescaya Ia tertiarap di masjid.”

Orang-orang yang kerap mengingati Allah baik lelaki mahu pun perempuan, orang-orang yang bertaubat kepada Allah dosa mereka-baik lelaki mahupun perempuan yang memohon keampunan Allah, merekalah orang-orang yang sukar dikalahkan oleh syaitan dan mampu melelahkan syaitan tersebut.

Adapun orang-orang yang lalai dari mengingati Allah, terus menerus berbuat maksiat, malas beribadat, yang asyik tidur dan menjadikan dunia sebagai cita-cita utamanya, mereka ini seperti alat mainan syaitan sahaja, diperlakukan menurut sesuka hatinya. 

Berkata Wahib bin Alwird, kami difahamkan bahawa pada suatu ketika iblis menjelma dan bertemu Yahya bin Zakaria alaihissalam. Ia berkata: “Saya hendak menasihati awak.” Yahya menjawab: “Aku tidak perlu nasihatmu! Tapi cukup engkau terangkan kepadaku tentang hal anak-anak Adam ini!” Iblis menjawab: “Pada kami mereka ada tiga golongan:

Golongan pertama, ialah yang paling payah untuk kami tawan. Apabila kami mula menggoda salah seorang dan mereka dan mereka termakan godaan kami tiba-tiba ia mohon ampun dan bertaubat. Maka habislah usaha kami. Bila kami ulangi diapun mengulangi taubat dan istighfar. Begitulah kami tidak berputus asa akan tetapi tidak juga sampai hajat kami terhadapnya.

Golongan kedua, pula mereka ini di tangan kami ibarat bola yang menjadi permainan anak-anak kamu. Kami perlakukan apa sahaja menurut kehendak kami. Mereka sudah beres menjadi tawanan kami. 

Golongan ketiga, ialah orang-orang seperti kamu, terpelihara dari dosa. Kami tidak berdaya berbuat apa-apa terhadap mereka.” 

Dari riwayat ini jelas bahawa para da’ei Islam ialah orang-orang yang lebih kerap berhadapan dengan tipu daya dan perbuatan jahat syaitan dar yang dihadapi oleh orang lain. 

Serangan iblis terhadap para da’ei kadangkala dalam bentuk sifat takabbur dan ghunun, merasa ujub dengan ilmu, dengan amalan agama, kesalihan dan sebagainya. Lantas dengan itu ia melihat dirinya sebagai orang yang lebih baik, lebih bijak berbicara dan makhluk Allah yang lain. Kalau sewaktu-waktu seorang da’ei itu berperasaan demikian maka ia hendaklah beristi’azah, berlindung diri dengan Allah dan serangan sikap ini.

Serangan iblis terhadap pendirian da’ei kadang-kadang berkait dengan habuan dan perhiasan duniawi.

Ia mula menganggap dirinya kurang bernasib baik. Ia cuai terhadap hak dan untung nasib keluarga. Ia merasakan pendapatannya kurang dari orang lain. Jadi apa salahnya ia memikirkan tentang diri dan berusaha meningkatkan pendapatannya. Demikianlah keadaannya terus menerus sehingga berubah hatinya asyik memikirkan dunia, cinta harta benda sehingga melupakan Tuhan. Akhirnya ia meninggalkan kewajiban dakwah dan medan jihadnya. Ia mula berpindah-randah dari satu tempat ke suatu tempat, dari satu negeri ke negeri yang lain untuk mendapat gaji yang lebih besar dan upah yang lebih lumayan.

Kadangkala serangan iblis terhadap diri pendakwah dalam bentuk takut dan bimbang yang berlebihan. Ia ditawan dengan penyakit Al Wahna. 

Rasalullah pernah ditanya: “Apakah wahna itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Cinta dunia dan benci mati.” 

Kemudiah ia mula memandang bahawa ia tidak perlu bersusah payah; terpaksa lari mengongsi, atau ditahan dan dibunuh. Sebab ini bererti memporak-perandakan keluarganya. Apalah salahnya kalau ia mengurangkan sedikit kegiatannya. Demikianlah, sunsutan dan fikiran-fikiran ini bertindan datang dalam kepalanya sehingga akhirnya ia terpelanting jauh dari bondongan jihad dan angkatan yang memperjuangkan yang hak. Hal-hal seperti inilah agaknya yang diisyaratkan oleh Rasulullah dengan sabdanya:

“Syaitan duduk inenghalang anak Adam dalam tiga tempat. Ia duduk menghalanginya dari masuk Islam. Ia berkata: Adakah engkau mahu masuk lslam dan hendak meninggalkan agamamu dan agama datuk nenekmu? Tapi ia tidak peduli dan memeluk Islam. Kemudian syaitan duduk pula menghalangnya dari berhijrah dengan berkata: Adakah engkau hendak berhijrah, mana boleh, engkau hendak meninggalkan tanah-air dan langitmu? Tapi ia tidak hiraukan dan berhijrah. Kemudian syaitan duduk pula menghalanginya dari berjihad. Ia berdalih, “Adakah engkau mahu berjihad? (Adakah patut) Engkau hendak merosakkan diri dan harta sendiri. Kelak engkau bertarung dan terbunuh, isterimu dikahwini orang dan harta-hartamu dibahagi-bahagi? Tapi ini pun ia tidak peduli dan ia berjihad, Rasulullah menyambung kata “Maka barangsiapa yang (teguh pendirian) berbuat demikian maka wajiblah Allah masukkan dia dalam syurga.” (Ditakhrijkan oleh Nasa’i)

Oleh:  Fathi Yakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket