Adam.....
Maafkan
aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adam....
Aku
asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika
perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau
terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari
kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia
kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan
Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak
selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih
dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan
kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah
dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa
aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula
untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku
tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku
agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi
Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku
dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari
jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap
dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku mesti
ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa
kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu
katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul
senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur
tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang
tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah
kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut
tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak
pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini
Adam,
Seharusnya
kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan
Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa
sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak
Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau
sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut
pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku
kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu
nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering
lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu
dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih
Allah.
Adam...
Andainya
kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan
mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita
tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan
memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan
pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan
aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini
menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau
keliru apatah lagi menjadi buntu.....Tetapi... Percayalah!!!.... bukan
emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati
yang tulus ikhlas dirimu Adam...
Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....
Ikhlas dari Hawa, anamuslimah85.