Thursday, 2 February 2012

Konvoi Penerangan PAS jelajah seluruh negara


KUALA LUMPUR, 2 Feb: Lajnah Penerangan PAS akan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya umum ini dengan negeri-negeri Pantai Timur menjadi sasarannya yang pertama.

Dengan diketuai sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Konvoi Penerangan ini akan bermula di Kelantan pada 4 Februari ini.

Ia diikuti dengan Terengganu 5 Februari dan Pahang pada keesokannya iaitu pada 6 Februari.

Program utama pada setiap negeri adalah taklimat kepada jentera penerangan di negeri berkenaan. Melalui program ini semua jentera penerangan PAS negeri berkenaan akan dikumpulkan.

Taklimat ini akan dibuat sendiri oleh Tuan Irahim. Ia dipercayai akan menyelaraskan aktiviti penerangan di seluruh negara.

Selian itu, semua anggota konvoi yang turut disertai oleh keluarga masing-masing ini juga akan menyertai pelbagai program yang diatur di negeri berkenaan.

Antaranya kuliah subuh, sessi minum pagi dengan penduduk, program hi-tea, kuliah maghrib di samping ceramah di negeri berkenaan.

Sebelum ini, Konvoi Penerangan menjelajah Sabah dan Sarawak di mana mereka telah menghabiskan selama lima hari di kedua-dua negeri berkenaan.

Sumber: Harakah Daily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...