Tuesday, 10 January 2012

Bantuan Kasut Sekolah Untuk Masyarakat Pandan 1


Keperitan hidup yang dialami oleh sesetengah masyarakat yang agak kurang pendapatan telah dibantu oleh PAS Cawangan Pandan 1 dengan meringankan beban ibubapa untuk menyediakan keperluan sekolah anak-anak mereka. Baru-baru ini PAS Cawangan Pandan 1 telah memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan dengan menyumbangkan kasut sekolah bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Seramai tujuh keluarga yang dikenal pasti telah menerima bantuan tersebut. Pihak PAS Pandan 1 menyatakan walaupun sumbangan tersebut amat kecil tetapi ia amat berharga kepada mereka yang berpendapatan rendah. Jika satu keluarga hendak menyekolahkan tiga anaknya, ia amat membebankan mereka dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

Ustaz Tarmizi Yahya, selaku Timbalan Yang Dipertua (TYDP) PAS Paya Besar telah meluangkan masa menyampaikan bantuan tersebut. Beliau amat terharu dengan pendekatan yang dibuat oleh Pas Cawangan Pandan 1 yang bernaung dibawah DUN Panching. Beliau juga merangkap selaku Pengarah DUN Panching menyeru kepada semua UPU atau Cawangan agar mengikuti langkah PAS Pandan 1 supaya lebih dekat dengan masyarakat dan bersama dengan mereka untuk membantu mereka yang susah tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik.


Sebelum itu, Ustaz Tarmizi Yahya (TYDP PAS Paya Besar) juaga telah merasmi dan mengunjungi tapak program Gunting Rambut Perdana Percuma yang juga dianjurkan oleh PAS Cawangan Pandan 1 yang bertempat di depan Kuantan Airport. 

Seramai 35 pelajar yang akan bersekolah telah datang dan mereka diraikan oleh Ustaz Tarmizi sambil diperhatikan oleh ibubapa mereka. Dua orang tukang gunting yang mahir telah ditugaskan untuk program ini. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang, sambil itu tanyangan LCD juga telah ditayangkan untuk tatapan pelajar dan ibubapa agar tidak bosan menunggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...