Friday, 6 January 2012

Kajian: PAS diyakini mampu jaga kepentingan Melayu


KUALA LUMPUR, 5 Jan: Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya terhadap negeri Selangor, daripada 795 orang responden berbilang kaum, 

32 peratus dari mereka yakin PAS boleh menjadi alternatif kepada Umno bagi menjaga kepentingan orang Melayu di negeri itu.

27 peratus mengatakan tidak manakala 41 peratus lagi menyatakan tidak pasti.

Kajian terhadap etnik melayu sahaja pula menunjukkan 37 peratus orang Melayu di negeri itu bersetuju PAS mampu menjaga kepentingan Melayu lebih baik berbanding Umno.

Hanya 27 peratus orang Melayu yang dikaji itu mengatakan tidak, manakala selebihnya adalah tidak pasti.

Kajian berkenaan dijalankan oleh Pusat Kajian Dan Demokrasi Pilihan Raya Universiti Malaya  (UMCEDEL) di Selangor.

Kajian dibuat dari 3 hingga 11 Disember lalu dan meliputi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.

Enam puluh peratus daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...