Sunday, 22 January 2012

Bernas dirayu tidak tutup operasi sempena Raya Cina


KUALA LUMPUR, 22 Jan: Tindakan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang didakwa akan menutup operasi selama dua hari ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba esok amat tidak berpatutan.


Dalam satu kenyataan kepada Harakahdailly, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Bernas akan menutup operasi esok dan lusa sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Namun katanya, tindakan tersebut hanya akan menyebabkan petani-petani khususnya di negeri Kedah akan mengalami kerugian kerana padi akan rosak kerana tidak tahan lama jika tidak dibawa ke gudang Bernas. Tambahan pula katanya dengan keadaan cuaca yang kerap hujan disebelah petang menambahkan lagi penderitaan petani.

"Ke mana mereka hendak menjual hasil kutipan mereka sedangkan padi tidak boleh disimpan pada jangka waktu yang panjang melainkan dengan bantuan peralatan yang khas yang terdapat di gudang-gudang yang besar seperti yang dimiliki oleh Bernas.
"Bagaimana mereka hendak menjual kepada tauke-tauke yang berbangsa Cina kerana mereka turut menghentikan operasi buat sementara waktu sedangkan taukeh yang berbangsa melayu boleh dikira dengan jari," soalnya.

Menurutnya, tindakan Bernas ini juga sebenarnya menimbulkan pertanyaan kerana atas dasar apa Bernas perlukan menghentikan operasi sedangkan bukan semua pekerja mereka berbangsa Cina. 

"Bagaimana Bernas, satu syarikat multinasional yang bertaraf dunia tidak boleh menyusun operasi dikala cuti umum? "Bukankah selama ini Bernas beroperasi walaupun ketika cuti panjang," soal Firdaus lagi. Sehubungan itu beliau mendesak Bernas agar tidak menghentikan operasi kerana ianya akan menginaya para petani.

Sumber: Harakah Daily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...