Thursday 19 January 2012

Tahniah Mencurah-curah Untuk Dr Ahmad Yunus

 (Gambar: Khalid dan Dr Rani mengucapkan tahniah kepada Dr Ahmad Yunus sejurus selepas dilantik)

SHAH ALAM, 19 Jan: Ucapan tahniah terus datang mencurah-curah untuk Dr Ahmad Yunus Hairi atas perlantikan beliau sebagai Exco baru kerajaan negeri Selangor. Terbaru, ucapan tahniah datang dari lajnah Pekerja dan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Dr Ahmad Yunus, ADUN Sijangkang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Selangor yang baru semalam. Beliau dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat dari PAS sebelum ini.


Bagi lajnah ini, perlantikan ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan Negeri Selangor.

"Sesungguhnya perlantikan individu professional seperti YB Dr Ahmad Yunus Hairi amat-amat diperlukan bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran kerajaan negeri," kata pengerusi lajnah itu, Dr Ghazali Hasbullah.

Lajnah ini mengharapkan penumpuan yang lebih fokus diberikan oleh beliau dalam portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Isu-isu yang melibatkan pembelaan orang melayu dan belia sudah semestinya menjadi agenda utama beliau, kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sumber: Harakah Daily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket