Monday 9 January 2012

DS Anwar Ibrahim Dibebaskan Dari Pertuduhan

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt atas pembebasan DSAI, keputusan yang disambut gembira oleh semua rakyat yang cintakan keadilan. Tahniah buat beliau sekeluarga dari saya dan seluruh warga DPPM. Semoga beliau dan keluarga bebas sepenuhnya dari fitnah dan tohmahan jahat politik fitnah yang menguasai kepimpinan dan siri kempen UMNO dan BN.
2. Semoga momentum ini membawa Pakatan Rakyat ke gerbang Putrajaya. Bebasnya Anwar insyaallah membuatkan beliau lebih selesa dan berkesan memimpin Pakatan Rakyat mencapai objektif perjuangannya.

3. UMNO dan BN jelas bersalah kerana terlebih dahulu menghukum DSAI dan mengaibkan beliau pada tahap tidak siapa yang beriman mampu menerimanya. UMNO dan BN mesti ambil tanggungjawab ini. YAB Datuk Seri Najib mesti meletakkan jawatan bagi mengembalikan maruah UMNO dan BN.

4. Saya jua mendesak agar dakwaan Qazaf ke atas Saiful Bukhari yang telah difailkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di proceed. Sebelum ini dakwaan qazaf tidak diproceed atas alasan mahu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi. Kini keputusan telah ada. Mahkamah Syariah mesti memelihara integiritinya dengan proceed dakwaan qazaf yang telah difailkan.

5. Syukur Alahmdulillah. Rakyat semua bersyukur. Kini masa untuk memuktamadkan perubahan dengan menukar kerajaan UMNO dan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat dengan objektif memulihkan segala sistem dan nilai yang pincang.

Selamat berjuang !

Nasrudin bin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Sumber: Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua Pemuda PAS Pusat)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket