Thursday 12 January 2012

PAS Rakam Ucapan Takziah Kekanda Sultan Pahang Mangkat


KUALA LUMPUR, 12 Jan: PAS Pahang merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil Al-Marhum Sultan Abu Bakar, kekanda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada jam 5.30 pagi tadi.

Tengku Ainon Jamil, 84, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, demikian menurut kenyataan Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, Datuk Sabaruddin Sulaiman.


“Kemangkatannya merupakan suatu berita sedih bukan sahaja bagi anggota keluarga bahkan bagi seluruh rakyat Pahang. Baginda sangat terkenal dengan minatnya terhadap kuliah pengajian agama, sering menghadiri majlis-majlis ilmu dan keeratannya dengan semua golongan rakyat,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Photobucket