Saturday, 21 January 2012

Akhbar Australia: Rosmah belanja RM325,000 di Sydney


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom).


Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl  Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan.

Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...